B A B 6

912 41 0
                                    

Malam ini merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh ibu kepada mempelai perempuan. Sesungguhnya inilah kegembiraan yang tidak dapat digambarkan dalam hidup 45 tahunnya.

Dalam kegembiraan itu, terselit sedikit kesayuan. Ibu mana yang tidak sayu melihat satu-satunya anak perempuannya dikahwinkan setelah anak itu berada di bawah jagaannya selama berbelas-belas tahun.

"Rara, dah ready? Pengantin lelaki dah sampai tu," ujar Puan Hafizah sambil mengusap lembut bahu anak perempuannya itu.

Jujur dia akui, anaknya kelihatan begitu jelita dan ayu dengan persalinan putih dan sedikit solekan neutral di wajah mulusnya. Pemerah pipi yang dioles tidak terlalu terang itu menaikkan lagi serinya.

Zahra hanya mengangguk dan menguntumkan senyuman jelas kelihatan pahit kepada ibunya.

"Jom turun," ajak Puan Hafizah lalu mencapai dan memimpin tangan anaknya ke ruang tamu di mana majlis akad nikah akan berlangsung.

Mata-mata yang melihat Puan Hafizah dan anak gadisnya menuruni anak tangga membuatkan gadis remaja itu sedikit gugup. Namun, dia bernasib baik kerana tetamu yang hadir tidaklah begitu ramai. Hanya keluarga terdekat sahaja.

Zahra duduk bersimpuh di atas kusyen pengantin yang disediakan sambil mencuri-curi pandang bakal suaminya.

Dia akui yang mereka pernah berjumpa hanya beberapa kali. Demi menunaikan wasiat ayahnya, dia terpaksa bersetuju mengahwini lelaki yang dia belum kenal hati budinya.

"Syed Hadi bin Syed Hilmi," seru Tok Kadi untuk memulakan akad nikah.

"Ya saya," jawab pengantin lelaki tenang. Seperti sudah terbiasa dengan situasi begini. Namun, di dalam hatinya hanya dia dan Tuhan saja yang tahu betapa gugupnya untuk melafazkan setiap bait kata itu.

"Aku nikahkan dikau dengan Nur Zahratunnisa binti Zaid dengan mas kahwin RM 500 dibayar tunai," lafaz Tok Kadi.

"Aku terima nikahnya Nur Zahratunnisa binti Zaid dengan mas kahwin RM 500 dibayar tunai," jawab Syed Hadi.

Dengan sekali lafaz sahaja, Syed Hadi dan Zahra berjaya disatukan berwalikan Zakwan, abang kepada Zahra.

Puan Hafizah pula mula mengalirkan air mata bahagia di samping anaknya yang baru sahaja menjadi isteri orang.

Zahra hanya memerhati tingkah laku tetamu-tetamu tanpa perasaan. Tanpa dia sedari, suaminya sedang memandangnya dengan pandangan yang sukar ditafsir.

Setelah selesai urusan akad nikah, Syed Hadi disuruh oleh Mak Ngah menghampiri Zahra untuk upacara pembatalan wudu'.

Syed Hadi hanya akur kerana dia tahu upacara tersebut merupakan adat yang harus diikutinya untuk melengkapkan majlis pada malam ini.

Setibanya Syed Hadi di hadapan isterinya, mata mereka saling bertaut. Seperti sedang menyalurkan suatu perasaan yang mereka sendiri tidak tahu.

Satu saat.

Dua saat.

Tiga saat.

Empat saat.

"Uhuk.. uhuk!" terbatuk-batuk Zahra dibuatnya. Dia kalah dalam permainan Syed Hadi. Apa yang dia cuba lakukan? Tak malu ke orang tengok?

"Meh tangan," minta Syed Hadi separa berbisik.

Zahra akur dengan menghulurkan tangan kanannya.

Jari manis Zahra disarungkan cincin emas bertahtakan berlian oleh suaminya. Tangan yang putih itu menambahkan lagi kecantikan cincin itu.

Syed Hadi menarik tangan Zahra supaya mendekatinya seraya mengucup lembut dahi isterinya itu.

Siulan nakal Zakwan menyebabkan semua mata tertumpu kepada mereka berdua.

"Abang!" jerit Zahra lalu membaling bunga yang dipegangnya dari tadi ke arah abangnya.

Ternyata tindakannya itu mendorong senyuman di bibir Syed Hadi. Geli hati melihat gelagat dua beradik itu.

Hi genk!
Syed Hadi kita dah kawen la 👉👈 😌
Anyway, don't forget to vote my story 🤭

DIA ISTERIKUWhere stories live. Discover now