Sehelai kertas berukuran A4 dihulur kepada seorang gadis yang sedang duduk di atas buaian. Kertas itu disambut dengan kerutan di dahi.
Tempat kosong di sebelah gadis itu didudukinya lalu menggerakkan perlahan buaian tersebut.
"Apa ni?" soal Zahra sambil memandang wajah suaminya. Tiba-tiba saja beri surat kepadanya.
"Surat kebenaran untuk ke kem kecemerlangan. Cikgu yang bagi," jawab Syed Hadi tanpa memalingkan muka kepada isterinya. Ikan-ikan yang sedang berenang riang di dalam kolam di hadapannya lebih menarik perhatiannya.
"Kenapa surat ni ada dengan abang?" soal Zahra lagi bagi menjawab kemusykilan yang terbuku di benak fikirannya.
"Cikgu letak atas meja masa awak keluar kelas. So, abang ambil simpan lah," jawab Syed Hadi tenang sambil menggerakkan buaian yang hampir terhenti ayunannya itu.
"Oh, kena minta izin dengan ibu dulu lah," ujar Zahra sambil berura-ura untuk bangun menuju ke dapur.
Tangan Zahra dipegang dan ditarik sedikit oleh Syed Hadi menyebabkan dia terduduk semula di atas buaian tersebut.
"Ada apa lagi?" soal Zahra sambil memandang wajah suaminya yang kacak itu.
"Kenapa kena minta izin ibu? Awak isteri abang yang sah, Zahra. Awak dah jadi tanggungjawab abang. Apa-apa perkara, awak perlukan izin abang. Bukan ibu lagi. Tanggungjawab ibu terhadap awak dah lepas," ujar Syed Hadi panjang lebar kepada isterinya yang seolah-olah tidak sedar bahawa dirinya sudah bersuami.
"Eh ya lah! Saya lupa," ujar Zahra sambil tersenyum kekok menunjukkan lesung pipitnya yang menawan itu. Termalu sendiri dengan kesilapan yang dilakukannya.
"Jadi, abang izinkan tak?" soal Zahra tanpa segan silu. Sesungguhnya sudah lama dia menunggu aktiviti anjuran sekolah yang satu itu.
"Iya sayang," jawab Syed Hadi lalu menggosok kepala isterinya.
Zahra yang sedang menahan malu itu tertunduk dengan ucapan dan tingkah laku suaminya. Pipinya yang putih mulus bertukar merah jambu serta-merta akibat malu.
* * * * * *
Hari yang dinanti-nantikan oleh semua murid terutamanya Zahra telah tiba. Sebuah bas diisi dengan sebilangan pelajar tingkatan lima termasuk Zahra dan Syed Hadi.
Setelah meletakkan beg di bawah perut bas, Zahra menaiki bas dengan perasaan yang berbaur gembira dan teruja.
Namun, kegembiraannya hanya seketika. Setelah diteliti, semua murid perempuan sudah mempunyai pasangan masing-masing. Tiada tempat kosong untuk Zahra duduk.
Miza pula tidak mengikuti kem tersebut kerana terpaksa mengikuti ibu bapanya ke Indonesia. Kalau Miza ada, bolehlah Zahra duduk berdua dengan Miza.
Setelah dicari lagi, dia ternampak satu tempat kosong tetapi di sebelahnya ada seorang murid lelaki.
Nasib menyebelahinya kerana lelaki itu adalah suaminya sendiri. Lega hatinya. Dia kemudiannya tanpa segan duduk di sebelah Syed Hadi. Mata-mata yang memandangnya tidak dihiraukan.
Kecuali sepasang mata. Mata milik Daniel Arif yang memandangnya tajam. Boleh tembus Zahra dibuatnya apabila menerima pandangan membunuh lelaki itu.
Namun dia cuba sedaya upaya untuk tidak menghiraukan pandangan lelaki itu. Dia siapa nak pandang Zahra macam tu?
"Kenapa duduk sini?" bisik Syed Hadi menyebabkan Zahra tersentak. Jauh benar lamunannya.
"Takda seat kosong. Tak boleh ke?" jawab Zahra turut berbisik. Entah kenapa mereka berbisik. Padahal boleh saja cakap kuat-kuat memandangkan situasi di dalam bas agak bising.
Syed Hadi tersenyum sambil mengangguk perlahan. Dia rela Zahra duduk di sebelahnya daripada terduduk di sebelah lelaki lain.
Perjalanan yang memakan masa dua jam itu terasa sangat lama kerana tiada apa-apa yang dapat dilakukannya. Bersembang dengan Syed Hadi di sebelahnya? Nak bersembang tentang apa? Sudahnya berkhayal saja sampai ke langit ketujuh.
Nak tanya ni..
Setakat ni okey tak cerita ni?#savepalestine
#shameonisrael
YOU ARE READING
DIA ISTERIKU
Random[ C O M P L E T E D ] Kehidupan Zahra berubah 70% apabila mendapat tahu yang dia bakal mendirikan rumah tangga seawal usia 17 tahun. Semuanya berlaku gara-gara wasiat tak masuk akal arwah ayahnya. Belajar di kelas sama dengan suaminya bukanlah sesua...