B A B 19

816 42 0
                                    

"Abang!!" jerit Zahra lalu terbangun dari tempat tidurnya. Mimpi yang dialaminya sebentar tadi terasa sangat nyata.

Syed Hadi yang terkejut dengan jeritan isterinya tersedar lalu duduk menghadap Zahra.

"Kenapa hm?" soal Syed Hadi lembut sambil mengelap peluh di dahi isterinya menggunakan bahagian lengan baju tidurnya.

"Saya mimpi buruk," adu Zahra dengan mata berkaca-baca dan nafas tercungap-cungap. Sedih mengingatkan mimpi itu namun lega kerana itu hanyalah mimpi.

"Mimpi apa sayang?" soal Syed Hadi lagi. Entah nimpi buruk apa yang membuatkan isterinya itu berasa sedih dan takut.

"Saya mimpi abang tinggalkan saya," ujar Zahra sayu. Terpapar kesedihan yang tidak dapat disembunyikan pada raut wajahnya.

"Dah jangan sedih. Mimpi je tu. Abang tak kan tinggalkan awak," pujuk Syed Hadi lalu memeluk erat tubuh kecil isterinya.

"Janji?" soal Zahra tetapi kedengaran samar-samar sahaja kerana kedudukan kepalanya yang tersandar di dada Syed Hadi.

"Iya. Janji," jawab Syed Hadi sambil mengelus lembut rambut panjang Zahra membuatkan Zahra terbuai.

Seketika kemudian, kedengaran dengkuran halus daripada mulut Zahra menandakan dia sudah dibawa ke alam mimpi semula. Harap-harap mimpi yang baik-baik lah!

Syed Hadi mengalihkan isterinya perlahan-lahan ke tempat tidurnya semula lalu diselimutkan hingga ke paras dada. Dahi isterinya dikucup sebentar sebelum bangun untuk menunaikan solat sunat tahajjud.

*  *  *  *  *  *

"Abang, saya nak cakap sikit boleh?" soal Zahra sambil membancuh air coklat panas untuk suaminya.

Walaupun masih muda dan kurang matang dalam kehidupan berumah tangga, Zahra tidak pernah melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Keperluan suaminya tetap dia sediakan meskipun sibuk dengan tugas lain.

Oleh sebab Zahra seorang yang bijak dalam mengatur waktu, tugas-tugas sebagai isteri dan pelajar dapat dibahagi dengan bijak.

"Tentang apa?" soal Syed Hadi lalu berhenti mengunyah dan menumpukan perhatian kepada isterinya.

"Err tentang permintaan saya masa mula-mula kahwin dulu. Ingat lagi?" jawab Zahra serba salah. Dia tidak mahu mengungkit hal tersebut namun terpaksa diungkit juga supaya dia tidak dibayangi dengan mimpi-mimpi buruk seperti semalam.

Syed Hadi berfikir sejenak. Ayat yang dilontarkan oleh Zahra pada enam bulan lepas terngiang-ngiang di fikirannya.

'Lepas enam bulan, ceraikan saya,'

"So, awak nak tuntut ke?" soal Syed Hadi dengan riak kecewa yang disembunyikan.

"Tak! Saya nak cancel order. Boleh tak macam tu?" soal Zahra sambil tersengih menayangkan giginya yang tersusun cantik dan lesung pipit yang terletak elok di kedua-dua belah pipinya.

Syed Hadi tersenyum melihat muka Zahra yang acah comel itu. Tapi memang betul-betul comel pun! Isteri siapa ni?

"Boleh je. Tapi boleh abang tahu kenapa tak jadi?" soal Syed Hadi ingin kepastian. Pelik juga dengan isterinya itu.

'Sebab saya dah mula sayangkan abang!' jerit Zahra sekuat-kuatnya namun hanya di dalam hati kerana dia belum ada keberanian untuk meluahkan rasa kepada suaminya. Dia tidak mahu bertepuk sebelah tangan kerana dia tahu bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.

"Sebab... Sebab tak ada sebab pun untuk kita berpisah. Dan saya percaya Allah dah aturkan yang terbaik untuk kita," ujar Zahra sambil tersenyum manis kepada Syed Hadi. Harap-harap alasannya itu dapat diterima oleh suaminya.

Syed Hadi hanya membalas dengan senyuman menandakan dia bersetuju dengan kata-kata isterinya itu.

Hubungan halal tersebut perlu diteruskan kerana itulah yang tertulis untuk mereka berdua.



🎶 I'm stuck with you
Stuck with you
Stuck with you~

Maaf guys, otak I agak
perlahan hari ni 😔

DIA ISTERIKUWhere stories live. Discover now