"Kenapa abang sanggup buat saya macam ni? Kenapa abang tipu saya? Abang tak sayang saya, ke?" Teresak-esak Lufiya menangis dalam keadaan duduk. Tidak dihiraukan belakangnya yang sakit akibat terlanggar dinding.
"Sayang, abang tak ada niat nak tipu...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Nama awak apa? Saya dah lupa."
"Saya Lufiya."
"Bukan Mona ke?"
"Nama betul saya Lufiya, Mona tu saya reka je. Saja main-main."
"Ada masa pulak ya nak main-main. Dah kahwin?"
Pertemuan itu tidak patut berlaku di kala dirinya sudah tiga tahun bergelar isteri Bazlan.
Bagi Lufiya pertemuan itu hanya kebetulan tapi bagi Zildan, pertemuan itu membuka satu cerita lama yang hanya disedarinya.
"Sayang dah cukup cantik dan sempurna pada mata abang. Datanglah perempuan secantik bidadari abang tak akan pandang."
Itu kata Bazlan. Tapi bila perempuan secantik bidadari itu muncul, suaminya berpaling tadah! Dijadikan dia janda semata-mata mengejar cinta janda lain. Pedih sungguh hati mengenangkan suaminya yang sempurna itu berjaya ditawan wanita lain.
"Kalau ada pisau kat tangan aku sekarang, aku akan bunuh kau Bazlan."
Semuanya sudah berakhir. Tidak akan dia melutut pada Bazlan yang sudah membuang dirinya. Semangat kebangkitan diseru, bukti dia mampu bangkit selepas ditinggalkan suami. Tapi tanpa Lufiya sedar, ada lelaki yang turut merasai kesedihannya.
"Saya tolak lamaran encik. Saya tak nak kahwin lagi. Saya baru bercerai tiba- tiba ada lelaki yang masuk meminang saya. Nanti orang ingat saya penyebab rumah tangga saya musnah."
"Lagi? Maksud you..you akan terima I tapi bukan sekarang?"
Zildan, tiba-tiba muncul mengatakan suka. Kata lelaki itu, status bukan masalah. Ya, bukan masalah pada Zildan tapi status dia jadi masalah pada keluarga lelaki itu.
Lelaki dan cinta, Lufiya sudah tidak inginkan. Tapi takdir Allah, siapa dia mahu menolak? Di saat luka belum menjadi parut dia kembali menyandang gelaran isteri. Tapi kebahagiaan itu bukan mudah dicapai. Kiri kanan depan belakang halangan datang menguji. Gigih Zildan pertahankan tembok perkahwinan mereka agar tidak runtuh, tapi dia?
Apa yang Lufiya mahukan sebenarnya? Mampukah mereka bahagia jika tiada kesungguhan dalam diri Lufiya? Zildan, ikhlaskah dia mahukan Lufiya sedangkan rahsia itu hanya dia yang tahu. Dan Bazlan, bahagiakah hidupnya setelah memberi derita pada Lufiya? Benarkan Lufiya sudah dibuang daripada hatinya?
Order dibuka. Untuk pembelian boleh whatsApp 014-9920450