B A B 21

834 33 0
                                    

Kerusi kosong disebelahnya dipandang untuk kali ke tujuh. Masih tidak diduduki oleh empunya kerusi itu.

Kerusi itu kosong sejak waktu rehat lagi. Sekarang waktu rehat sudah hampir tamat. Ke manakah dia menghilang?

"Miza, ada nampak Zahra tak?" soal Syed Hadi apabila melihat Miza lalu di hadapannya.

Miza memandangnya pelik. Tidak pernah lelaki itu bercakap dengannya sebelum ini. Hari ini tiba-tiba ringan saja mulutnya bercakap dengan Miza. Tapi tak mengapa kerana itu petanda baik buat Miza.

"Entah. Dari tadi tak nampak dia. Kenapa?" soal Miza kembali. Ya lah, tiba-tiba tanya pasal Zahra. Kalau tanya pasal dia takpalah!

Tiba-tiba Syed Hadi ternampak kertas kecil di dalam kotak pensil milik Zahra. Kertas itu diambil lalu dibaca setiap perkataan yang tertulis di situ.

Wajahnya berubah serta-merta. Tanpa membuang masa, dia bergegas ke stor sukan dengan kelajuan mengalahkan Usain Bolt. Tak, gurau je!

"Eh Hadi nak pergi mana?" laung Miza tetapi sia-sia sahaja kerana Syed Hadi sudah berada jauh darinya.

Sesampainya Syed Hadi di stor sukan, dia melihat keadaan isterinya yang terduduk ketakutan di lantai dengan tudung yang hampir tercabut.

"Woi!!" jerit Syed Hadi lalu menendang lelaki yang cuba menyentuh isterinya menyebabkan lelaki itu tercampak jauh daripada Zahra. Kesabarannya benar-benar telah berada di tahap maksimum.

Siapa saja yang sanggup melihat isterinya diperlakukan sebegitu? Dia sendiri sebagai suami pun belum pernah melakukan tindakan yang kasar terhadap isterinya.

Lelaki yang ditendang kuat oleh Syed Hadi masih berada di atas lantai. Tiada kekuatan untuk bangun. Baru sepak sikit dah tak boleh bangun. Lembik betul!

"Are you okay, sayang?" soal Syed Hadi sambil membetulkan tudung isterinya yang senget. Baju Zahra yang terkoyak dicantum dengan pin kecemasan yang diambil dari hujung tudung Zahra.

Zahra mengangguk lemah. Sejujurnya dia langsung tak okey. Sengaja dia mengangguk supaya suaminya tidak risau akan keadaannya.

Tangan Zahra yang menggigil dipegang untuk menyalurkan sedikit kekuatan kepada wanitanya itu.

Telefon dikeluarkan dari poket untuk menghubungi walidnya supaya menjemput mereka pulang.

Insiden ini perlu dirahsiakan dahulu daripada pengetahuan orang ramai supaya mereka tidak menjadi bahan gosip kakak-kakak bawang di sekolahnya.

Syed Hadi kemudiannya membantu Zahra bangun dan menyokong tubuh kecil isterinya yang tidak berupaya berdiri sendiri.

"Kau, jumpa esok! Kau cuba lari, aku cari sampai lubang cacing!" ugut Syed Hadi dengan pandangan yang tajam. Setajam mata pisau Chef Wan.

Daniel yang mendengar ugutan serius daripada Syed Hadi mula kecut perut. Sungguh dia tidak menyangka Syed Hadi yang berwajah manis itu mampu menukar wajahnya seperti wajah singa yang sedang kelaparan. Sesiapa sahaja yang melihat wajahnya saat ini mungkin akan melarikan diri kerana takut menjadi santapan tengah harinya. Eh tak, gurau lagi!

Setelah itu, mereka berdua meninggalkan Daniel yang masih berada di atas lantai lalu menutup pintu stor sukan itu sebagai balasan atas perbuatannya.

Daniel cukup bernasib baik kerana pintu itu tidak dikunci oleh Syed Hadi. Jika tidak, sampai ke tahun depanlah dia akan terkurung di situ.

Syed Hadi membantu memimpin Zahra ke pagar utama untuk pulang ke rumah. Harap-harap tiada siapa yang melihat mereka ponteng kelas tambahan. Mereka bukannya sengaja ponteng. Keadaan Zahra yang kelihatan sedikit trauma memaksa mereka ponteng kelas separuh hari.

Isu Daniel akan dilaporkan kepada guru disiplin esok sahaja memandangkan cikgu disiplin tiada di sekolah hari ini.


Mantap gak?
Mantap gak?
Mantap lah masa enggak.
Hehehe jkjk 🤪

Thank you for reading 😚

DIA ISTERIKUWhere stories live. Discover now