BAB 6 (d) : Kecewa Si Isteri

1K 38 2
                                    


SELESAI mengerjakan solat maghrib, terus Lufiya masuk ke dapur untuk menyiapkan makan malam. Ikan siakap masak stim dan kangkung goreng, ini yang akan dimasaknya. Habis kerja tadi, sempat dia singgah supermarket. Terkejar-kejar juga dia untuk pulang cepat. Takut Bazlan menunggunya di rumah. Tapi elok dia sampai, lelaki itu masih belum pulang.

Buat malu dia berlari dalam supermarket. Baru tahu penat juga menjadi wanita bekerja. Balik rumah ingat boleh rehat, tapi rupanya sudah ada kerja yang menanti. Kena angkat baju, kemudian lipat baju, kemas rumah lagi. Huh!

Sedang mencuci ikan, bunyi tapak kaki buat Lufiya berpaling. Bazlan yang mengenakan jeans dan bert-shirt Polo warna hitam buat dia memandang lelaki itu atas bawah. "Abang nak keluar?"

"Abang nak ambil laptop, tertinggal kat office."

"Alah, ambil esok jelah. Abang tak penat ke? Baru je balik, dah nak keluar semula." Dia tidak setuju lelaki itu keluar. Pergi balik saja sudah sejam lebih. Sekarang masa untuk mereka berdua.

"Abang nak siapkan kerja malam ni. Esok nak kena hantar dah." Melihat Lufiya mula merajuk buat Bazlan pantas memeluk isterinya itu. Pipi itu dicium lembut. "Tak lama, lepas ambil abang terus balik. Bukannya abang nak pergi merayap mana-mana."

"Abang makanlah dulu." Mengalah!

"Sayangkan tak siap masak lagi." Lufiya dipusing menghadapnya lalu tangannya naik mengelus lembut pipi itu. Senyuman manis dihadiahkan buat isteri tercinta. "Muka sayang nampak penat. Berhentilah kerja tu. Kesian abang tengok sayang."

"Mula-mula je ni. Nanti lama-lama saya akan terbiasa."

"Okey, tapi sayang kena tahu kalau sayang nak berhenti kerja abanglah orang yang paling gembira." Rambut Lufiya diselit pada telinga. "Sebelum abang lupa minggu depan kawan Irfan datang nak ambil kereta."

"Kenapa Irfan tak datang ambil sendiri?"

"Katanya ada kelas ganti. Dah abang pergi dulu. Ke sayang nak ikut abang?"

"Erm malaslah." Dihantar pemergiaan lelaki itu dengan pandangan mata. Tak pernah-pernah suaminya tertinggal laptop di pejabat, kenapa hari ini boleh tertinggal pula?

Ikan siakap yang baru dicuci dipandang. Hilang sudah mood  mahu memasak.

#*Jangan lupa vote⭐️ dan tambah cerita ni dalam reading list anda😘

DIA TIADA DUAWhere stories live. Discover now