B A B 18

810 36 1
                                    

Pejam celik, pejam celik hari raya dah nak tiba~ Eh, bukan!

Pejam celik, pejam celik ternyata hari ini sudah masuk enam bulan perkahwinan Zahra dan Syed Hadi. Serasa baru semalam melangsungkan majlis akad nikah di ruang tamu rumahnya.

Pahit manis yang dilalui di alam pernikahan menjadikan mereka lebih matang berbanding remaja-remaja lain yang baru mengenali liku-liku kehidupan.

Memang tidak dapat dinafikan yang berkahwin di usia muda banyak cabaran terutamanya bagi mereka yang masih bersekolah.

Memikul dua tanggungjawab sekaligus bukanlah sesuatu yang mudah bagi pasangan kahwin muda ini. Tambahan pula kedua-duanya merupakan pelajar harapan sekolah.

Memandangkan hari ini merupakan hari minggu dan cuti sekolah, mereka menggunakan masa kosong ini sebaik-baiknya dengan mengulangkaji pelajaran bersama-sama.

Kedua-duanya pula tidak berkira dalam berkongsi ilmu. Jika Zahra kurang faham, Syed Hadi lah yang akan menerangkan satu persatu kepadanya dan begitu juga sebaliknya.

Secara tidak langsung hubungan mereka menjadi lebih akrab dan mesra serta tidak kekok lagi.

"Faham?" soal Syed Hadi setelah menerangkan satu subtopik kepada Zahra. Topik tersebut memang menjadi satu masalah kepada pelajar kecuali Syed Hadi. Entah apalah yang dia makan sampai bijak macam tu.

"Faham. Thank you," ujar Zahra seraya berterima kasih kepada suaminya sambil membelek buku latihan ke muka surat berikutnya.

"Thank you je?" soal Syed Hadi sambil mengangkat sebelah keningnya.

"Ya lah. Apa lagi?" ujar Zahra selamba pura-pura tidak faham apa yang dimaksudkan oleh suaminya.

Syed Hadi mengangkat jari telunjuknya ke pipi lalu mendekatkan pipinya ke arah Zahra sebagai isyarat agar isterinya itu menghadiahkan satu ciuman di pipinya.

Zahra yang sememangnya sudah tahu kemahuan suaminya langsung mendekatkan bibirnya ke pipi Syed Hadi.

Namun siapa sangka yang Syed Hadi akan mengalihkan sedikit kepalanya ke kanan yang menyebabkan bibir mereka bersentuhan.

"Eii abang, jahat! Malu lah ibu nampak nanti," ujar Zahra sambil menahan malu lalu menampar perlahan lengan suaminya. Nakal betul!

*  *  *  *  *  *

Sehelai kertas diambil kasar dari tangan Zahra sehingga terluka jarinya akibat terkena hujung kertas yang tajam ibarat pisau.

"Ini yang kau harapkan selama ni kan? Okey, aku ikut kehendak kau. Lepas ni jangan cari aku lagi!" ujar lelaki yang sudah enam bulan menjadi suaminya.

Kenapa dia sangat berkasar dengan Zahra sedangkan selama ini dialah lelaki yang paling melindungi isterinya.

Dan sejak bila surat pengesahan penceraian itu ditandatangani oleh Zahra? Mengapa Zahra sendiri tidak menyedari hal itu?

"Abang please jangan macam ni. Kita bincang dulu, jangan terburu-buru," rayu Zahra apabila melihat Syed Hadi hampir menurunkan tanda tangannya.

"Nak bincang apa lagi? Kau yang nak sangat aku lepaskan kau sejak awal kita kahwin lagi. Kau dah lupa?" ujar Syed Hadi dengan nada turun naik kerana cuba menahan kemarahannya.

"No! Saya menyesal sangat minta macam tu. Please don't leave me, abang!" pinta Zahra lalu air mata yang bertakung di tubir matanya jatuh berjuraian. Gagalkah dia sebagai seorang isteri?

"Kau layan aku macam patung, Zahra! Aku dah serik hidup dengan kau! Aku nak bebas!" luah Syed Hadi lalu menandatangani surat tersebut tanpa rasa bersalah.

Mana lelaki yang lemah-lembut dengan isterinya?

Mana lelaki yang tidak berkira untuk melakukan apa sahaja untuk isterinya?

Mana lelaki yang sudah enam bulan menikahi isterinya?

Syed Hadi meninggalkan Zahra yang sedang teresak-esak di kamar tanpa sedikit pun rasa menyesal dan kasihan kepada wanita yang pernah bergelar isterinya.

"Abang!!"

To be continued...

DIA ISTERIKUWhere stories live. Discover now