CERMIN pandang belakang dibetulkan sehingga terlihat wajahnya. Lipstick dikeluarkan daripada beg tangan lalu dioles pada bibir. Kemudian tudung bawal dibetulkan kedudukan sehingga terletak elok. Lufiya senyum. Beg tangan diambil dan dengan langkah yang yakin, dia melangkah keluar.Keajaiban! Itu yang boleh dikatakan. Terasa dia seorang yang bertuah. Semalam dia menerima panggilan dari High Automobile yang mengatakan dia diterima bekerja untuk jawatan kerani akaun dan dia diminta untuk melapor diri hari ini.
Mahu saja jantung gugur. Dia diterima bekerja? Bukankah itu pelik? Bagaimana dia yang tiada pengalaman ni boleh menewaskan calon-calon yang lebih hebat daripadanya? Sungguh dia tidak habis fikir.
Mungkin ini dikatakan rezeki Allah untuknya. Asbab rezekinya mungkin datang daripada rezeki kerana bersedekah. Teringat sewaktu selesai temuduga di High Autombile, sewaktu mahu pulang Allah mengujinya. Didatangkan seorang pengemis yang menegurnya, dengan muka yang sedih pengemis itu menadah tangan meminta sedikit wang untuk membeli makanan. Hati manusia mana yang tidak terusik? Tambah-tambah dia seorang yang mudah kesiankan orang. Tidak berfikir panjang dia menghulurkan sekeping not RM 100.
Dan keberadaannya di sini adalah kerana balasan kebaikan yang telah dilakukan. Benar bersedekah tidak akan menyebabkan dia miskin tapi akan membuatkan rezekinya makin bertambah. Akhirnya dia bukan lagi bergelar suri rumah. Dia seorang wanita bekerja.
"Fiya..."
Belum lagi memasuki lif, namanya dipanggil. Lufiya palingkan wajah untuk mencari gerangan si pemanggil. "Awak ingat lagi nama saya Rose?" soalnya teruja apabila melihat gadis itu mendekat.
"Awak pun ingat lagi nama saya," usik Rose buatkan mereka sama-sama tergelak. "Ada apa datang sini?"
"Saya diterima bekerja di sini."
"Really? Alhamdulilah."
Sebaik pintu lif terbuka, dia dan Rose melangkah masuk ke dalam. Diikut langkah gadis itu menuju ke sebuah bilik. Kemudian dia melihat Rose bercakap dengan seseorang, kemudian gadis itu kembali padanya.
"Come, follow me. I show your table. Puan Zulin, your boss come in after lunch."
Sebaik sampai ke meja yang disediakan untuknya, pantas Lufiya duduk. Teruja! Tidak sabar mahu memulakan tugas. Telinga ditadah mendengar sedikit penerangan yang diberikan Rose mengenai sejarah High Autombile.
"You kat department mana?" Lufiya menyampuk.
"I'm a secretary to senior manager."
"Ohh, erm Tuan Zahran okey tak? Saya ada google pasal High Autombile. Keluarlah nama dan muka dia sebagai orang yang berjawatan paling tinggi kat sini." Lufiya buat pengakuan. Paling kurang dia kena tahu siapa majikannya. Dahi berkerut apabila Rose tiba-tiba gelak sambil mengangkat ibu jarinya.
Telefon dikeluarkan apabila Rose meminta diri. Melihat jam di skrin buat dia tergelak. Patutlah kawasan pejabat nampak lenggang, dia yang datang awal rupanya.
Waktu kerjanya bermula pukul 8 pagi, sekarang pukul 7.30 pagi dia sudah terpacak di tempat duduknya. Kegembiraan yang dirasa mula pudar apabila melihat wajah Bazlan yang disetkan sebagai wallpaper. Hari ini lelaki itu akan pulang. Dan dia mula rasa takut. Takut kerana sedar dia sudah melakukan satu kesalahan. Entah bagaimana mahu beritahu Bazlan yang dirinya sudah bekerja.
Semua yang berlaku tanpa diduga. Terlalu pantas. Pergi temuduga tidak sampai beberapa hari sudah dipanggil bekerja.
*Jangan lupa vote⭐️ dan tambah cerita ni dalam reading list anda😘
YOU ARE READING
DIA TIADA DUA
Romantizm"Kenapa abang sanggup buat saya macam ni? Kenapa abang tipu saya? Abang tak sayang saya, ke?" Teresak-esak Lufiya menangis dalam keadaan duduk. Tidak dihiraukan belakangnya yang sakit akibat terlanggar dinding. "Sayang, abang tak ada niat nak tipu...