LUFIYA menunduk. Bazlan yang berdiri di hadapannya sengaja tidak dipandang. Kerinduan yang terpendam akibat tidak berjumpa selama seminggu disembunyikan. Ikutkan hati mahu saja dia memeluk tubuh itu. Tapi keadaan tidak membenarkan dia untuk buat begitu sekarang.
"Dah pandai tipu abang. Sejak bila belajar menipu? Siapa ajar? Lufiya, look at me. Ini balasan untuk isteri penipu macam Fiya. Mujur Allah tu baik, bagi peluang dekat Fiya untuk sihat. Buatnya Fiya kemalangan...mati terus macam mana nak minta ampun dengan abang?"
Bazlan jarang memanggil namanya, tapi bila lelaki itu sudah memanggil namanya tahulah dia yang Bazlan tengah marah dengan sikapnya yang membelakangkan suami. Memang patut dia kena marah. Dia sedar dia salah.
"Janganlah cakap pasal mati."
"Senyap-senyap kerja tanpa pengetahuan abang. Duit yang abang bagi tiap bulan tak cukup ke?" sambung Bazlan lagi apabila Lufiya angkat wajah. Penat dia tunggu di rumah, rupanya wanita itu pergi bekerja. Mana dia tidak marah?
"Maafkan Fiya, Fiya cuma nak kerja."
"But why you don't tell me? Abang ni siapa bagi Fiya? Kawan? Isteri tipu suami berdosa tahu tak? Tak bau syurga."
"Fiya memang nak beritahu bila abang balik. Tapi tak sangka pula ni yang jadi."
"Alasan! Ni salah Fiya, abang tak akan bayar ganti rugi. Pandai-pandailah cari duit nak bayar. Nak sangat kerja kan? Abang tak halalkan Fiya bayar guna duit yang abang bagi."
Berair tubir mata Lufiya apabila Bazlan terus meninggalkan dia terpinga-pinga seorang diri. Melihat seseorang yang berdiri di belakang buat dia kembali menunduk. Apa Zildan dengar perbualannya dengan Bazlan? Kalau ya dia malu.
"Tak patut awak curi dengar," tegur Lufiya apabila lelaki itu sudah berdiri di hadapannya.
"Semua sekali kena RM 1200, macam mana nak bayar?"
Lufiya mengeluh. Memang Zildan jenis lelaki yang pentingkan diri sendiri. Apa lelaki itu tidak faham keadaannya? Langsung tiada rasa simpati.
"Saya bayar ansur. Sebulan RM 300." Malas berperang mulut, kata putus diberi. Hanya kereta Zildan yang dibaiki. Bezzanya lain kali. Habislah duit gajinya selama beberapa bulan untuk bayar ganti rugi. Baru ingat mahu menyimpan.
"RM 300? Mahu empat kali bayar juga tu. I don't want. Sebulan RM 650."
"Apasal encik kejam sangat? Saya ni tak kerja tau, mana saya nak cari duit?"
"Oh, tak kerja? Habis sebelum ni, menipulah? Dah tadi jumpa kat High Autombile tu, buat apa kat sana? Oh lupa, beli kain nak buat langsir."
"Bagi account number." Jam tangan dipandang. Sudah lewat setengah jam.
Sungguh dia lupa yang saat ini dia bekerja. Baru hari pertama sudah tunjuk belang. Kalau beginilah sikapnya, sah-sah dia tidak akan dapat kepercayaan orang atasan.
"Okey, I will give my account number. Remember sebulan RM 650."
Setelah mendapatkan nombor akaun bank lelaki itu, Lufiya masuk ke dalam kereta. Belum sempat bergerak, cermin tingkapnya diketuk. "Nak apa lagi?" soalnya sebaik menurunkan cermin.
"Hantar saya ke tempat kerja. Tolong bertanggungjawab sikit." Keretanya paling awal boleh siap dalam masa tiga hari.
"Eh hello encik ingat saya grab ke?"
"Ada saya kisah siapa awak?"
"Suami saya tak bagi bawa lelaki lain. Encik tempah jelah grab." Cermin kembali dinaikkan. Tidak hirau dengan panggilan Zildan, dia mula memandu. Saat kereta berada atas jalan, perasaannya berbelah bagi. Dia perlu masuk kerja, dalam masa yang sama dia juga mahu balik untuk memujuk Bazlan. Dua-dua penting baginya. Tapi mana satu yang perlu didahulukan?
*****************************************
"ROSE, betul ke Tuan Zahran nak jumpa saya? Apa saya nak cakap ni?""Dia cari you. Dia baik but dia pantang staf masuk lambat terutama yang baru masuk kerja. I forgot to say that."
Langkah dihentikan sebaik tiba di hadapan pintu. Ingat selesai sudah masalah, rupanya ada lagi masalah yang sedang menanti. Dia dipanggil menghadap boss besar! Siapa tak takut, tambah-tambah sekarang memang dia bersalah kerana masuk lambat.
"Tuan Zahran kalau baik memang baik, tapi kalau datang angin garang dia silap-silap awak kena quit. Masuk dalam, senyum dan apa yang dia tanya jawab je. Jangan diam. Kena tenang, itu wajib."
Sebaik pintu dibuka, matanya terus bertentang mata dengan Tuan Zahran yang pertama kali dilihatnya depan-depan. Lelaki itu tidak masuk pagi tadi. Walaupun bibir keras, tapi tetap saja dia senyum. Dipandang lelaki berusia 57 tahun itu. Lebih kurang baya ayahnya. Muka pun nampak baik dan tenang.
"Saya Maryam Lufiya. Saya minta maaf masuk lambat, saya terlanggar kereta orang, kemudian saya ke bengkel untuk selesaikan apa yang patut." Belum sempat Tuan Zahran buka mulut, dia terlebih dahulu beritahu.
"Dah solat?"
"Hah?"
"Kalau belum solat pergi solat dulu, kalau belum makan pergi makan dulu."
Terkedip-kedip mata Lufiya. Apa telinganya salah dengar? Tuan Zahran tidak marah? Bukankah Rose kata Tuan Zahran pantang pekerja baru masuk lambat? Dia punya takut, sampai berpeluh ketiak.
"Saya minta maaf, lain kali saya tak buat lagi. Tuan boleh tegur saya, saya tak kisah."
"Tiada manusia yang tak buat salah. Lagipun bukan kita yang minta untuk terlibat dalam masalah. Untuk kali pertama, boleh dimaafkan. Selepas ni kena lebih berhati-hati. Hadis riwayat Muslim ada berkata orang mukmin tidak boleh jatuh dua kali dalam lubang yang sama. Maknanya cukup hanya sekali kita buat salah yang pertama kali kita buat dan belajar daripada kesilapan. Setiap kesilapan yang kita buat akan ada pengajaran walaupun hanya kecil."
Lega Lufiya melihat senyuman Tuan Zahran. Tutur kata lelaki itu sangat lembut. Ini mesti seorang bapa penyayang. Untung anak-anaknya.
"Hah, kena marah tak sebab masuk lambat?" Rose masuk lalu menyampuk perbualan mereka yang berada di dalam bilik itu. Cawan berisi teh diletakkan atas meja Tuan Zahran. "Uncle jemput minum, Rose buat special untuk uncle."
"Wah, kalau dah rajin macam ni maknanya kena up gajilah."
"Mestilah. Naik gaji, cepatlah sikit Rose boleh tamatkan zaman bujang ni." Sebenarnya dia saja buat air untuk Tuan Zahran.
Melihat Rose dan Tuan Zahran yang kelihatan mesra buatkan Lufiya berfikir. Sudahlah Tuan Zahran dipanggil uncle. Apa hubungan mereka? Mahu bertanya, nampak menyibuk pula. Beberapa minit berborak dia mula mengatur langkah untuk keluar.
"Bilik solat sebelah pantry. Telekung semua dah ada kat situ."
"Rose why you call Tuan Zahran uncle?" Dapat dia lihat gadis itu senyum malu.
"Father in law...coming soon."
"Wah, patutlah rapat semacam. Untunglah dapat bakal ayah mentua baik macam tu."
"Please pray for me. Kalau tiada aral, mungkin akan bertunang dulu. Nak kenal bakal tunang saya?"
"Oh dia kerja sini?"
"Saya secratary dia." Rose tergelak kecil.
"Nanti lepas solat, saya bawa awak jumpa dia. Patutnya lepas lunch dia masuk, tapi sampai sekarang tak nampak batang hidung. Call tak angkat. Suka sangat menghilang tanpa khabar."
"Saja je kot dia tu. Mungkin nak perhatian awak. Lelaki biasalah."
Mereka berpisah setibanya di lif. Dia mahu mengambil telekung yang ditinggalkan dalam kereta. Bukan tidak mahu guna telekung yang disediakan, tapi dia lebih selesa guna telekung sendiri.
*Jangan lupa vote⭐️ dan tambah cerita ni dalam reading list anda😘
YOU ARE READING
DIA TIADA DUA
Romantik"Kenapa abang sanggup buat saya macam ni? Kenapa abang tipu saya? Abang tak sayang saya, ke?" Teresak-esak Lufiya menangis dalam keadaan duduk. Tidak dihiraukan belakangnya yang sakit akibat terlanggar dinding. "Sayang, abang tak ada niat nak tipu...