"Sayang dah masak? Abang lapar. Rindulah nak makan masakan sayang. Sedap! Kena dengan selera abang."
"Mestilah sedap! Wani tahu macam mana nak ikat perut abang tu. Fiya pun tak boleh masak sedap macam Wani masak, kan abang?" Wani tersenyum bangga. "Lauk dah siap, tapi Wani baru masak nasi. Abang tunggulah kejap. Kalau tahu abang datang, awal-awal Wani masakkan."
"Beby mana? Dah tidur?"
"Dah. Wani bawa dia main kat luar tadi. Penat sangat agaknya tu yang tidur awal." Hawani mendekatkan jarak duduknya dengan Bazlan lalu lengan lelaki itu dipeluk. Kepala mula dilentokkan pada bahu si suami.
"Abang...kereta macam mana?"
Suara manja Hawani buat Bazlan senyum. Argh, wanita itu tahu cara melemahkan dia. Perbezaan jarak tiga tahun tidak mencacatkan hubungan mereka. Wanita itu berumur 31 tahun, manakala dia 28 tahun.
Dalam kematangan, terserlah sikap manja Hawani yang hanya boleh dilihatnya seorang. Itu yang buatkan dia jatuh hati pada wanita cantik manis ini.
Dia bahagia dengan perkahwinan rahsianya. Langsung tidak dirasakan perkahwinan ini memberi masalah padanya. Malah kerana perkahwinan ini dia rasa hidupnya makin bahagia. Hari-harinya terasa semakin semangat apabila terbayang Hawani. Sungguh kalau tahu dia akan bahagia seperti ini, awal-awal dia sudah melamar wanita itu.
"Minggu depan sayang boleh guna kereta tu. Abang dah upah orang untuk ambik kereta kat rumah sana."
"Terima kasih. Sayang abang!" Dihadiahkan senyuman di pipi Bazlan. Ada kereta, senanglah kerjanya mahu ke mana-mana. Kereta lamanya selalu rosak walaupun sudah dibaiki. Geram, dia biarkan tersadai di garaj.
"Dapat kereta, baru sayang abang. Sebelum ni tak sayang abang?" Acah-acah merajuk!
Hawani sengih. "Kalau Wani tak sayang abang, tak adalah Wani nak kahwin dengan abang. Takkan abang masih tak percayakan Wani?"
"Abang percaya."
Hawani terdiam sesaat dua. Kepala yang tidak gatal digaru. "Tapi abang, takkan selamanya Wani nak guna kereta Fiya tu..."
"Nanti abang belikan kereta lain untuk sayang."
Makin melebar senyuman Hawani. Siapa tak suka dapat kereta baru? Tak usah payah-payah dia keluarkan duit beli kereta. Jimat duitnya. Ini yang buatkan dia makin sayang pada Bazlan. Segala kehendaknya akan dipenuhi. Itu sudah cukup membuktikan betapa lelaki itu menyayanginya. "Tak nak kereta macam Fiya. Wani nak Honda."
"Ya sayang..." Bazlan berjanji. Memang dia sudah berniat mahu menghadiahkan kereta untuk Hawani. Hadiah perkahwinan mereka dan juga tanda terima kasih kerana wanita itu sudah memberi kebahagiaan padanya. Tanpa Hawani, pasti hari-harinya terasa kosong.
#*Jangan lupa vote⭐️ dan tambah cerita ni dalam reading list anda😘
ANDA SEDANG MEMBACA
DIA TIADA DUA
Romance"Kenapa abang sanggup buat saya macam ni? Kenapa abang tipu saya? Abang tak sayang saya, ke?" Teresak-esak Lufiya menangis dalam keadaan duduk. Tidak dihiraukan belakangnya yang sakit akibat terlanggar dinding. "Sayang, abang tak ada niat nak tipu...
