BAB 7 : (a)Sedih

1.1K 37 0
                                        


TERASA sesuatu yang berat menghempap perut buatkan Lufiya mencelikkan mata. Tangannya menyentuh perut. Merasakan ada tangan lain buatkan dia memandang sebelah. Bazlan!

Lelaki itu sudah balik? Bila? Kenapa dia tidak sedar? Pukul berapa sekarang? Perlahan-lahan dia mengalihkan tangan Bazlan yang melingkar di perutnya lalu telefon yang berada atas laci dicapai. Melihat sudah pukul 5.30 pagi buat dia bingkas bangun.

Seketika dia mula termenung. Semalam dia tertidur di ruang tamu, bila terjaga dirinya berada atas katil. Pasti Bazlan yang mengangkatnya naik. Dia tunggu lelaki itu pulang sampai tertidur. Dua kali terjaga, Bazlan masih tidak pulang. Seingatnya kali terakhir dia terjaga pada 2 pagi.

"Eh, sayang dah bangun?"

Diam. Bazlan yang menyapu muka itu dijeling tajam. Penipu! Kata mahu keluar sekejap, dia di rumah tunggu seperti menanti ayam jantan bertelur. Baik tak payah balik!

"Jangan sentuh saya." Tangan Bazlan yang mendarat di bahu, ditepis.

"Tunggu abang ya samalam? Sorry. Han ajak minum. Lepak kat kedai sampai tak sedar dah pagi."

Alasan dicipta. Bukan tidak rasa bersalah kerana menipu, tapi dia terpaksa. Itu yang terbaik buat masa sekarang. Semalam lepas makan malam bersama Hawani, ingatkan mahu terus pulang. Tapi wanita itu pula merengek tidak mahu melepaskan dia pulang awal. Terpaksa dia di sana untuk meluangkan masa dengan isteri barunya.

"Dahlah balik lambat, telefon pulak abang tinggal dalam bilik. Abang memang suka buat saya risau, kan?"

"Abang terlupa," jujurnya dia sengaja tinggal telefon. Dia tahu Lufiya akan menghubunginya kalau pulang lambat. Dia tidak mahu wanita itu mengganggunya saat dia bersama Hawani. Lagipun dia tidak mahu kantoi awal.

"Jujur dengan saya, abang pergi mana sebenarnya? Takkan lepak sampai pagi?"

"Tak percaya, sayang telefon Han. Tanya dia sendiri."

Lufiya mendengus. Satu kerja pula dia mahu menghubungi kawan suaminya itu. Elok-elok orang tak tahu masalah mereka, jadi tahu. Dan dia sendiri tidak akan buat begitu. Nampak sangat gaya seorang queen control.

"Patutnya semalam sayang ikut abang sekali. Lepas ambil laptop boleh kita keluar pergi makan, tengok wayang ke. Last abang bawak sayang keluar bulan lepas." Bazlan cuba ambik hati. Wanita itu tidak boleh merajuk lama-lama. Gusar hatinya nanti.

Tidak membalas Lufiya bangun, lalu melangkah ke bilik air. Cara lapuk! Setiap kali dia merajuk, Bazlan akan pujuk menggunakan ayat sama. Bawa keluar dan tengok wayang.

Dia bosan! Buat masa sekarang dia mahu merajuk. Biar padan muka lelaki itu.

#*Jangan lupa vote⭐️ dan tambah cerita ni dalam reading list anda😘

DIA TIADA DUATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang