B A B 23

840 56 2
                                    

Hari ini Zahra pulang sedikit lewat daripada kebiasaannya kerana dipaksa oleh Miza dan tiga orang kawannya untuk menyertai 'study group'. Kata Miza, mereka perlu seorang pembimbing seperti Zahra untuk membimbing mereka memandangkan Zahra paling bijak selepas Syed Hadi.

Sebenarnya mereka telah meminta Syed Hadi untuk menyertai mereka tetapi ditolak oleh lelaki itu. Katanya ada hal penting yang perlu dilakukan. Oleh sebab itu, Syed Hadi pulang terlebih dahulu dan membiarkan isterinya sahaja yang mengajar mereka.

Setelah dua jam menghadap wajah Miza, Laila, Farisya dan Hana, Zahra meminta diri terlebih dahulu untuk pulang. Langit gelap menandakan hujan akan turun sebentar lagi menyebabkan dia terpaksa pulang segera.

Dengan langkah yang laju, Zahra segera menaiki kereta ibunya yang baru sahaja tiba di hadapan pagar utama sekolah.

"Gelap je rumah. Hadi pergi mana, bu?" soal Zahra sesampainya di rumah sambil membuka tali pinggang keselamatan.

"Entah. Tadi ada je tengah buat homework," jawab Puan Hafizah seraya keluar daripada kereta Honda Jazznya meninggalkan Zahra yang masih terkial-kial membetulkan tali beg sekolahnya.

Langkah ke pintu diatur lemah walaupun hanya beberapa langkah sahaja dari kereta. Kasut sekolah dilucut dan diletakkan di dalam rak kasut. Kemudian pintu dibuka.

"SURPRISE! Happy Birthday!" ujar Puan Hafizah dan Syed Hadi serentak. Terkejut Zahra dibuatnya. Patutlah ibunya cepat-cepat masuk ke dalam rumah. Ada kejutan rupanya.

"Ibu.." panggil Zahra meleret. Terharu dengan kejutan itu. Setiap tahun dia menerima kejutan daripada ibunya. Dia sendiri pun lupa yang hari ini merupakan hari ulang tahun kelahirannya.

"No, suami Rara yang buat. Ibu tolong sikit-sikit je," jelas Puan Hafizah kepada anak perempuannya. Kredit perlu diberikan kepada menantunya kerana dia yang mencadangkan dan menjayakan kejutan tersebut.

"Abang..." panggil Zahra dengan mata berkaca-kaca lalu memeluk tubuh suaminya. Sungguh dia terharu sehingga tidak mampu berkata apa-apa.

"Happy birthday sayang," bisik Syed Hadi lalu mengucup kedua-dua belah pipi isterinya. Semakin erat pelukan Zahra. Suka lah tu!

Puan Hafizah pula hanya tersenyum melihat kemesraan anak dan menantunya lalu meninggalkan mereka berdua untuk memberikan privasi. Arwah suaminya tidak salah memilih Syed Hadi sebagai suami kepada satu-satunya anak perempuan mereka.

"Thank you abang," ucap Zahra masih dengan posisi yang sama. Kepalanya disandar pada dada Syed Hadi. Lelahnya seharian di sekolah hilang serta merta.

Syed Hadi mengelus kepala Zahra yang masih dibaluti tudung sekolah sebagai balasan ucapan terima kasih daripada isterinya.

"Hadiah tak ada ke?" soal Zahra lalu mengangkat wajahnya untuk melihat respon suaminya. Pelukan masih dikekalkan, cuma kepala sahaja yang didongak sedikit.

"Ada, dalam bilik," jawab Syed Hadi.

Belum sempat Syed Hadi menyambung ayatnya, Zahra sudah terlebih dahulu bergegas ke bilik. Teruja betul sampai tinggalkan suaminya sendirian di situ. Syed Hadi segera membuntuti langkah isterinya ke dalam bilik mereka.

"Tak ada pun," rungut Zahra sambil mencari-cari hadiah yang dimaksudkan oleh suaminya.

Dalam keasyikan dia mencari, tiba-tiba seseorang menarik tangannya. Siapa lagi kalau bukan Syed Hadi. Saka awak? Hehe gurau je!

Satu kotak kecil dikeluarkan dari poket seluarnya. Kotak yang terdapat sebentuk cincin emas belah rotan yang terletak elok di dalam kotak itu dibuka. Cantik dan ringkas sahaja bentuknya.

Aww, romantiknya Syed Hadi! Zahra sangat beruntung memiliki suami seperti Syed Hadi. Lelaki itu terlalu sempurna sebagai seorang suami kepada Zahra.

Cincin itu disarung pada jari manis Zahra. Zahra sudah terkelu untuk kali kedua kerana benar-benar terkejut dengan hadiah yang diberikan oleh suaminya.

Rasa seperti dilamar oleh lelaki idaman pula! Sisi romantiknya baru ditunjukkan kepada Zahra setelah setengah tahun berkahwin. Selama ini dia hanya terlihat sebagai seorang lelaki yang penyayang dan penyabar. Mungkin banyak lagi sifat Syed Hadi yang belum diketahui oleh Zahra.





Yang baik hati tolong
sedekahkan vote utk kita 👉👈
Thankyou!

DIA ISTERIKUWhere stories live. Discover now