'Ting!'
Bunyi notifikasi daripada aplikasi WhatsApp menyentakkan Zahra daripada lamunan.
Telefon pintar yang berada tidak jauh darinya dicapai lalu aplikasi WhatsApp dibuka untuk melihat mesej yang disampaikan.
Satu mesej daripada pengirim yang tidak disimpan nombornya oleh Zahra terpapar tanpa segan silu.
'Hai Rara! Daniel ni. Boleh kita jumpa sekejap?' soal pengirim yang memperkenalkan dirinya sebagai Daniel.
Zahra merengus geram. Lelaki itu kalau tidak mengacaunya dalam sehari memang tidak sah! Sejak pulang dari kem kecemerlangan tiga hari lepas, Daniel tidak henti-henti mencari Zahra. Entah apa yang dia mahu daripada Zahra.
Mesej itu tidak dibalas oleh Zahra. Dia tidak mahu berbalas-balas mesej dengan lelaki lain di belakang suaminya.
Seketika kemudian, suaminya datang mendekatinya. Panjang umur!
"Buat apa tu?" soal Syed Hadi apabila melihat isterinya sedang menyentuh-nyentuh skrin telefon pintarnya.
"Tengah memasak ni haa," gurau Zahra kasar lalu menghadiahkan senyuman tidak ikhlas kepada suaminya.
"Betul-betul lah sayang! Buat apa?" soal Syed Hadi lagi. Orang tanya betul-betul dia jawab main-main. Gigit pipi tu baru tahu!
"Ni tengah tengok video. Kurang faham yang cikgu ajar tadi," jawab Zahra jujur seraya menyuakan telefon pintarnya ke arah Syed Hadi untuk membuktikannya.
"Ohh," jeda seketika.
"Sayang, abang nak tanya sesuatu boleh?" pinta Syed Hadi cuba mencuri perhatian isterinya.
Zahra mengalihkan pandangan ke arah suaminya setelah memberhentikan video yang sedang ditontonnya tadi.
"Apa dia? Tanyalah," jawab Zahra ingin tahu. Benda apalah yang penting sangat sampai suaminya perlu minta izin dahulu sebelum bertanya.
"Emm siapa Daniel Arif?" soal Syed Hadi teragak-agak. Sudah tiga hari dia menahan diri untuk tidak bertanya kepada isterinya namun rasa ingin tahunya melebihi segalanya. Dia tidak mahu terus bersangka buruk dengan isterinya.
Zahra yang mendengar soalan itu terpacul keluar dari mulut suaminya mula berubah air mukanya. Tidak sangka secepat ini suaminya akan bertanya hal Daniel. Sesungguhnya dia masih belum bersedia untuk menceritakan segalanya.
Namun dia tetap harus menceritakan semuanya kepada suaminya sendiri sebelum suaminya tahu daripada mulut orang lain.
"Daniel Arif tu masa lalu saya. Sekarang dia adalah sampah di mata saya. Kenapa?" jelas Zahra jujur. Dia tidak mahu suaminya berfikir buruk tentang dirinya.
"Hari tu abang nampak awak bergaduh dengan dia," jawab Syed Hadi. Dia memandang Zahra dengan harapan isterinya itu menyambung kisahnya dengan Daniel.
Zahra yang seakan-akan mengerti pandangan suaminya itu mula bercerita. Dia menarik nafas panjang untuk mengurangkan rasa marah yang membuak-buak apabila mengingati apa yang Daniel lakukan kepadanya.
"Kitorang bercinta hampir dua tahun. Hari-hari mesti jumpa senyap-senyap di library, kantin, tepi surau, belakang toilet dan banyak tempat lagi. Memandangkan saya ni pengawas, saya kena hati-hati bila berjumpa dengan dia. Kalau kantoi kena pecat," Zahra berhenti sebentar untuk mengumpul kekuatan.
"Dulu saya sayang sangat dekat dia. Sampai sanggup buat apa-apa je untuk dia. Bodoh kan saya?" soal Zahra diselangi dengan ketawa kecil manakala Syed Hadi tidak beriak.
"Kisah percintaan saya dan Daniel hanya Miza yang tahu. Semua benda saya cerita dekat dia sampai suatu hari Daniel menghilangkan diri. Masa tu kitorang bergaduh teruk sampai dia tak bagitahu sepatah pun nak pindah sekolah. Selama ni saya siapa bagi dia? Sepanjang dia pindah ke sekolah baru, memang tak pernah pun dia cari saya. Tahu-tahu sekarang balik sini cari saya buat macam tak pernah buat salah. Siapa je yang tak sakit hati?" ujar Zahra keras dengan mata berkaca. Bukan sebab sedih, tapi terlalu sakit hati dengan perbuatan Daniel kepadanya.
"Selama dua tahun dia tinggalkan saya, baru saya sedar yang selama ni saya bercinta dengan sampah! Sampah memang tak patut dikutip kan abang?" soal Zahra lalu air matanya gugur satu persatu.
"Iya. Dah jangan nangis. Sayang kan dah ada abang sekarang. Handsome pulak tu," pujuk Syed Hadi sambil mengelap air mata berharga isterinya.
Zahra ketawa mendengar suaminya memuji diri sendiri. Masuk bakul angkat diri sendiri. Perasaan bethol!
Hey ladies and gentlemen!
Sorry lambat update..
Lupa 🌚
YOU ARE READING
DIA ISTERIKU
Random[ C O M P L E T E D ] Kehidupan Zahra berubah 70% apabila mendapat tahu yang dia bakal mendirikan rumah tangga seawal usia 17 tahun. Semuanya berlaku gara-gara wasiat tak masuk akal arwah ayahnya. Belajar di kelas sama dengan suaminya bukanlah sesua...