B A B 8

938 36 0
                                    

Keesokan harinya, Zahra tersedar apabila terdengar pancuran air dari bilik airnya. Jam di sebelah katilnya dipandang sekilas.

Baru pukul 5 pagi. Awal benar suaminya mandi. Tak sejuk ke?

Tanpa membuang masa, Zahra membuat keputusan untuk sambung tidur setengah jam lagi. Kantuknya masih belum hilang akibat keletihan yang dialami semalam.

Syed Hadi pula memulakan rutinnya setiap pagi iaitu membaca al-Quran.

Zahra yang masih belum terlena sepenuhnya mendengar alunan yang dibaca oleh suaminya.

Pada mulanya dia terkejut kerana dia tidak pernah menyangka yang suaminya itu sanggup bangun awal-awal pagi demi membaca al-Quran. Lelaki itu langsung tidak sama dengan lelaki-lelaki lain yang seusianya.

Lama-kelamaan, bacaan yang berkumandang di telinganya menjadi sayup. Dia benar-benar mahu terlena mendengar bacaan suaminya itu. Sungguh tenang dan nyaman di pendengarannya.

Akhirnya Zahra tertewas dan dibawa ke alam mimpi yang entah baik entah tidak. Mimpinya, siapa yang tahu.

Usai membaca beberapa helai mashaf, azan subuh berkumandang. Syed Hadi meninggalkan tempat duduknya lalu menuju ke katil. Bukan untuk tidur, tetapi untuk mengejutkan isterinya yang sedang lena dibuai mimpi.

"Sayang, wake up! Dah subuh ni," bisik Syed Hadi di telinga Zahra berhati-hati. Dia sedaya upaya cuba mengelakkan sebarang sentuhan dengan isterinya. Malas berwuduk untuk kali kedua.

"Umm," gumam Zahra sambil menggeliat sedikit apabila mimpinya diganggu. Matanya masih terpejam.

"Sayang~" panggil Syed Hadi lagi. Kali ini nadanya lebih kuat sedikit namun masih lembut untuk membawa isterinya kembali ke alam nyata.

Zahra membuka matanya perlahan apabila menyedari terdapat suara yang terlalu dekat di pendengarannya. Dia melihat jam sepintas lalu.

Jam 0613. Sudah masuk waktu subuh. Dia bingkas bangun dari katilnya lalu menuju ke bilik air untuk berwuduk. Suaminya yang berada di sebelahnya langsung tidak dipandang.

Syed Hadi pula membentang sejadah di tempat sepatutnya. Satu untuknya dan satu dibelakang untuk isterinya.

Setelah Zahra selesai berwuduk dan memakai telekung, dia mula mendirikan solat fardu subuh berimamkan suaminya sendiri. Rasa terharu sekejap.

Usai solat dua rakaat serta wirid dan doa, Syed Hadi menghulurkan tangannya kepada isterinya untuk bersalam. Dia perlu melatih isterinya berbuat demikian bermula sekarang supaya mereka tidak kekok untuk bersentuhan.

Zahra pula hanya menyambut tangan suaminya itu lalu mencium tangannya sebentar. Itu adalah kali kedua dia mengucup tangan lelaki selain ayahnya.

* * * * * *

"Hadi, can we talk?" soal Zahra memecahkan kesunyian antara mereka.

Puan Hafizah pagi-pagi lagi sudah keluar untuk menghantar anak sulungnya ke universiti di Melaka. Kini, tinggal mereka berdua sahaja di dalam rumah itu.

"Yes, sure!" jawab Syed Hadi lalu menyuapkan suapan terakhir sarapannya ke dalam mulut.

"Lepas enam bulan, ceraikan saya," ujar Zahra tanpa teragak-agak. Air muka Syed Hadi berubah serta-merta namun cepat dikawal supaya isterinya itu tidak nampak.

"Okey. Kalau saya rasa nak lepaskan awak," jawab Syed Hadi tenang. Seolah-seolah tidak terkesan dengan permintaan isterinya.

"No, you must! In return, you can request me anything," ujar Zahra lagi berkeras dengan permintaannya.

Syed Hadi terdiam sebentar. Mungkin sedang berfikir apa yang patut dia minta sebagai balasan. Tiba-tiba satu senyuman nakal terbit di bibirnya.

"Okay. You must call me abang and I call you sayang. Deal?" ujar Syed Hadi sambil mengangkat sebelah keningnya.

"Ish, tak bolehlah macam tu. Takkan dekat sekolah pun nak berabang-sayang," ujar Zahra. Sungguh dia tidak bersetuju dengan permintaan suaminya itu.

"Okey. Saya takkan lepaskan awak," ujar Syed Hadi lalu menyisip air coklat panas di hadapannya.

"Eii mana aci!" ujar Zahra sambil merenung tajam suaminya.

Syed Hadi pula ibarat tidak terkesan dengan renungan tajam isterinya. Semakin ketawa ada lah!

"Okay lah. I will call you abang. After six months, let me go," sambung Zahra lalu meninggalkan suaminya di meja makan. Semakin dilayan, semakin menjadi-jadi nakal suaminya itu.



Hi!
Sorry lambat update 🤧
Stay safe everyone!
Stay tuned for the next update.

DIA ISTERIKUWhere stories live. Discover now