Persekitarannya diperhati satu persatu. Sekejap dia toleh ke kanan, sekejap ditoleh ke kiri pula. Entah apa yang dicarinya.
Seketika kemudian, tangannya dimasukkan ke dalam seutas beg tangan milik seorang wanita dihadapannya.
Tanpa berlengah, dia melarikan diri sepantas mungkin setelah mendapat apa yang diingini kerana khuatir dirinya menjadi buruan.
Nasibnya agak baik kerana pemilik dompet tersebut tidak menyedari yang begnya telah dicuri.
Setelah memastikan tiada seorang manusia pun yang mengejarnya, dia berhenti di sebuah lorong yang agak kotor dan bersepah.
Dompet yang dicurinya sebentar tadi dikoyak kasar akibat terlalu sukar untuk membukanya. Gelojoh betul!
Satu senyuman puas terbit di bibirnya. Nampaknya kali ini dia tidak salah memilih orang seperti sebelum ini. Jumlah wang kertas yang terdapat di dalam dompet tersebut menambahkan lagi kegembiraannya.
Semua wang kertas itu diambil lalu dicium bertalu-talu. Lagaknya mengalahkan orang gila. Orang gila kalau dapat duit yang banyak pun tak macam tu.
Tanpa membuang masa, lelaki itu menuju ke suatu tempat yang memang sudah tidak asing lagi baginya. Dompet yang dicuri dan dikoyaknya tadi dibuang di dalam tong sampah berhampiran.
"Barang ada lagi tak boss?" soal lelaki itu setelah sampai ke tempat yang menjadi kegemarannya sejak tahun lepas.
"Tak ada!" jawab lelaki sasa yang digelar boss itu.
"Alaa boss, aku tahu kau ada. Tak payah sorok dari aku. Bagi aku lima biji," minta lelaki itu sambil mengeluarkan sejumlah wang dari poketnya.
Baru sahaja dia ingin mengatakan sesuatu namun niatnya terbantut apabila duit di tangannya dirampas kasar oleh anak buah boss.
"Apa ni boss?! Duit aku tu," marah lelaki itu.
"Sekarang duit ni dah jadi milik aku. Ingat! Hutang kau masih belum langsai lagi," ujar boss sebelum meninggalkan lelaki itu kepada anak buahnya.
Mata lelaki itu tertumpu kepada plastik kecil yang kelihatan di dalam beg yang terletak di atas meja di hadapannya. Dia tahu dan pasti bahawa itulah barang yang diperlukan olehnya saat ini.
Tanpa ragu-ragu, dia mencuri barang tersebut lalu melarikan diri.
Dua orang anak buah boss yang menyedari perbuatan lelaki itu pantas mengejarnya.
"Woi Daniel! Siap kau!" laung salah seorang lelaki yang bertubuh tegap sambil mengejar Daniel.
Tidak sampai sepuluh saat, Daniel berjaya ditangkap. Bagi mereka, mengejar Daniel umpama mengejar kura-kura. Sangat mudah ditangkap.
Wajah Daniel ditumbuk sekuat mungkin sehingga pecah tepi bibirnya. Lalu perutnya pula menjadi sasaran. Ditumbuk perutnya sehingga darah tersembur keluar dari mulutnya. Ngeri!
Belum sempat dia mahu melawan, perutnya disepak pula sehingga dia tidak mampu melakukan apa-apa. Tubuhnya terbaring lemah di atas jalan tar.
Sesungguhnya dia telah melakukan kesilapan yang cukup besar. Dia tidak sepatutnya mencari pasal dengan mereka berdua. Bukan sahaja tidak dapat barang yang diingini malah dia juga mendapat sakit.
Daniel ditinggalkan di situ dengan keadaan yang sangat sadis. Tiada siapa yang dapat membantunya memandangkan jalan itu sudah tidak digunakan lagi.
* * * * * *
'Mayat remaja ditemui di lorong terbiar,' baca Syed Hadi di dalam hati. Gambar kecil mangsa yang diletakkan di artikel itu dipandang lama sebelum dia mengingati mangsa tersebut.
"Sayang ni Daniel kan?" soal Syed Hadi apabila isterinya duduk di sebelahnya. Telefon pintar Syed Hadi diambil untuk melihat dengan lebih dekat.
"Haah. Innalillahiwainnailaihirajiun," ucap Zahra lalu memulangkan kembali telefon suaminya.
"Tak sangka cepat betul dia pergi. Apa kes ni bang?" soal Zahra setelah melihat tajuk artikel itu sepintas lalu.
"Katanya kes hutang dan dadah," jawab Syed Hadi berdasarkan artikel yang sudah dibacanya sebentar tadi.
"Dia ambil dadah?" soal Zahra terkejut. Siapa sangka Daniel yang dahulunya bijak tetapi sekarang telan benda yang sudah jelas-jelas mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri.
Zahra bersandar pada dada Syed Hadi sambil memeluk pinggang suaminya. Tabiat baharunya sejak pulang dari Pulau Langkawi baru-baru ini.
Sejujurnya, Zahra berasa sedih dan simpati kepada ibu Daniel atas apa yang menimpa satu-satunya anaknya. Dia tahu yang ibu Daniel benar-benar sayangkan Daniel. Namun dia tidak tahu apa punca yang menyebabkan Daniel menjadi seperti itu.
Alfatihah untuk Daniel Arif.
Fuh berkulat 😂
Mianhae semuanyaaa 🙏
Harap² masih ada yang
sudi baca and vote 😃Thank you everyone!
Muahh 💋
YOU ARE READING
DIA ISTERIKU
Random[ C O M P L E T E D ] Kehidupan Zahra berubah 70% apabila mendapat tahu yang dia bakal mendirikan rumah tangga seawal usia 17 tahun. Semuanya berlaku gara-gara wasiat tak masuk akal arwah ayahnya. Belajar di kelas sama dengan suaminya bukanlah sesua...