Dahi mulus isterinya dikucup lembut sebelum berangkat ke sekolah. Memang itulah rutinnya sepanjang sebulan tempoh perkahwinannya.
Sehari memang wajib sebanyak dua kali dia akan mencium dahi isterinya. Satu sebelum pergi ke sekolah dan satu lagi sebelum tidur. Tiada sekali pun yang tertinggal.
Dan selama tempoh perkahwinannya itu, mereka masih belum bergaduh atau bermasam muka kerana masing-masing sibuk dengan belajar memandangkan tarikh peperiksaan SPM semakin hampir. Memang tak sempat nak cari gaduh.
Setibanya di sekolah, Zahra terpaksa menghadap perempuan kepoh di kelasnya. Siapa lagi kalau bukan budak Miza itu?
Belum sempat dia meletakkan punggung di atas kerusi, Miza sudah menariknya untuk duduk di atas kerusi kosong di hadapannya. Ini mesti ada cerita menarik yang akan dikongsikan kepadanya.
Zahra mencuri pandang ke arah Syed Hadi. Ternyata lelaki itu juga sedang memandangnya. Mata mereka saling berpandangan buat seketika. Harap-harap tiada siapa yang nampak. Jika ada yang nampak, mungkin akan timbul kontroversi antara dia dan Syed Hadi. Kalau boleh, dia tidak mahu menghadapi situasi itu.
"Weh Rara! Kau tahu tak ada budak baru kelas sebelah? LELAKI!" soal Miza sedikit lantang menyebabkan banyak mata memandang ke arah mereka berdua termasuk Syed Hadi. Sengaja ditekankan perkataan 'lelaki' itu.
Zahra menampar perlahan lengan Miza sebagai isyarat supaya merendahkan sedikit nada suaranya. Kecoh betul!
"So, apa kaitan dengan aku?" soal Zahra malas. Malas ambil tahu hal orang. Hal sendiri pun kurang terjaga.
"Guess what Rara? Kau kenal budak baru tu!" ujar Miza bersungguh-sungguh. Sekali lagi mereka menjadi tumpuan.
Syed Hadi yang sedang menghafal formula Kimia terjeda. Dia harus mencuri dengar perbualan antara isterinya dan Miza. Macam menarik je.
"Siapa?" soal Zahra lagi. Si Miza ini pun satu. Padahal boleh je cakap terus-terang. Tak perlu nak berteka-teki bagai.
"Daniel Arif. Your ex-boyfriend!" jawab Miza separa berbisik menyebabkan Zahra sedikit tersentak.
Dia memandang Syed Hadi untuk melihat reaksinya. Dia yakin yang Syed Hadi mendengar perbualannya dengan Miza kerana jarak mereka sangatlah dekat. Namun lelaki itu tidak menunjukkan sebarang respon.
"Oh," balas Zahra pendek. Mendengar nama lelaki itu membuatkan semua moodnya hilang.
Baru sahaja dia dapat melupakan lelaki itu selepas kehadiran lelaki yang bergelar suaminya sekarang tetapi lelaki itu hadir kembali membawa luka yang masih belum kering sepenuhnya.
Dua tahun. Dua tahun lelaki itu meninggalkannya tanpa khabar. Hubungan mereka berdua bagaikan tergantung tanpa tali.
Hari ini dia hadir kembali tanpa rasa bersalah setelah meninggalkan seorang gadis naif yang setia terhadapnya seperti Zahratunnisa.
Namun Zahra nekad! Dia tidak akan memaafkan lelaki yang telah menghancurkan kepercayaannya. Datanglah cium kakinya sekalipun, lelaki itu tidak layak mendapat kemaafannya.
Zahra menekup mukanya di atas meja. Sungguh, fikirannya serabut.
Semua orang yang bercakap dengannya dibiarkan tanpa jawapan. Nampak kejam, namun dia berbuat sedemikian untuk kepentingan semua. Hanya Miza yang tahu apa akan berlaku jika Zahra sedang serabut.
Syed Hadi yang berada di meja sebelahnya hanya mampu melihat keadaan isterinya yang kelihatan seperti orang hilang anak.
Jauh di lubuk hatinya ingin saja dia mendengar setiap masalah yang dihadapi oleh isterinya, memberi kata-kata positif untuk mengembalikan Zahra yang ceria dan ingin saja dia memeluk tubuh isterinya untuk berkongsi rasa.
Namun semuanya hanya mampu dipendam sendirian. Dia tidak mampu melakukan sedemikian kerana terpaksa menjaga rahsia perkahwinan mereka.
Dah nampak kehambarannya 😌
Btw, SELAMAT HARI RAYA! ✨
YOU ARE READING
DIA ISTERIKU
Random[ C O M P L E T E D ] Kehidupan Zahra berubah 70% apabila mendapat tahu yang dia bakal mendirikan rumah tangga seawal usia 17 tahun. Semuanya berlaku gara-gara wasiat tak masuk akal arwah ayahnya. Belajar di kelas sama dengan suaminya bukanlah sesua...