B A B 24

829 44 0
                                    

Tiga bulan kemudian...

"Bagaimanakah perasaan anda setelah berjaya menamatkan paper terakhir pada hari ini?" soal Miza dengan wajah yang serius sambil mengacukan botol air ke mulut Zahra sebagai mikrofon.

Setelah beberapa saat Zahra mendiamkan diri, akhirnya terlepas juga tawanya. Lucu melihat wajah Miza yang serius itu. Memang sesuailah jadi wartawan!

"Kau ni, support member lah sikit! Sia-sia je effort aku buat muka serius tadi," rungut Miza dengan wajah cemberut. Air yang berada di dalam botol air yang dijadikan mikrofon sebentar tadi diteguk sehingga habis.

"Okey, okey. Kita buat lagi sekali. Cepat tanya aku soalan tadi," pujuk Zahra apabila melihat wajah Miza yang seperti kehilangan anak kucing itu. Kalau tak dilayan, mahunya merajuk sampai tahun depan.

"Tak nak lah aku. By the way, susah tak soalan biologi tadi?" soal Miza apabila soalan tersebut terlintas di kepalanya. Baginya soalan peperiksaan subjek Biologi pada tahun ini agak susah berbanding soalan tahun-tahun sebelumnya yang pernah dia jawab sebagai latihan.

Sebenarnya mereka baru sahaja menamatkan peperiksaan SPM pada tahun ini setelah sepuluh bulan lebih berjuang mengejar silibus setiap subjek. Pahit manis yang dilalui sebagai pelajar sekolah menengah tamat pada hari ini.

Sesungguhnya setiap detik keberadaan mereka di sekolah ini amatlah berharga terutamanya kepada Zahra. Dia merupakan seorang pelajar yang berbeza daripada pelajar-pelajar lain.  Hanya dia yang melewati banyak cabaran dan sentiasa berusaha untuk menjadi seorang pelajar cemerlang dan pada masa yang sama menjadi seorang isteri mithali.

"Boleh dikatakan susah jugalah. Ada soalan yang aku tak sempat jawab," jawab Zahra dengan riak kecewa.

"It's okaylah babe! Aku punya lagi banyak kosong. Chill lah. Lagipun kau dah buat yang terbaik. Yang lepas tak payah fikir dah. Fokus yang akan datang je. Kau cemerlang punya!" ujar Miza cuba memberi semangat kepada Zahra dengan mata berkaca-kaca. Sebenarnya kata-kata semangat itu juga dituju kepada dirinya yang berasa kesal dengan jawapan yang ditulis di kertas jawapan Biologi sebentar tadi.

"Aku okey je. Frust sikit je. Kau pun jangan risaulah! Boleh punya!" ujar Zahra untuk menenangkan Miza. Dia tahu yang Miza juga kecewa seperti dirinya. Kekecewaan Miza mungkin lebih besar daripadanya.

Zahra memeluk Miza untuk menyalurkan sedikit semangat kepada Miza lalu pelukannya dibalas oleh Miza. Sudah lama benar mereka tidak berpelukan begini. Rindu pula rasanya. Agak tiber tapi tak mengapa.

*  *  *  *  *  *

Satu sampul berukuran panjang 20 cm  dan lebar 10 cm itu diberikan kepada Zahra tanpa berkata apa-apa. Sengaja membiarkan isterinya itu berteka-teki sendirian.

"Apa ni abang?" soal Zahra setelah membuka sampul tersebut dengan dahi berkerut. Nampak comel je budak ni!

"Tiket flight," jawab Syed Hadi pendek.

"Ya, tahulah. Untuk apa?" soal Zahra lagi. Bukannya dia tidak kenal bagaimana rupa tiket kapal terbang. Dia cuma mahu tahu untuk apa suaminya beri tiket itu kepadanya.

"Ni tiket flight ke Pulau Langkawi. Since kita dah habis exam, walid hadiahkan untuk kita sekali dengan pakej honeymoon dekat sana," terang Syed Hadi satu persatu untuk menjawab teka-teki yang bermain di fikiran isterinya.

"Serious lah? Baiknya walid," puji Zahra terharu dan teruja. Tak sabar rasanya nak pergi bercuti berdua dengan suami tersayang!

"Bolehlah buat anak dekat sana. Made in Pulau Langkawi gittew," bisik Syed Hadi diikuti dengan senyuman nakal. Naughty ye sekarang!

Sepantas kilat Zahra memukul lengan Syed Hadi. Tindakan drastik setelah mendengar bisikan suaminya itu. Pipinya saat ini ibarat buah tomato segar yang baru dipetik dari ladang di Cameron Highlands.
Merah betul akibat malu dengan kata-kata yang tidak diundang dari mulut Syed Hadi.

Mungkin selepas ini dia perlu lebih bersedia menghadapi kenakalan Syed Hadi yang kelihatan semakin hari semakin menjadi-jadi ini.

Dah jom pi honeymoon sama-sama!
Jgn lupa vote ye sayang-sayang 😚

DIA ISTERIKUWhere stories live. Discover now