BAB (b) : Menuju Kebenaran

1.2K 41 0
                                        

MELIHAT sebuah teksi, cepat-cepat Lufiya menahan. Sebaik teksi berhenti terus dia meloloskan diri masuk ke dalam. "Ampang..." beritahunya sebelum sempat pemandu bertanya.

    Duduknya di belakang seperti atas baras api. Panas! Rasa tidak tenteram dan gelisah saja. Hanya satu nama yang bermain dalam fikiran sekarang, Bazlan! Dia mahu tahu apa yang jadi sebenarnya. Kenapa sini cakap lain, sana cakap lain? Dia yakin ada satu pihak yang menipu. Dan dia tidak mahu menuduh secara melulu.

    Jalan yang tepat dia perlu berjumpa Bazlan. Entah kenapa dia rasa lelaki itu ada sembunyikan sesuatu daripadanya. Dia yakin! Takkan Datin Freda pula mahu menipu.

    "Abang cepat sini," suruh Lufiya kepada pemandu teksi yang memandu perlahan.

    "Jammed ni."

    Mengeluh Lufiya apabila pemandu lewat 30-an itu menjelingnya tajam melalui cermin pandang belakang. Mungkin marah ditegur. Jarinya mula bermain sesama sendiri. Entah betul atau tidak apa yang dibuat sekarang. Mungkin ini namanya bila hati sudah nekad.

    Sekarang dia dalam perjalanan ke tempat kerja Bazlan. Dia tidak boleh menunggu lagi. Kerana lelaki itu, hancur harapannya mahu makan malam bersama Datin Freda. Apa yang dia tahu dia hanya mahukan jawapan dan kebenaran. Jujurnya dia terkejut apabila dapat tahu mengenai hal kereta. Mana keretanya sekarang?

    Teksi yang mula tersengguk-sengguk buatkan Lufiya hampir terdorong ke depan. "Kenapa ni?" soalnya gelabah apabila teksi yang dinaiki tiba-tiba berhenti tepi jalan. Soalannya tidak dijawab, tetapi pemandu teksi itu terus keluar untuk memeriksa enjin.

    Melihat asap berkepul-kepul di udara buat Lufiya pantas keluar. Pemandu teksi didekati. Terkejut dia apabila pemandu itu menendang tayar depan. Mungkin marah kerana teksinya rosak.

    "Kenapa rosak? Saya nak cepat ni."

    "Kalau nak cepat cari teksi lain!"

    Terdiam Lufiya apabila pemandu itu menjerkahnya. Mahu saja menangis. Apalah nasib dapat memandu teksi mudah melenting seperti ini. Tidak berani bersuara lagi dia hanya diam melihat tingkah pemandu itu yang sedang menelefon seseorang.

    Dalam hati terdetik satu perkara. Apa ini bukan masa yang tepat untuk dia jumpa Bazlan? Sungguh dia tidak boleh menunggu sehingga lelaki itu pulang. Dia sudah hubungi Irfan, adik iparnya beritahu sudah sebulan dia tidak berhubung dengan Bazlan. Jadi apa maknanya itu?

    Mungkin ini dugaan untuknya demi menuntut satu penjelasan. Dia tidak akan berpatah balik!

    "Eh eh, abang nak pergi mana?" soal Lufiya apabila pemandu teksi itu mengunci teksinya. Tiada jawapan selamba saja lelaki itu berlari masuk ke dalam sebuah teksi lain yang tiba-tiba berhenti dan meninggalkan dia sendirian di tepi jalan.

    Raut wajah bertukar sedih. Dugaan lagi! Sampainya hati pemandu teksi itu tinggalkan dia seorang diri. Langsung tiada rasa tanggungjawab pada penumpang. Sudahlah dia perempuan. Bahaya ada di mana-mana.

    Kereta bertali arus dipandang. Bukan tiada kereta lain, banyak. Tapi tiada sebuah pun yang berhenti mahu menolongnya. Telefon dalam beg tangan dikeluarkan. Seketika kemudian Lufiya mengeluh. Telefonnya sudah kehabisan battery sejak tadi.

    Ikutkan hati dia mahu duduk di besi penghadang jalan untuk menanti bantuan daripada manusia yang baik hati. Tapi memikirkan hari hampir maghrib, menunggu bukan jalan terbaik. Buatnya tiada yang datang menolong?

    Sudahnya Lufiya berjalan melawan arus. Seingatnya 1 KM ke belakang, ada sebuah kedai makan, mungkin dia boleh dapatkan bantuan. Redha sajalah berjalan kaki sejauh itu. Sambil berjalan, sesekali tangan mengaru lengan. Gatal akibat digigit nyamuk

    Baru suku perjalanan, sebuah kereta yang berhenti mengganggu perjalanannya. Wajah ditundukkan apabila cahaya lampu kereta itu menerobos masuk ke dalam mata. Silau!

    "You buat apa berjalan seorang diri?"

    Wajah diangkat apabila suara itu menerjah gegendang telinga. Suara yang dikenali. Zildan! Bibir jadi kaku. Apa lelaki itu yang dihantar untuk menolongnya? Kenapa mesti Zildan?

    "Teksi yang saya naik, tinggalkan saya tepi jalan."    Zildan yang tidak sekemas tadi dipandang. Kalau waktu pejabat, lelaki itu sentiasa segak. Sekarang, kemeja berada di luar, lengan yang selalu dilipat kemas tapi sekarang sudah disinsing, dan tali laher pula terbang entah ke mana.

    Buat beberapa minit dia bersoal jawab dengan Zildan yang masih tidak faham apa yang jadi padanya.

    "Kalau macam tu, I hantar you pergi sana. Rumah I pun kat sana."

    Laju Lufiya mengeleng, tanda menolak. Dia tidak beritahu lelaki itu apa tujuannya mahu ke Ampang. Lagipun tidak elok dia yang berstatus isteri orang naik kereta dengan lelaki lain.

    "I tak nak paksa, tapi I risau. Kalau you tolak pertolongan I, belum tentu akan ada pertolongan lain lagi lepas ni," tukas Zildan, bukan mahu mengugut tapi cuma mahu Lufiya berfikir lebih ke depan. "I tahu you tak percayakan I, anggap je ini pertolongan daripada kawan sekerja."

    Memikirkan ada benar juga kata-kata lelaki itu, akhirnya Lufiya akur. Mungkin ini pertolongan yang pertama dan terakhir yang akan diterimanya. "Mana Rose? Bukan encik balik dengan dia ke?" soalnya sebaik masuk ke dalam kereta.

    "Ayah dia datang ambil, katanya nak ajak keluar."

    Lufiya mengangguk dan suasana mula sunyi apabila dia diam. Zildan nampak tidak berminat mahu bercakap. "Rose selalu cakap encik balik pukul 9 malam, kenapa hari ni balik awal?" soalnya lagi untuk menghilangkan sunyi.

    Bukan apa bila sunyi, dia mula rasa janggal dan tidak selesa berdua-duaan begini. Sebab itu ligat saja otaknya mencari soalan untuk ditanya.

    "I magrain."

    Sunyi lagi! Kenapa pendek sangat balasan Zildan? Apa lelaki itu berat mulut? Atau Zildan tidak ikhlas memberi dia tumpang? Mana tahu lelaki itu terpaksa bagi dia tumpang sebab tidak mahu dilabel manusia yang tidak prihatin dengan kesusahan orang lain.

    Nafas ditarik dalam-dalam. Dia akan tanya soalan lain. Kalau pendek saja jawapan lelaki itu, dia akan senyap terus selepas ini. Tapi soalan apa yang mahu ditanya? Soalan peribadi? Nampak menyibuk pula. Soalan kerja? Bagus juga.

    "Rose ada cerita kat saya yang dia kecewa encik selalu tolak ajakan dia untuk lunch sekali." Bibir diketap apabila laju saja soalan itu meluncur keluar. Bukan ini yang mahu ditanya. Tapi kenapa ayat ini pula yang keluar? Memalukan!

    "I dengan Rose, we have nothing special."

    "Takkan encik tak nampak dia suka kat encik?"

    "I nampak," akui Zildan lagi. Menipu kalau dia tidak nampak usaha Rose untuk mendekatinya. Tapi entah kenapa, hatinya beku terhadap gadis itu. Ini berkaitan perasaan! Perasaan yang tidak boleh dipaksa untuk menyukai atau mencintai seseorang walaupun sebaik mana seseorang itu. Perasaan itu perlu hadir sendiri. Itu baru nama cinta.

    "Tak baik tau buat dia macam tu. Sekurangnya bagilah dia peluang."

    "You tak tahu apa-apa, better you diam," tegur Zildan seraya menjeling sekilas ke arah Lufiya. Perempuan, memang akan menyebelahi kaum mereka. Dia tidak suka wanita itu membangkitkan isu ini. Boleh buat magrainnya kembali menyerang. Melihat sebuah masjid, streng kereta mula dibelok ke kanan. "Solat dulu. You tak kisah, kan?"

    "Boleh-boleh." Dia pun sebenarnya memang mahu lelaki itu berhenti kalau nampak masjid atau surau untuk menunaikan solat maghrib. Nampak saja masjid ini, belum sempat buka mulut, Zildan sudah ajak. Peka lelaki itu tentang waktu solat. Dia suka!

*Jangan lupa vote⭐️ dan tambah cerita ni dalam reading list anda😘

DIA TIADA DUACerita yang buat anda obses. Terokai sekarang