B A B 14

851 33 0
                                    

Bilik yang didudukinya tampak bersih dan kemas. Bilik itu tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar. Hanya muat empat orang sahaja.

Dan dia bernasib baik kerana ketiga-tiga rakan sebiliknya merupakan rakan sekelasnya. Takda lah rasa kekok nanti kerana dia sudah terbiasa dengan mereka bertiga.

Petang itu tiada apa-apa aktiviti yang dilakukan oleh mereka memandangkan mereka sampai lewat petang di lokasi kem dijalankan.

Semua murid diberi kelonggaran untuk berehat pada waktu petang dan menyambung aktiviti pada pukul 8 malam.

Di kesempatan itu, Zahra mengambil keputusan untuk mandi dahulu supaya tidak berebut dengan yang lain kerana di blok itu hanya terdapat dua bilik air. Baik dia mandi awal-awal untuk mengelakkan kesesakan.

*  *  *  *  *  *

Tepat jam 8 malam, semua murid sepatutnya berada di dalam dewan tertutup yang disediakan. Namun, hanya separuh pelajar sahaja yang dapat menepati masa.

Separuh lagi yang kebanyakannya pelajar perempuan masih belum memenuhi dewan. Mungkin ada yang sedang solat maghrib, mungkin juga ada yang masih belum mandi. Sudahnya aktiviti ditunda sehingga jam 8.30 malam.

Berada di dalam dewan tertutup yang dilengkapi dengan penghawa dingin membuatkan Zahra berasa tidak selesa. Tambahan pula tubuhnya tidak boleh berada dalam keadaan terlalu sejuk.

Zahra cuba menenangkan dirinya. Kakinya dihentak-hentak dan diayun-ayun untuk mengurangkan rasa sejuk.

Entah mengapa sejuknya lain macam pada malam ini. Padahal suhu penghawa dingin normal sahaja. Macam pelik tapi tak mengapalah.

Tiba-tiba ada sepasang tangan meletakkan sweater di atas bahu Zahra. Ala-ala drama Korea gitu. Macam tahu-tahu saja dia memerlukan benda alah tu untuk mengurangkan kesejukannya.

Zahra berpaling untuk melihat gerangan yang baik hati itu. Wajahnya yang tersenyum tiba-tiba berubah menjadi dingin, sedingin tangannya pada saat ini.

Wajah yang tidak ingin dilihatnya tanpa rasa malu mempamerkan kebaikan yang dipalsukan semata-mata untuk meraih kepercayaan seorang Zahratunnisa.

Dia Daniel Arif. Lelaki yang dibencinya sejak ditinggalkan tanpa sebarang khabar. Ya, dia akui yang lelaki itu banyak tahu tentang dirinya, kelemahannya mahupun kegemarannya. Tapi tidak bermakna dia boleh melakukan apa sahaja kepada Zahra.

Sweater yang berada di tubuhnya dilucutkan untuk dipulangkan kepada Daniel Arif lalu meninggalkan lelaki itu sendirian di situ.

Nasib baik hanya beberapa orang sahaja yang berada di dalam dewan ketika itu dan mereka tidak berminat melihat drama tidak diiktiraf itu.

Kecuali seorang lelaki yang setia menonton daripada awal sehingga akhir. Matanya merah menahan cemburu saat melihat perbuatan lelaki itu kepada isterinya. Apa haknya untuk memperlakukan isteri orang seperti itu?

Lelaki itu dipandang atas bawah dari jauh. Siapa lelaki itu? Apa hubungannya dengan Zahra? Adakah selama ini dia ditipu hidup-hidup oleh wajah polos gadis yang bergelar isterinya?

Bermacam-macam soalan muncul di benak fikiran Syed Hadi. Hal ini membuktikan yang lelaki juga mempunyai perangai pelik seperti perempuan iaitu 'over thinking'.

Sudahnya dipendam sahaja dahulu sebelum menghukum. Dia tidak mahu bergaduh disebabkan sifat 'over thinking'nya. Sebaiknya dia berbincang elok-elok dengan Zahra di tempat dan waktu yang sesuai.

Dalam kelekaannya berfikir, kerusi di sebelahnya ditarik. Ternyata lelaki yang berdrama dengan isterinya tadi duduk di sebelahnya. Inilah masanya untuk mengorek sedikit sebanyak rahsia mereka berdua.

"Siapa perempuan tu, bro?" soal Syed Hadi tanpa malu. Keraguannya mengatasi segalanya.

"Girlfriend aku," jawab lelaki itu ringkas. Namun cukup membakar hati Syed Hadi.

"Oh," ujar Syed Hadi pendek. Dia sudah tidak mahu bertanya lagi memandangkan hatinya sedang panas terbakar. Silap hari bulan bertumbuk mereka berdua.

Seketika kemudian, Syed Hadi berpindah tempat duduk kerana tidak tahan duduk di sebelah lelaki itu. Makin terbakar hatinya mengingatkan perkataan 'girlfriend' yang meluncur ringan dari mulut lelaki itu.





Keep reading ye..
Sayang korunk 😘

#savepalestine
#shameonisrael

DIA ISTERIKUWhere stories live. Discover now