"Sayang, dah siap belum?" laung Syed Hadi dari garaj kereta. Sudah setengah jam dia menunggu isterinya bersiap. Lama betul! Nasib baik sayang.
Beberapa saat kemudian, keluarlah seorang mak buyung sambil membimbit beg pakaian. Hari ini genap tujuh bulan usia kandungannya. Syed Hadi yang menyedari kehadiran isterinya itu cepat-cepat mendapatkannya untuk membantunya. Aww, gentleman betul suami orang ni!
"Let's go to Tokwan's house!" ujar Zahra sambil terlompat-lompat sedikit. Tak padan dengan bakal ibu. Teruja sangat! Sudah lama dia tidak menjejakkan kaki ke rumah nenek kesayangannya itu. Kalau dihitung minggu dengan jari-jemarinya, memang tak cukup. Mungkin kena tambah dengan jari suaminya.
"Jangan aktif sangat sayang. Terkeluar baby tu nanti," seloroh Syed Hadi sambil membelai lembut kepala Zahra.
"Abang! Tudung saya!" marah Zahra tetapi masih dalam nada lembut. Mana taknya, hampir satu jam dia menghadap cermin gara-gara tudungnya yang tidak memberi kerjasama itu. Suaminya pula senang-senang saja rosakkan awning tudungnya. Siapa saja tak marah? Saya pun marah huwaaa!
"Ololo merajuk pulak sayang abang ni. Nanti abang belanja aiskrim," pujuk Syed Hadi sambil menarik pipi Zahra yang semakin tembam itu. Sejak mengandung, semakin berisi pipinya itu. Sekali tengok mahu sahaja gigit pipi tidak bersalah itu.
Zahra yang cemberut mula tersengih-sengih seperti kerang busuk. Serta merta berubah moodnya. Senang sangat nak pujuk seorang Zahra ini. Sebut saja aiskrim terus mekar senyumannya. Mengalahkan budak-budak lima tahun.
Lega hati Syed Hadi apabila melihat senyuman manis isterinya itu. Risau juga kalau isterinya itu merajuk lama-lama. Dia juga yang susah hati nanti.
Setelah itu mereka memulakan perjalanan ke rumah Tokwan menaiki kereta yang dipandu oleh Syed Hadi sendiri. Tidak sia-sia dia mendaftar lesen memandu baru-baru ini. Tidak perlulah dia menyusahkan ibu dan walid untuk menghantar mereka ke mana-mana.
* * * * * *
Enam bulan kemudian...
Pusara yang masih merah tanahnya itu dipandang sayu. Siapa sangka secepat itu isterinya meninggalkannya. Wanita itu belum sempat melihat anak sulung mereka. Kejadian yang sungguh menyayat hati yang berlaku enam bulan lalu benar-benar memberikan luka yang dalam kepada keluarganya terutamanya Syed Hadi.
Masih segar di dalam ingatannya wajah gembira isterinya sebelum berangkat ke rumah Tokwan. Ketika itu tiada siapa yang tahu bahawa isterinya akan dijemput Ilahi.
Kemalangan yang meragut nyawa wanita yang dicintainya itu menyebabkan dia menjadi tidak terurus dan seperti orang tidak waras. Pada mulanya Syed Hadi tidak dapat menerima hakikat yang dia telah kehilangan Zahra dan sering menyalahkan dirinya sendiri atas kematian isterinya itu. Mana tidaknya, dia yang cuai semasa memandu.
Namun begitu, Puan Hafizah tidak henti-henti memberikan semangat kepada menantunya supaya tetap kuat dan tabah untuk meneruskan kehidupan. Dia masih ada satu permata berharga yang perlu dijaga.
Anak perempuan yang dilahirkan pramatang menjadi pembakar semangat kepadanya untuk meneruskan kehidupan. Permata tinggalan arwah isterinya itu akan dijaga sebaik mungkin.
Kemalangan itu ketentuan Allah, ajal juga di tangan Allah. Jadi kita sebagai makhlukNya perlu menerima ketentuan Ilahi dan meneruskan hidup dengan beriman dan bertakwa kepadaNya.
'Nur Zahratunnisa,
Dia seorang wanita yang istimewa,
Dia seorang anak dan isteri yang taat,
Dia segala-segalanya,
Dia isteriku.'
"Abang janji akan jaga dan bimbing Syarifah Haneesa sebagaimana ibu jaga awak sampai jadi isteri abang. Tunggu abang di syurga," bisik Syed Hadi sambil menahan tangisan yang bila-bila masa saja akan pecah.
Batu nisan yang terukir nama insan yang pernah menjadi kebahagiannya dicium berkali-kali sebelum melangkah pergi meninggalkan pusara itu.
Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian.
T A M A T
YOU ARE READING
DIA ISTERIKU
Random[ C O M P L E T E D ] Kehidupan Zahra berubah 70% apabila mendapat tahu yang dia bakal mendirikan rumah tangga seawal usia 17 tahun. Semuanya berlaku gara-gara wasiat tak masuk akal arwah ayahnya. Belajar di kelas sama dengan suaminya bukanlah sesua...