B A B 3

969 34 0
                                    

Zahra berlari menerpa ke arah wad kecemasan dengan pakaian sekolah. Dia tidak sempat menukar pakaian sekolah kerana terpaksa mengikuti ibunya ke hospital setelah dikhabarkan ayahnya pengsan akibat serangan jantung.

Sudah beberapa kali ayahnya dikejarkan ke hospital gara-gara serangan jantung. Namun kali ini dikatakan paling kuat sampai terketar-ketar badan ayahnya sebelum beliau pengsan dan dikejarkan ke hospital.

Perasaan Zahra bercampur baur ketika ini. Risau, gementar, sedih dan yang paling besar ialah takut. Takut kehilangan satu-satunya ayah di dunia ini.

Bunyi pintu wad dibuka dari dalam wad menghentikan lamunan Zahra. Tangannya mulai sejuk menanti khabar yang akan disampaikan oleh doktor tersebut.

"Puan Hafizah?" soal seorang doktor lelaki muda dalam lingkungan umur abang Zahra, Zakwan.

"Ya, saya," jawab Puan Hafizah tenang seolah-seolah sudah terbiasa dengan situasi ini.

"Saya minta maaf. Suami puan tidak dapat diselamatkan," ujar doktor lelaki tersebut sayu.

"Innalillahiwainnailaihirajiun," ucap Puan Hafizah diiringi tangisan perlahan.

Zahra pula sudah jatuh terduduk di lantai. Sebab inikah ibunya suruh dia pulang awal?

Zahra mula menangis teresak-esak di lantai. Dunia ini tidak adil!

Seandainya dia tahu yang ayahnya akan pergi meninggalkannya, dia sanggup menemani ayahnya hingga ke nafas akhirnya.

Seandainya dia tahu yanga ayahnya akan menutup mata buat selamanya, dia sanggup berjumpa ayahnya setiap pagi sebelum ke sekolah walaupun sudah terlambat untuk ke sekolah.

Namun, semuanya sudah tidak berguna lagi. Hanya sesalan yang diterima. Dia menyesal! Sungguh menyesal tidak meluangkan masa bersama-sama ayahnya.

Seketika kemudian, Zakwan tiba bersama-sama dengan keluarga Pak Cik Syed.

Tidak hairanlah jika Pak Cik Syed turut berada di sini. Beliau merupakan sahabat terakrab arwah yang baru sahaja beberapa hari bertemu mata kembali setelah bertahun-tahun tidak berjumpa.

Namun, Encik Zaid terlebih dahulu meninggalkan dunia ini sebelum sempat mereka berdua bertukar-tukar cerita.

* * * * * *

Malam-malam begini biasanya Zahra meluangkan masa dengan ayahnya di kamar ayahnya sambil bercerita tentang kepenatannya melalui hari yang panjang. Malam ini merupakan malam pertama dia tanpa ayahnya di sisi.

Buaian di hadapan kolam ikan itu diduduki lalu dibuai perlahan-lahan sambil termenung.

Persiapan tahlil juga diserahkan kepada ibu dan abangnya serta jiran-jiran terdekat. Tak kisahlah orang mahu label dia sebagai pemalas pun. Dia benar-benar tiada mood untuk semua itu.

Seketika kemudian, seorang lelaki duduk di sebelahnya. Agak berjarak kerana dikhuatiri timbul fitnah yang tidak enak didengari.

Zahra yang perasaan akan kehadiran satu susuk di sebelahnya hanya membiarkan sahaja. Mungkin abangnya.

Setelah beberapa minit mendiamkan diri, akhirnya Zahra mendekati 'abangnya' yang berada di sebelahnya lalu bersandar di bahu 'abangnya' tanpa memandang wajahnya.

'Abangnya' kelihatan sedikit terangkat bahu. Mungkin terkejut.

Haruman 'abangnya' itu amat menyamankan. Tidak pernah pula dia tahu yang 'abangnya' ada membeli wangian sewangi ini. Hadiah dari kekasihnya barangkali.

"Abang, Rara ni jahat kan?" soal Zahra diikuti dengan titisan air mata yang ditahan sejak dari tadi.

"Tak," jawab 'abangnya' sepatah. Tapi itu bukan suara abangnya.

Zahra mula panik. Dia memandang wajah lelaki itu.

"Astaghfirullah!" terkejutnya bukan kepalang. Dengan pantas Zahra bangun dari buaian tersebut.

"Maaf," hanya sepatah perkataan itu yang keluar dari mulut Zahra sebelum meninggalkan lelaki itu.

Lelaki itu pula hanya tersenyum sambil menggeleng kepala.


STAY TUNED FOR THE NEXT CHAPTER ❤️

DIA ISTERIKUWhere stories live. Discover now