B A B 2

1K 40 0
                                    

"Ibu, Rara pergi dulu. Kirim salam dekat ayah. Tak sempat nak jumpa," laung Zahra dari luar tanpa menyedari yang dia sudah ada jiran. Dengar dek jiran mahunya dilabel tak senonoh.

"Kejap Rara! Petang nanti balik awal sikit, okey?" ujar Puan Hafizah sambil berlari anak ke pintu utama rumahnya.

Zahra mengangkat kening. Pelik barangkali.

"Kenapa bu?" soal Zahra sambil menyarung kasut sekolah lalu mengikat tali kasut.

"Adalah. Balik awal ya," pesan Puan Hafizah kepada anak gadisnya tanpa menjawab soalan yang ditujukan kepadanya.

Zahra menunjukkan pandangan yang tidak puas hati. Apa benda lah yang nak dirahsiakan sangat.

"Okey, Rara pergi dulu," ujar Zahra lalu mengucup tangan dan pipi ibunya. Memang rutinnya berbuat begitu sejak dari kecil.

* * * * * *

"Weh korang! Ada budak baru!" laung Miza dari luar kelas. Dia perempuan, tapi perangai mengalahkan lelaki. Kawan siapalah ni agaknya.

Semua rakan sekelas Zahra teruja mendengar khabar yang disampaikan oleh Miza. Kecuali Zahra. Langsung tiada riak.

"Wei Rara! Dengar tak?" soal Miza sambil menggoncang lengan Zahra untuk menarik perhatiannya.

"Ya dengar. Aku belum pekak lagi lah," jawab Zahra mendatar. Sejujurnya dia malas ambil tahu hal tersebut.

"Handsome wei budak baru tu! Lepas ni auto jadi crush aku," cerita Miza teruja. Pantang nampak orang kacak sikit mulalah ulat bulu naik daun.

"Kau dah tengok dia ke?" soal Zahra buat-buat teruja. Kalau tidak dilayan, sudah tentu si Miza merajuk.

"Dah tengok lah! Kalau tak tengok lagi takda maknanya aku nak excited macam ni," jawab Miza bersungguh.

Zahra hanya mengangguk lalu menyambung membuat kerja sekolah yang tidak sempat disiapkan. Sesungguhnya Nur Zahratunnisa tidak berminat.

Tiga minit kemudian, guru kelas mereka masuk ke dalam kelas bersama-sama dengan seorang lelaki. Mungkin itulah budak baharu yang dimaksudkan oleh Miza sebentar tadi.

"Good morning guys! He is a transfer student from Ipoh, Perak. What's your name?" ujar Cikgu Katijah atau lebih suka dipanggil Miss Katy dengan nada ceria.

Seorang lelaki yang tingginya sedang-sedang sahaja itu dipandang oleh Miss Katy sebagai isyarat supaya murid lelaki itu memperkenalkan dirinya.

Lelaki itu mengangguk tanda memahami isyarat yang disampaikan oleh Miss Katy.

"Assalamualaikum. Saya Syed Hadi from Perak. Nice to meet all of you!" pengenalan yang cukup pendek itu mampu membuatkan murid tingkatan 5 Anggerik cair terutama Miza Syuhada. Kejap lagi pengsan lah budak Miza ni.

"Panggil Syed ke Hadi?" soal salah seorang pelajar lelaki yang duduk di bahagian belakang kelas. Nazim, yang paling nakal.

"Hadi je," jawab Syed Hadi lalu menguntumkan senyuman kepada Nazim. Tidak dapat dinafikan, senyumannya lebih manis daripada senyuman Zoey Rahman.  Lesung pipit yang dalam menambahkan kemanisan wajahnya.

"Rara tolong aku! Aku nak pengsan," ujar Miza separa berbisik sambil menghentak-hentak perlahan kaki ke lantai. Macam gedik je minah ni.

Zahra hanya menggeleng melihat telatah budak bawah umur di sebelahnya itu.

"You may sit sebelah Zahra," ujar Miss Katy sambil menunjuk ke arah meja kosong di sebelah Zahra.

Zahra yang mendengar arahan tersebut mula membuat muka menyampah. Padahal banyak je tempat kosong. Kenapa mesti sebelah dia?



Thank you for reading 😘
Stay tuned for the next chapter!

DIA ISTERIKUWhere stories live. Discover now