B A B 15

857 37 0
                                    

Pagi yang hening diisi dengan aktiviti berjoging di sekitar tempat penginapan sebelum memulakan aktiviti lain pada hari ini.

Sebenarnya aktiviti berjoging ini tiada dalam jadual perancangan aktiviti. Oleh sebab murid-murid telah melalui jadual yang sangat padat semalam, guru menasihati agar semua pelajar melakukan regangan untuk memulihkan semula fungsi otot yang sedang 'tidur' kerana duduk terlalu lama di dalam dewan.

"Ra, I'm sorry," ujar seorang lelaki menyentakkan Zahra yang sedang berangan. Semenjak dua menjak ini, Zahra sering berada di dunia ciptaannya sendiri sehingga terlupa pulang ke dunia nyata.

Zahra menoleh ke tepi. Lelaki itu kemudiannya menyumbangkan senyuman kambingnya tanpa dipinta.

Zahra tersenyum sinis. "Sampai mati pun aku tak kan maafkan kau!" bentak Zahra lalu melajukan langkahnya.

Sebenarnya dia sudah jauh ketinggalan di belakang memandangkan dia hanya berjalan manakala rakan-rakan yang lain masih cergas berjoging.

Langkahnya dikejar oleh lelaki itu. Semakin cepat langkahnya, semakin cepat jugalah lelaki itu mengikutinya.

"Sampai bila kau nak ikut aku macam orang bodoh?" soal Zahra kasar. Lelaki itu benar-benar telah menguji kesabarannya.

"Sampai you maafkan I and terima I balik," jawabnya selamba tanpa rasa malu. Sudah diludah tapi dijilat semula. Dasar lelaki tak tahu malu!

"Dalam mimpi kau je lah!" ujar Zahra lalu meneguk air mineral yang dibawanya. Haus bercakap dengan manusia yang tak reti bahasa.

"I'm sorry, Rara! Please terima I balik," rayu Daniel dengan wajah 50 sennya. Fikir Zahra akan termakan dengan pujuk rayu murahnya itu? Langkah mayat suaminya dulu!

"Gila!" ujar Zahra dengan nada yang sedikit kuat seraya meninggalkan Daniel. Namun lelaki itu tetap mengikutinya. Gila talak agaknya!

Malang tidak berbau apabila Zahra terpijak batu ketika melarikan diri daripada Daniel yang menyebabkan dia jatuh terduduk di atas rumput yang masih dibasahi embun pagi.

"Rara! Are you okay?" soal Daniel bimbang dengan keadaan Zahra.

Soalan lelaki itu dibiarkan terbang bersama-sama angin yang lalu.

Keadaan kakinya yang berkemungkinan besar terseliuh itu menyukarkannya untuk berdiri sendiri tanpa bantuan.

Zahra menjenguk-jenguk sekelilingnya untuk meminta pertolongan namun tiada siapa pun di situ melainkan si Daniel.

"Let me help you," ujar Daniel sebelum memegang lengan Zahra.

"Don't you dare to touch her!" belum sempat Zahra menolak pelawaan Daniel, satu tangan menepis kuat tangan Daniel yang cuba memegang Zahra.

"Are you okay? Boleh bangun tak?" soal Syed Hadi lembut. Tiba-tiba saja berubah intonasinya.

Zahra menggeleng. Syed Hadi datang tepat pada waktunya. Selalu ada di saat isterinya memerlukannya.

"Pegang tangan abang," bisiknya betul-betul di tepi telinga Zahra untuk mengelakkan percakapannya didengari oleh Daniel. Karang tak pasal-pasal timbul gosip. Si Daniel ni bukannya boleh percaya sangat.

Akhirnya Daniel meninggalkan Zahra dan Syed Hadi kerana tidak tahan melihat aksi mereka berdua yang seperti pasangan kekasih. Hakikatnya, mereka pasangan suami isteri yang sah di sisi agama.

*  *  *  *  *  *

Tiga hari berada di tapak kem terasa amat sekejap bagi semua pelajar yang menyertai kem tersebut namun tidak bagi Zahra. Terlalu banyak hal yang tidak diingini dilalui olehnya.

Sesalan mula menyelubungi dirinya. Menyesal setuju menyertai program tersebut, menyesal bercinta dengan Daniel, menyesal tak ikut cepat-cepat kawan-kawannya semasa berjoging dan banyak lagi. Kalau nak senaraikan memang tak habislah jawabnya!

Baru sekarang dia boleh berehat. Kedudukannya di dalam bas bersebelahan suaminya membuatkan dia rasa selamat untuk tidur sekejap. Lagipun perjalanan mereka masih jauh.

Dush!

Bunyi hantukan yang kuat di cermin bas menyebabkan Zahra terjaga dari tidurnya. Dia menggosok perlahan kepala suaminya yang baru terhantuk itu.

Sebenarnya Syed Hadi yang terhantuk pada tingkap bas kerana terlelap. Mungkin tak cukup tidur.

Yang peliknya lelaki itu langsung tidak menyedari yang dia baru sahaja terhantuk malah makin sedap melentok kepalanya di bahu Zahra. Comel betul! Suami sapa ni? Nak culik boleh?

Kepala Syed Hadi yang terlentok di bahunya dibiarkan sahaja seraya menyambung tidurnya yang tergendala tadi.

Tamat...


Gurau je nyah.
Thanks a lot yg still support this story.
Love uolls 💋

DIA ISTERIKUWhere stories live. Discover now