B A B 17

844 37 0
                                    

Pagi yang indah sekali lagi diganggu oleh seorang makhluk yang tidak faham bahasa Melayu. Sepanjang lima hari persekolahan, tidak pernah sekalipun dia terlupa untuk mengganggu Zahra. Naik rimas Zahra dibuatnya!

"Kau nak apa lagi?" bentak Zahra tetapi masih cuba dikawal suaranya. Bimbang akan menarik perhatian pelajar-pelajar yang berada berdekatannya.

"I nak you lah. I'm so sorry for what I've done. I masih sayangkan you. Please, Rara. Kita mulakan semula," pinta Daniel tanpa sekelumit rasa malu seraya menghulurkan air kotak susu perisa strawberi kegemaran Zahra.

"Kau gila ke?!" ujar Zahra keras dan kuat sambil menepis air kotak tersebut. Dia tidak mahu menerima apa-apa lagi daripada lelaki itu.

Setelah itu, Zahra berlalu pergi apabila perasan banyak mata yang menyaksikan drama yang ditayangkan secara percuma antara dia dan Daniel termasuk suaminya sendiri.

Syed Hadi yang sempat melihat sebentar pergaduhan mulut antara isterinya dan Daniel hanya mampu mendiamkan diri dan berlalu tanpa menolong. Kelihatan dayus namun dia perlu menjaga rahsia besar perkahwinannya untuk kebaikannya dan Zahra.

Kerusi di sebelahnya ditarik menandakan tempat duduk itu diduduki oleh isterinya. Dia hanya membisukan diri dan berpura-pura sibuk membelek-belek buku teks sejarah yang sudah sedia ada di atas mejanya.

Satu kertas kecil diletak di atas mejanya oleh tangan mulus isterinya. Kertas itu diambil lalu dibaca setiap perkataan yang tertulis di situ.

'I'm sorry, abang! Dia yang kacau saya :( '

Syed Hadi tersenyum melihat kecomelan isterinya. Baru nak merajuk tapi sudah terpujuk. Comel betul! Dia fikir suaminya marah ke apa?

Syed Hadi membalas di bahagian belakang  kertas yang masih kosong itu lalu meletakkan di atas meja Zahra.

'Sokay lah. I'm sorry too tak dapat tolong awak :( '

Giliran Zahra pula tersenyum kepada Syed Hadi menandakan dia tidak kisah. Kenapa comel je pasangan suami isteri ni? Macam budak-budak baru bercinta!

*  *  *  *  *  *

Matanya tidak lepas memandang gerak-geri Syed Hadi di hadapannya. Zahra pula memerhati tindak-tanduk kawannya, Miza yang sedang duduk menongkat dagu di sebelahnya.

Oleh sebab cikgu subjek biologi cuti pada hari ini, semua murid diarahkan untuk berbincang tugas yang telah diberi sehari sebelumnya.

Kebetulan Zahra, Syed Hadi dan Miza berada di kumpulan yang sama. Bukan kebetulan yang betul-betul, tapi Miza yang mencipta kebetulan tersebut dengan menukar kumpulan dengan Farisya selepas cabutan dilakukan.

"Ehem," Zahra berdehem perlahan apabila Miza asyik memandang Syed Hadi seperti mahu menelan suaminya itu sehingga membuatkan lelaki itu tidak selesa.

Miza tersengih melihat Zahra manakala Zahra pula menjeling Miza yang mula melihat Syed Hadi semula. Menyampah betul! Janganlah tengok suami orang macam tu! Korek biji mata tu kang sia-sia je jadi buta.

Giliran Zahra pula memandang suaminya. Apabila mata mereka bertembung, Zahra mengangkat ibu jarinya ke leher lalu diseret dari kiri ke kanan sebagai amaran supaya suaminya tidak berbalas pandangan dengan Miza.

Syed Hadi pula hanya mampu menyembunyikan senyuman setelah melihat amaran daripada isterinya yang kelihatan comel di matanya. Sekurang-kurangnya dia tahu yang isterinya itu cemburu melihat perempuan lain memandangnya begitu. Cemburu itu kan tandanya sayang.

Perbincangan mereka diteruskan selama setengah jam. Miza pun sudah tidak memandang Syed Hadi lagi. Mungkin sudah sakit mata.

Sakit matanya bukan kerana rupa Syed Hadi yang tidak enak dipandang tetapi kerana matanya tidak berkedip selama dua minit akibat terpesona memandang wajah lelaki itu.

Siapa sahaja yang memandang wajah Syed Hadi pasti tidak jemu kerana ketampanannya. Tambahan pula wajahnya dihiasi dengan sepasang lesung pipit yang menambahkan kemanisan air mukanya. Betapa beruntungnya seorang Zahratunnisa dapat memiliki lelaki sesempurna suaminya.


Jom kita rampas suami dia! HAHAHA
Keep supporting this story ya gaes!
Semoga dimurahkan rezeki 🌹

DIA ISTERIKUWhere stories live. Discover now