Zahra tersenyum sendiri mengingatkan perbualannya dengan Miza sebentar tadi. Lega hatinya apabila Miza bersetuju untuk menemuinya dan mendengar satu persatu penjelasannya.
*Flashback*
"So korang dah kahwinlah?" soal Miza dingin.
Zahra mengangguk lalu tersenyum pahit. Menyesal pula rasanya merahsiakan perkahwinannya dan Syed Hadi daripada Miza.
"Sejak bila?" soal Miza lagi tidak beriak. Wajahnya tidak lagi sedingin tadi.
"Beberapa minggu lepas Hadi pindah masuk sekolah kita," jawab Zahra serba salah. Sungguh dia tidak menyangka yang rahsianya akan terbongkar secepat ini.
"Sampai hati kau tak bagitahu aku. Ya lah, aku ni siapa je," ujar Miza berjauh hati. Merajuklah tu.
Zahra semakin rasa bersalah. Syed Hadi yang berada di luar restoran itu dipandang sekejap. Risau hilang suaminya itu.
Sengaja dia menyuruh suaminya itu menunggunya di luar kerana risau Miza berasa tidak selesa dan malu untuk berbual dengannya.
"Bukan tak nak bagitahu. Perkahwinan aku dan Hadi memang terpaksa dirahsiakan. Keluarga terdekat pun tak tahu. Sorry sangat-sangat," ujar Zahra seraya memohon maaf daripada Miza untuk kesekian kalinya. Dia benar-benar rasa bersalah terhadap Miza.
"Ya lah, aku faham. Aku pun nak minta maaf jugak sebab TERgedik dengan suami kau. Depan kau pulak tu. Sorry weh," ujar Miza dengan perasaan yang malu. Sengaja dia menekan perkataan 'ter' untuk menunjukkan yang dia benar-benar tidak sengaja. Sungguh dia tidak menyangka yang lelaki idamannya itu sebenarnya suami kepada kawan baiknya sendiri.
Zahra yang sedang menghirup jus epal tersedak serta-merta. Kemudian dia ketawa. Baginya pengakuan Miza itu sangat comel dan lucu.
"Takpa. Aku tak ambil hati pun. Lagipun kau tak tahu yang Hadi tu suami aku. So, boleh dimaafkan lah," ujar Zahra dengan sisa tawanya. Geli hati betul!
Miza mencebik. Tak lucu okay! Cubit pipi tu baru tahu!
"By the way, congratulations my friend! Dah jadi bini orang kau eh! Nanti kalau rasa nak madu, cari aku ya?" gurau Miza lalu ketawa terbahak-bahak. Seronok mengenakan Zahra.
Zahra yang mendengar kata-kata Miza itu pantas memukul lengan Miza. Tindakan drastik mungkin.
"Mulut tak ada insurans langsung! Cili kang baru tahu!" ugut Zahra geram. Dia tahu yang kawannya itu hanya bergurau. Kalau betul memang akan dicilinya mulut tak berpenapis itu.
"Gurau je. Tak payah lah ambik serius sangat. Aku pun tak teringin lah dengan suami orang. Not my taste gittew!" ujar Miza bersungguh-sungguh. Kalau tak bersungguh, bukan Miza lah namanya!
Akhirnya salah faham antara Zahra dan Miza dapat diselesaikan juga. Untung dapat sahabat yang memahami. Kesimpulannya, janganlah menilai sahabat dari segi kuantiti, sebaliknya nilailah dari segi kualiti. Tiber lagi!
*End of flashback*
Selimut ditarik sehingga ke paras leher apabila kesejukan mula menjalar ke seluruh tubuhnya. Penghawa dingin dinaikkan suhu menggunakan alat kawalan jauh yang terletak di atas meja bersebelahan katilnya.
Suaminya sudah lena dibuai mimpi. Balik-balik saja terus tidur. Penat sangat agaknya setelah seharian berjalan-jalan dan makan angin di pulau itu.
Zahra mendekati suaminya lalu mencium dahinya. Selalunya Syed Hadi yang akan mencium dahinya sebelum tidur. Malam ini dia mengambil alih 'tugas' itu memandangkan suaminya sudah dibawa ke alam mimpi.
Setelah itu, dia masuk ke dalam pelukan suaminya tanpa rasa segan silu kerana dia tidak boleh lelap jika tidak dipeluk oleh suaminya sejak kebelakangan ini. Hmm, bestnya dah kahwin. Mama, nak kahwin jugak!
Hello everyone!
Lama naw tak update 😌
Sorry, busy sngt lately ni 😪
Thank you yg sudi vote and baca❤️
Love you 💋
YOU ARE READING
DIA ISTERIKU
Random[ C O M P L E T E D ] Kehidupan Zahra berubah 70% apabila mendapat tahu yang dia bakal mendirikan rumah tangga seawal usia 17 tahun. Semuanya berlaku gara-gara wasiat tak masuk akal arwah ayahnya. Belajar di kelas sama dengan suaminya bukanlah sesua...