BAB 4 (c) : Terlanggar secara tak sengaja

871 38 2
                                    


TIBA waktu makan tengah hari, Lufiya melangkah keluar dari pejabat. Rose ada mempelawanya untuk makan bersama tapi ditolak dengan baik. Dia mahu pulang. Sebenarnya dia sudah sediakan bekal untuk makan tengah harinya, tapi tertinggal pula. Jadi untuk tidak membazir dia mahu pulang untuk mengambil bekalnya.

Lagipun perjalanan pulang ke rumah tidak sampai sepuluh minit. Alhamdulilah dia dapat tempat kerja yang dekat dengan rumahnya. Jimat masa dan minyak. Enjin kereta dihidupkan tapi sengaja dia tidak mulakan pemanduan lagi.

Telefon dikeluarkan, melihat ada WhatsApp daripada Bazlan pantas dia baca.

Bazlan : Sayang pergi mana? Kenapa tak ada kat rumah? Abang dah balik ni.

Bulat bebola mata Lufiya. Mujur tidak tergolek keluar. Bukankah Bazlan akan sampai malam ini? Kenapa tiba-tiba sudah ada di rumah? Apa lelaki itu mahu beri kejutan? Memang terkejut sangat! Dia sudah gelabah.

Apa yang mahu dibalas? Takkan mahu menipu? Kalau cakap pergi pasar, bermakna selepas itu dia sudah tidak boleh keluar. Mahu kena pecat dia kerana tidak masuk kerja selepas makan tengah hari. Tapi takkan dia mahu berterus-terang?

Tanpa sedar Lufiya mengeluh. Masalah datang mencemari hari bahagianya. Huh!

'Kau juga yang cari masalah ni,' hatinya menyindir.

Malas fikir apa lagi, gear dimasukkan. Tidak tengok cermin pandang belakang dia mengundur kereta dan dumn...

Bibir digigit. Dahi diketuk apabila menyedari dia sudah menambah masalah untuk diri sendiri. Cermin sisi dipandang takut-takut. Tepat belakang keretanya terdapat sebuah kereta lain berwarna silver.

Melihat seseorang mengetuk cermin tingkap buat Lufiya mengeleng. Dia tidak mahu keluar. Tapi apabila bunyi ketukan makin kuat buatkan dia keluar dengan hati separuh rela.

"Oh, awak rupanya ya. Ingat saya lagi tak?"

Wajah empunya kereta yang dilanggarnya, dipandang tanpa berkedip. Zildan? Kenapa dia lagi? Apa sudah tiada lelaki lain yang dia boleh jumpa?

"Meh sini meh, saya nak tunjuk apa yang awak dah buat."

Diikut langkah Zildan dari belakang. Muka makin monyok dan bibir mula mencebik mahu menangis saat melihat bumper belakang Bezzanya kemik. Habislah kereta pemberian Bazlan ini. Tak sampai dua bulan pakai, sudah mahu masuk bengkel.

"Kereta kesayangan saya..." ujar Lufiya sambil mengusap badan keretanya. Sedih!

"Habis kereta kesayangan saya ni macam mana pulak?" sindir Zildan apabila Lufiya langsung tidak mengendahkannya.

"Lampu je kot pecah, halalkan jelah."

"Amboi senangnya cakap, mahu beratus juga kalau baiki ni."

"Habis, kereta saya kalau baiki kena 15 ringgit, ke? Beratus juga habis." HR-V milik Zildan dipandang. Kalau dia jadi lelaki itu, dia akan halalkan. Senang kerja! "Macam mana nak kira ni? Berapa encik nak bayar?"

"Eh, awak yang langgar kereta saya, saya pula kena bayar? Siapa yang ajar ni?" Wajah wanita bertudung ungu itu dipandang sekilas. Wajah yang nampak kebingungan. Mungkin disebabkan sedang fikir jalan penyelesaian dalam keadaan cuaca yang terik.

"Sorry..."

"Senang cerita bayar kat saya seribu."

Bulat mata Lufiya. "Banyaknya. Tak nak-tak nak. Ambil kesempatan nampak. Entah-entah kena lima ratus je, minta sampai seribu. Giler!"

"Tak percaya, ikut saya pergi bengkel."

"Tak boleh settle kat sini ke?"

"Bayar sekarang, semua settle."

Lufiya terdiam lalu memandang Zildan dengan pandangan yang tidak puas hati. "Saya jumpa telefon encik, dan saya berusaha untuk pulangkan semula pada encik, sekarang..."

"Sekarang minta saya halalkan?" Mudah Zildan meneka.

"Ya."

"Tak. Kalau saya lepaskan memandu cuai macam awak, awak tak akan serik. Hari ini langgar kereta, esok lusa langgar orang pula. Patutlah bawa kereta macam orang baru dapat lesan, tengah P lagi rupanya," sempat Zildan menyindir apabila perasan stiker merah yang tertampal di cermin belakang.

Lufiya masuk kembali dalam kereta lalu telefonnya diambil. Nombor Bazlan didail. "Helo, abang kat mana? Saya ada masalah ni. Abang tolong saya..." Diceritakan apa yang terjadi pada lelaki itu. Sambil itu matanya menjeling pada Zildan yang leka pasang telinga curi dengar perbualannya. Sesekali lelaki itu mengesat dahi yang berpeluh.

"Your husband? Betul ke dah kahwin?"

"Suami saya cakap kita jumpa kat bengkel sekarang. Saya ikut encik, nak pergi bengkel mana?" Tidak berkata lebih, Lufiya masuk semula ke dalam kereta. Waktu dalam talian, dia dengar suara Bazlan makin tegang apabila tahu apa yang menimpanya. Dia takut!

*Jangan lupa vote⭐️ dan tambah cerita ni dalam reading list anda😘

DIA TIADA DUAWhere stories live. Discover now