B A B 22

832 37 2
                                    

"Kenapa dengan Rara ni, Hadi?" soal Puan Hafizah panik sesampainya mereka berdua di rumah. Dialah yang paling kecoh apabila melihat keadaan anaknya yang lemah longlai itu.

"Err-"

"Rara jatuh tangga masa kat sekolah tadi," tipu Zahra sebelum sempat Syed Hadi menceritakan hal yang sebenar. Dia terpaksa berbohong untuk mengurangkan kerisauan ibunya.

Syed Hadi dan Zahra berpandangan serentak. Zahra memberi isyarat mata kepada suaminya agar tidak memberitahu perkara sebenar yang telah berlaku ke atas dirinya.

"Bu, Rara masuk bilik dulu ya. Nak rest kejap," pamit Zahra seraya mencapai tangan suaminya untuk berjalan. Dia masih memerlukan sokongan kerana lututnya masih tidak kuat untuk menyokong tubuhnya.

"Kenapa tipu ibu?" soal Syed Hadi setelah pintu bilik ditutup.

"Saya tak nak ibu risau. Tipu sunat sekali sekala takpa. Apa orang putih kata? White lies? Haa lebih kurang," gurau Zahra cuba menutupi kesalahannya. Tapi benar juga apa yang diberitahunya.

"Memandai je white lies. Dah pergi mandi sana," arah Syed Hadi sambil mencuit hujung hidung isterinya. Lega sedikit hatinya apabila melihat keadaan isterinya yang tidak lagi menggigil.

"Mandikan saya," ujar Zahra dengan muka 20 sen untuk meraih simpati suaminya. Mengada betul!

"Behave Zahra. Abang lelaki tau. Ada nafsu juga. Kang tak pasal-pasal exam nanti bawa anak dalam perut," ujar Syed Hadi serius. Kata-kata Zahra sebentar tadi sedikit menaikkan syahwatnya. Syed Hadi seorang lelaki yang lurus okey!

"Eh taknak! Biar saya mandi sendiri," ujar Zahra seraya berlari anak ke bilik air. Rasa seram pula tercegat lama-lama di hadapan suaminya itu.

Syed Hadi menggeleng melihat gelagat isterinya. Tadi bukan main lemah lagi, sekarang siap berlari seperti tiada apa-apa yang terjadi ke atas dirinya pada hari ini. Pelik tapi benar.

*  *  *  *  *  *

"Hot news! Hot news!" laung Miza teruja dari luar kelas sambil berlari mendapatkan Zahra. Kalau tersadung memang habis terkoyaklah kain sekolahnya.

"Apa dia?" soal Zahra pura-pura teruja. Sepertinya dia sudah dapat meneka berita apa yang akan disampaikan oleh rakannya itu.

"Ex kau kena buang sekolah weh! Sebab apa aku tak pasti. Yang aku dengar dia ada buat benda tak senonoh dekat sorang pelajar perempuan kelas kita," terang Miza bersungguh-sungguh sampai tidak cukup nafas dibuatnya.

Zahra tersenyum kelat. Tekaannya tepat sekali. Berita apa lagi yang lebih panas kalau bukan pasal Daniel? Untung saja Miza tidak tahu yang mangsa sebenarnya adalah Zahra.

"Kau ke perempuan tu?" soal Miza apabila tidak mendapat respon daripada Zahra.

"Kau kenapa? Nak jadi detektif ke apa?" soalan Miza dijawab dengan soalan. Pantas saja Zahra membalas kerana bimbang rahsianya akan diketahui oleh Miza.

Walaupun mereka sudah berkawan selama dua tahun lebih, itu tidak bermakna yang Zahra akan berkongsi semua ceritanya dengan Miza. Ada juga perkara tertentu yang tidak perlu dikongsi. Tambahan pula Miza seorang yang suka bergosip. Dia takut ceritanya akan dijaja satu sekolah.

Bukannya dia tidak percaya kepada Miza namun langkah berjaga-jaga perlu diambil untuk mengelakkan berlakunya sesuatu yang tidak diingini.

"Bukan kau lah ni? Habis tu semalam kau pergi mana? Ponteng eh? Kenapa tak ajak aku sekali?" soal Miza bertubi-tubi. Banyak mulut sungguh Miza ini.

"Ha'ah ponteng. Ada hal sikit dekat rumah," tipu Zahra. Harap-harap Miza berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Zahra.

"Semalam Hadi cari kau. Lepas tu lesap entah ke mana. Kau ada jumpa dia tak? Atau kau memang ponteng dengan dia?" soal Miza lagi. Soalannya kali ini membuatkan Zahra gelabah dan kehabisan idea untuk menjawab pertanyaan Miza.

Seketika kemudian guru mata pelajaran bahasa Melayu masuk ke dalam kelas menyebabkan semua murid termasuk Miza berhenti berbual-bual kosong.

Soalan Miza telah terbang di angin lalu tanpa balasan daripada Zahra. Cikgu telah menyelamatkannya daripada soalan maut Miza. Terima kasih, cikgu!



Huwaaaa takde idea 😭
Sorry for delaying the update 😌
Thankyou for supporting me 😚

DIA ISTERIKUWhere stories live. Discover now