Tubuh yang terlalu penat direbahkan di atas tilam kesayangannya. Kalau dikatup matanya, memang terus tertidur. Penat tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Air mata serasa sudah kering akibat terlalu banyak tumpah pada hari ini. Namun, dia harus kuat dan tabah. Kehilangan ayahnya harus diterima dengan hati yang ikhlas.
Sedang dia leka memikirkan peristiwa yang telah berlaku, tiba-tiba otaknya memutarkan kembali kejadian di hadapan kolam ikan tadi.
Siapa lelaki itu? Macam tak pernah nampak je.
Dalam keasyikan termenung, tiba-tiba dia teringat akan budak baru dari Perak yang baru masuk kelasnya hari ini.
'Kenapa familiar je muka budak baru tu ek?' gumam Zahra sendirian tanpa menyedari bahawa budak baharu kelasnya dan lelaki yang disalah anggap sebagai abangnya itu sebenarnya adalah orang yang sama.
Wajah kedua-dua lelaki itu muncul di fikirannya.
Kenapa sama? Dia buat apa dekat sini?
Syed Hadi? Pak Cik Syed?
'Syed Hadi tu anak Pak Cik Syed ke?' soalnya di dalam hati. Entah kenapa dia jadi blur begini. Mungkin sel-sel otaknya tidak dapat berhubung.
Tapi tidak mengapa. Sekurang-kurangnya Zahra dapat melupakan kesedihan di hatinya walaupun hanya untuk sementara waktu.
* * * * * *
Pagi yang hening dimulakan dengan alunan al-Quran di dalam kamarnya sementara menunggu masuk waktu solat subuh. Tidak lengkap harinya jika tidak mengamalkan amalan sunat yang satu itu.
Knock knock...
Dia memandang pintu biliknya apabila terdengar ketukan perlahan dari luar. Pintu itu terbuka lalu terjengul satu susuk yang amat dikenalinya.
Dia mengukirkan senyuman seraya bangun untuk ke bilik sembahyang bersebelahan bilik tidurnya. Sudah faham benar dengan isyarat walidnya itu.
"Hadi, jadi imam," arah lelaki tua dalam lingkungan separuh abad itu kepada anak lelakinya.
Syed Hadi hanya menurut tanpa ragu. Dia memang sudah dilatih menjadi imam ketika di usia 13 tahun lagi. Kata walidnya, ini adalah latihan sebelum menduduki alam rumah tangga.
Walaupun umurnya baru mencecah 17 tahun, namun ilmu agama sudah sebati dalam dirinya. Itu yang diajar oleh ibu bapanya sejak dia kecil.
Usai menunaikan solat subuh berjemaah, Syed Hadi diajak oleh walidnya ke pejabat peribadinya. Ada hal yang penting harus dibincangkan.
"Hadi, walid rasa Hadi dah boleh pikul tanggungjawab yang besar," ujar walid memulakan bicara.
Syed Hadi hanya memandang dan menanti ayat yang seterusnya dari walidnya.
"Jadi, walid nak tanya pendapat kamu..." jeda seketika. Agak payah untuknya meluahkan apa yang terbuku di hati tuanya itu.
"Sudikah Hadi memperisterikan Zahratunnisa?" sambung walid.
Dahi Syed Hadi berkerut seketika. Apakah dia tidak salah dengar? Walid mahu dia berkahwin? Di usia muda begini?
"Siapa tu walid?" soal Syed Hadi.
"Anak arwah pak cik Zaid, jiran sebelah rumah kita," jawab walid tenang.
"Jadi, macam mana Hadi?" soal walid apabila tidak mendapat sebarang respon daripada anak terunanya itu.
"Err... InshaAllah walid," jawab Syed Hadi ragu-ragu. Semoga jalan hidupnya dipermudahkan oleh Sang Perancang.
Ayy yo! Thank you for reading!
Stay tuned for the next chapter 😚
YOU ARE READING
DIA ISTERIKU
Random[ C O M P L E T E D ] Kehidupan Zahra berubah 70% apabila mendapat tahu yang dia bakal mendirikan rumah tangga seawal usia 17 tahun. Semuanya berlaku gara-gara wasiat tak masuk akal arwah ayahnya. Belajar di kelas sama dengan suaminya bukanlah sesua...