B A B 26

875 37 2
                                    

Setelah seharian makan angin di pulau itu, mereka berdua berhenti menikmati angin pantai sementara menunggu sunset bagi menggantikan sunrise yang terlepas pagi tadi.

Mungkin pemandangan yang indah itu tidak akan terlepas jika lelaki yang bergelar suaminya itu tidak sambung tidur. Jadi, terpaksalah Zahra melihat dari jauh sahaja. Tapi itulah, tak puas!

Mahu juga dia melihat pemandangan sunrise dekat-dekat sambil mendengar deruan angin dan ombak yang perlahan. Bunyi yang benar-benar mendamaikan jiwa.

Penat memanglah penat tidak terkata. Itu pun masih banyak tempat yang belum dituju oleh mereka. Esok sajalah mereka menyambung percutian itu.

Zahra duduk di tempat duduk kosong yang telah disediakan di situ diikuti oleh Syed Hadi. Kedua-duanya hanya senyap melayan perasaan.

Zahra melentokkan kepalanya pada bahu suaminya. Berat saja matanya saat ini. Mahu sahaja dia tidur sekejap memandangkan ada bantal yang lembut menampung kepalanya.

"Abang, nak tanya satu soalan boleh?" soal Zahra tetapi matanya masih kekal pada matahari yang semakin jatuh di hadapannya. Mana mungkin dia melepaskan pemandangan yang cantik sebegitu.

"Tanya empat soalan pun boleh sayang," balas Syed Hadi lembut. Matanya juga tidak dikalihkan daripada memandang matahari di hadapannya. Kata nak tengok sunset kan? Jadi, dia tengoklah puas-puas.

"Empat je?" soal Zahra kembali. Orang bagi betis, dia nak paha. Tamak betul!

"Empat cukup lah. Banyak-banyak buat apa? Nak jadi cik polis ke tanya macam-macam?" seloroh Syed Hadi namun mendapat jelingan manja daripada isterinya.

"Elok sangatlah tu jeling suami macam tu. Nak kena denda ke?" soal Syed Hadi masih dalam nada menyakat. Suka benar kenakan isteri comelnya itu.

"Dendalah. Tak takut," ujar Zahra seolah-olah tidak terkesan dengan ugutan suaminya. Nak denda apa je dekat tempat macam ni? Push up? Ketuk ketampi? Kutip sampah pun elok juga. Boleh buat pahala lebih.

Syed Hadi berpaling ke arah Zahra dan memegang kepalanya lalu menghadiahkan satu ciuman di dahi wanita itu. Agak lama memandangkan tiada orang di kawasan itu. Alahai, denda pun sweet!

Zahra yang agak terkejut dengan ciuman tanpa amaran itu hanya pasrah. Bukannya mereka buat dosa pun. Lagi pula dia sudah terbiasa dengan kucupan di dahi.

"Abang sayang saya tak?" soal Zahra tiba-tiba setelah beberapa saat Syed Hadi melepaskan ciuman pada dahinya.

"Gila tak sayang! Siapa je tak sayang isteri?" soal Syed Hadi pula. Sebenarnya dia agak terkejut dengan soalan direct daripada isterinya itu namun cepat-cepat dia membalas dengan jawapan yang sepatutnya.

"Cinta?" soal Zahra pula. Ini lagi terkejut monyet. Banyak benar kejutan yang diberikan oleh Zahra kepada suaminya. Kesian jantung Syed Hadi.

"Eh, Zahra? Hadi? Korang buat apa dekat sini?" soal seorang perempuan yang entah dari mana datangnya. Tetapi suara itu langsung tidak asing di telinga Zahra.

"Mana family korang? Korang datang berdua je ke?" soalnya curiga. Soalan tadi pun belum sempat dijawab oleh pasangan suami isteri itu.

Perempuan itu sudah berura-ura mahu meninggalkan mereka berdua apabila soalan-soalannya tidak dijawab. Sungguh dia tidak menduga yang kawannya sendiri sedang hangat bercinta dengan lelaki pujaan hatinya.

"Miza tunggu dulu! Malam ni kita jumpa kat sana. Aku jelaskan semuanya," ujar Zahra setelah berjaya memegang lengan Miza untuk menghalangnya pergi lalu menunjuk ke arah restoran yang terletak berhampiran tempat duduknya tadi.

Miza meleraikan pegangan tangan Zahra perlahan lalu meninggalkan mereka berdua tanpa balasan. Sungguh dia kecewa dengan kawannya itu. Baginya, Zahra telah merampas lelaki itu darinya. Sungguh hatinya sakit melihat mereka bermesraan sebentar tadi.

Zahra dan Syed Hadi saling berpandangan namun pandangan Zahra sangat sayu. Ada air jernih bertakung di tubir matanya. Miza telah salah faham dengan situasinya yang sebenar. Harap-harap perkara ini dapat dijelaskan semuanya kepada Miza sebelum kemarahan dan kekecewaan Miza semakin berlarutan.



Hi!
Silalah vote 😬
Thankyou!

DIA ISTERIKUWhere stories live. Discover now