BAB 3 (c) : Harapan Musnah

928 43 2
                                        


"OKEY, apa-apa kami akan hubungi semula."

Lufiya angguk lalu mengambil fail yang berada atas meja. Interview keduanya. Langsung tidak letak harapan. Orang cakap cuba nasib. Ada rezeki dapatlah dia kerja, tiada rezeki jadi suri rumah sepenuh masa lah jawabnya.

Tapi tengok gaya, macam sama saja nasibnya dengan interview yang sebelum ini. Gagal! Orang lain interview setengah jam baru selesai, dia tidak sampai lima minit panel sudah ucap terima kasih, boleh tunggu di luar. Dengar saja dia tiada pengalaman kerja terus berubah wajah penemu duga.

Saat berjalan ke kereta, telefon yang berbunyi  pantas dikeluarkan dari beg tangan. Melihat nama abang yang tertera di skrin buatkan dahi Lufiya berkerut. Setelah tiga hari ke Sarawak, baru hari ini lelaki itu menghubunginya. Mahu dia tidak terkejut. Baru ingat ada bini ke apa?
"Ya, abang," jawabnya sebaik masuk ke dalam kereta.

"Sayang tengah buat apa? Kenapa abang call tak angkat?"

"Oh, ermm sa...saya jemur baju. Tak dengar abang telefon." Bibir digigit. Terasa bersalah kerana menipu. Tapi lelaki itu tidak boleh tahu apa yang dibuatnya sekarang. Bazlan memang tidak bagi dia kerja. Selain alasan masih mampu untuk tanggung hidupnya, alasan lain untuk menutup perasaan cemburu. Takut sangat kalau ada lelaki lain cuba mendekatinya.

Bazlan punya cemburu, dia boleh bagi lima bintang. Hebat! Dia kena tegur dengan pak cik jual ayam pun, lelaki itu cemburu siap merajuk. Tapi itulah, kuat cemburu pun dia sayang. Suaminya seorang yang romantik!

"Dah dekat pukul 11 pagi ni, lewat sayang basuh baju. Abang ingat sayang tidur."

Lufiya tergelak kecil, sesaat kemudian senyumannya mengecut. Betul kata Bazlan selain mengemas rumah, basuh baju, memasak, tidur juga aktivitinya. Mustahil lelaki itu tidak tahu apa yang dibuatnya di rumah.

Dia bukan ada anak kecil. Tiga tahun kahwin, rezeki anak masih belum muncul buat mereka.
Di rumah dia akan keseorangan bila Bazlan keluar bekerja. Sunyi sudah semestinya.

"Kalau kita ada anak, mesti saya tengah main dengan dia sekarang." Air mata mula bertakung mengenangkan anugerah yang tidak ternilai itu masih belum hadir dalam hidup mereka. Dia tahu setakat tiga tahun menunggu, itu bukan tempoh yang lama. Ada lagi pasangan yang kurang bernasib baik, berkahwin lebih sepuluh tahun, tapi masih belum dikurniakan zuriat.

Tapi bagi seorang wanita yang terlalu menginginkan zuriat sepertinya, tiga tahun menunggu itu tidak ubah seperti sepuluh tahun. Menunggu kehadiran penyeri rumah tangga, berharap dan sentiasa berharap. Entah sampai bila.

"Sayang, tak nak sedih macam ni. Sampai masa Allah akan bagi kita anak. Kita cuma perlu sabar. Ada sebab kenapa Dia tak bagi lagi sekarang. Mungkin Dia nak kita habiskan masa berdua dulu." Tahu yang Lufiya mula bersedih, pantas Bazlan memujuk.

"Abang ingat janji abang, kan?"

"Ingat sayang. Abang tak pernah lupa. Abang akan sentiasa bersama sayang untuk selamanya. Takkan kita tak ada anak, abang nak tinggalkan sayang. Abang bukan lelaki macam tu. I love you so much. Sayang percaya abang, kan?"

"Kerana percayakan abanglah, saya terima abang jadi suami saya." Nafas ditarik panjang. Tidak mahu rasa sedih mengganggu emosi. Tiga tahun tiada anak, tapi dia ada suami di sisi. Itu juga sudah mengembirakan. Syukur.

"Sayang dah makan?"

"Dah. Macam mana kat Sarawak? Everthing is okey?" Dengar suara lelaki itu pun dia sudah tahu. Gembira semacam!

"Abang Baz..."

Mendengus Lufiya saat menangkap suara manja itu. Mengganggu betul! Pantang tengok laki aku bergayut, mesti wanita itu mahu menyampuk. "Wani ada dengan abang?"

"Haah sayang.  Kami masih kat tapak projek ni. Tengah rehat. Tadi kaki Wani luka, kena kaca. Abang dah pesan pakai kasut, tapi dia pakai high heel. Mujur luka tak dalam."

Mata hitam dijuling ke atas. Bazlan memang seorang yang suka mengambil berat. Daripada perasaan sedih mula bertukar mode jadi menyampah.

"Abang, jangan nak lebih-lebih. Wani bukan budak kecil."

"What do you mean, sayang?"

Lufiya mengeluh. Entahlah. Dia tidak tahu yang soalannya sukar dijawab atau Bazlan saja buat tidak faham. Atau dia yang terlebih risau.

"Sayang, I need to continue my work. Oh ya lupa nak cakap, abang call nak suruh sayang balik melawat ibu. Dia suruh sayang tidur sana. Sayang balik tau, kesian ibu tunggu sayang. Bye sayang, I love you."

"Abang!" panggil Lufiya, tapi talian sudah dimatikan. Dia mengeluh. Oh ini rupanya penyebab Bazlan menghubunginya. Telefonnya semata-mata mahu suruh dia pulang ke rumah mentuanya.

*Jangan lupa vote⭐️ dan tambah cerita ni dalam reading list anda😘

DIA TIADA DUACerita yang buat anda obses. Terokai sekarang