B A B 9

907 40 2
                                    

Hari ini merupakan hari pertama dia bersekolah setelah cuti seminggu. Dan hari ini juga merupakan hari pertama dia sebagai seorang murid yang sudah bersuami menuntut ilmu. Kedengaran agak pelik namun itulah hakikatnya.

Sebelum ke sekolah, Zahra diwajibkan bersalam dengan suaminya dahulu. Itu adalah peraturan yang ditetapkan oleh suaminya sendiri. Puas dia menolak peraturan tersebut namun dia tetap kalah. Suaminya itu sungguh bijak bermain kata-kata. Sampai terkelu lidah Zahra dibuatnya.

Memandangkan perkahwinan mereka perlu dikekalkan rahsia, Zahra perlu ke sekolah dengan ibunya seperti biasa. Syed Hadi pula dihantar oleh walid seperti kebiasannya.

Sebelum berangkat, Syed Hadi menghampiri isterinya yang sedang memakai kasut untuk menunaikan peraturan buatannya itu.

Zahra bangun dari bangku yang didudukinya itu lalu menghulurkan tangan kepada Syed Hadi. Sudah faham akan tujuan suaminya itu menghampirinya.

Tangannya disambut oleh suaminya lalu dia mengucup sebentar tangan suaminya. Entah apa tujuannya mencipta peraturan sebegini sedangkan mereka akan bertemu pula di sekolah. Di kelas yang sama, tempat duduk bersebelahan. Eh, tak fahamlah!

Tanpa memberi amaran, Syed Hadi menarik kepala Zahra lalu mengucup dahi isterinya itu.

"Eishh abang! Ronyok tudung saya!" ujar Zahra sambil memukul perlahan dada Syed Hadi. Kuat juga sebenarnya.

Syed Hadi tertawa. Sungguh manis senyumannya. Sesiapa sahaja yang melihatnya pasti akan tergugat.

Sebenarnya, itu adalah kali pertama perkataan 'abang' meluncur keluar dari mulut Zahra dengan kerelaan hatinya. Sebelum ini, dia asyik tersasul memanggil nama 'Hadi' dan kemudian ditegur oleh Syed Hadi. Selepas itu, barulah dia menukarkan nama 'Hadi' kepada 'abang'.

* * * * * *

Air minuman kotak itu dipandang lama. Air siapa ni? Kenapa ada atas mejanya? Siapa yang letak?

Baru saja tinggal sekejap, dah ada peminat misteri. Atau salah meja? Sebenarnya nak letak atas meja Syed Hadi kan?

Maklumlah, lelaki itu sudah mula diminati oleh junior-junior sejak hari pertama dia bersekolah di sini. Bukan setakat junior, rakan sekelas pun ada yang meminatinya kerana rupa parasnya yang kacak. Contohnya, Miza Syuhada.

Tiba-tiba Zahra ternampak sehelai nota kecil yang ditampal pada air kotak itu.

'Minum ni. Abang belanja!'

Abang? Abang mana? Sejak bila pula dia ada abang yang masih bersekolah?

Tiba-tiba otaknya terlintas wajah suaminya. 'Abang' tu Syed Hadi ke?

Zahra mula mengukirkan senyuman. Tidak tahan dengan ke'sweet'an  yang ditunjukkan oleh suaminya. Zahra berharap yang dia tidak akan jatuh. Jatuh cinta pada suaminya sendiri.

Nasib baik hanya ada beberapa orang di dalam kelas pada waktu rehat. Miza pula tidak hadir pada hari ini. Ambil cuti lebih katanya.

Rasa sayang pula nak minum air tersebut. Beginikah perasaan apabila sudah berkahwin? Adakah dia sudah diracuni oleh cinta Syed Hadi? Sesungguhnya, Syed Hadi memang pandai mencuri hatinya!

Apabila waktu rehat sudah tamat, semua pelajar mula masuk ke dalam kelas. Namun, tiada pula kelibat Syed Hadi.

Zahra mencuri-curi pandang ke pintu kelasnya. Setelah yakin yang Syed Hadi tidak muncul lagi, dia mengoyak sedikit buku catatannya dan menulis sesuatu.

Kertas itu kemudiannya diselit sedikit pada buku teks yang diletakkan dipenjuru meja. Harap-harap dia nampak.

Syed Hadi yang baru sahaja masuk ke dalam kelas itu ternampak sekeping kertas kecil lalu mengambilnya untuk melihat apa yang tercatat di situ.

'Thank you ;)'

Lantas dia berpaling ke arah Zahra. Mata mereka saling bertentang buat seketika. Syed Hadi menghadiahkan sebuah senyuman kepada Zahra, gadis cantik yang telah bergelar isterinya sejak seminggu yang lalu.

Stay tuned guys!
Wuv u ❤️

DIA ISTERIKUWhere stories live. Discover now