B A B 12

910 39 0
                                    

Hari ini seharian dia berkurung di dalam bilik setelah pulang dari sekolah. Tubuhnya sangat letih sehingga tidak mampu melakukan apa-apa. Nasib baik dia dalam keadaan tidak suci; haid. Bolehlah dia tidur dan rehat lebih lama sedikit.

Peristiwa di sekolah pada waktu rehat tadi bermain di fikirannya.

Zahra berjalan sendirian ke tandas untuk membasuh muka setelah satu jam menekup muka di meja. Entah berapa kali sudah dia terlelap sepanjang tempoh itu.

Dalam perjalanannya ke tandas, dia terserempak dengan seorang lelaki yang sangat dikenalinya. Kalau masa boleh diundur, dia tidak mahu mengenali lelaki itu. Mengenalinya adalah satu kebetulan dan harus dipadam dari sejarah hidup Zahratunnisa.

Lelaki itu menyekat Zahra yang sedang berjalan tergesa-gesa. Zahra ke kiri, dia ke kiri. Zahra ke kanan, dia ke kanan. Zahra berhenti, dia turut berhenti. Dia nak apa sebenarnya?

"Rara, ingat I lagi tak?" soal lelaki itu tiba-tiba dengan penuh harapan. Dia berharap agar Zahra masih mengingatinya dan menerimanya kembali sebagai kekasihnya.

Zahra mengangkat keningnya sebelah.

"Daniel. Sampah," ujar Zahra sinis. Sejujurnya dia pura-pura berani saja. Dia sangat kenal dengan perangai Daniel jika diprovok.

"How could you call me sampah? Sampah ni lah yang pernah buat you bahagia, Rara!" ujar Daniel dengan nada sedikit keras. Dia masih mampu menahan kemarahannya.

"And sampah ni jugalah yang tinggalkan aku tanpa khabar. Ya, memang aku masih berharap pada kau...." jeda seketika. Zahra menarik nafas. Terasa sesak nafasnya berhadapan dengan lelaki itu.

"....berharap yang kau tak kan cari aku lagi! Takkan ganggu aku lagi! And for your information, aku dah ada pengganti kau!" sambungnya lalu berlari meninggalkan Daniel yang sedang berapi itu.

Sesampainya di tandas, dia menutup pintu kerana khuatir lelaki itu akan mengikutinya.

Tubuhnya jatuh ke bawah kerana lututnya yang longlai sudah tidak mampu menahan tubuhnya daripada terus berdiri.

Tidak dihiraukan lantai yang kotor itu. Lantai yang kotor itu ibarat Daniel Arif. Hanya layak berada di bawah dan dipijak-pijak!

Dia benar-benar sudah nekad. Lelaki yang bernama Daniel Arif akan dipadam dari kisah silamnya. Lelaki itu tidak pernah wujud dalam hidupnya!

Bunyi pintu bilik dibuka menyentakkannya dari lamunan. Seorang lelaki yang dihormatinya selepas ayahnya muncul dengan membawa dulang yang berisi air dan bubur.

Lelaki itu meletakkan dulang di atas meja lalu duduk di sebelah isterinya yang tampak lemah itu.

"Are you okay?" soalnya lalu memegang tangan kanan milik gadis itu. Tangan yang panas itu mendorongnya menyentuh dahi gadis itu.

"Ya Allah, panasnya. Tunggu kejap, abang cari ubat," ujar Syed Hadi kalut. Kali pertama gadis yang bergelar isterinya itu demam. Pagi tadi elok je rasanya.

"No, duduk sini. Teman saya," ujar Zahra dengan suara yang lemah sambil menguatkan lagi pegangan tangan mereka.

Syed Hadi akur dengan permintaan isterinya. Sebenarnya dahi Zahra tidak terlalu panas. Syed Hadi saja yang ter'over' macam isterinya itu demam panas.

"Sejuk," ujar Zahra manja. Tiba-tiba teringat akan ibunya yang selalu menjaganya ketika dia sakit. Kali ini Syed Hadi yang mengganti tugas ibunya.

Syed Hadi memandang tubuh isterinya yang berbalut selimut. Pelik. Selimut sudah tebal tapi masih sejuk. Oh lupa, demam!

Syed Hadi merebahkan tubuhnya disebelah Zahra lalu memeluknya erat. Seperti tiada hari esok.

Zahra yang berasa selesa itu membalas pelukan suaminya dengan nyaman. Tiada lagi rasa segan dan malu seperti sebelum ini. Sesungguhnya, pelukan lelaki itu merupakan tempat terselamat yang dirasakan saat ini.

Mereka berada dalam keadaan berpelukan begitu sehingga kedua-duanya dihantar ke alam mimpi. Mimpi indah yang lebih indah dari warna pelangi. Ehek!



Thank you tau yang masih stay sampai bab ni❤️🌹
Nah kiss 💋

P/s: jgn lupa doakan keselamatan saudara kita di Palestin.
#freepalestine
🇵🇸🇵🇸

DIA ISTERIKUWhere stories live. Discover now