BAB 3 (a): Hanya Aku Yang Tahu

1K 47 10
                                        

BAJU kurung moden yang tersarung pada tubuh diperbetulkan. Kemudian Lufiya memandang dirinya melalui cermin. Cantik! Bibir mengukir senyuman supaya wajahnya kelihatan lebih manis. Nafas ditarik dalam-dalam untuk menghilangkan rasa takut dan debar.

Dia kena yakin. Walaupun ini temuduga pertamanya, dia tidak boleh membiarkan rasa takut, gementar dan gemuruh menguasai diri. Dia perlukan pekerjaan ini. Jadi takkan dia sia-siakan peluang dipanggil temuduga di High Automobile iaitu sebuah syarikat pengedar kereta import. Ini satu rezeki, berbulan dia minta akhirnya baru sekarang dipanggil.

Lufiya melangkah keluar dari tandas sambil memeluk fail yang berisi sijil-sijil akademiknya. Sebaik menyerahkan fail kepada seorang gadis, dia diminta untuk duduk. Berhampirannya ada lima lagi perempuan yang sedang menunggu.

Rajin mulutnya menegur untuk tahu jawatan apa yang dimohon mereka. Air liur ditelan apabila kelima-lima gadis itu memohon jawatan berkaitan kerjaya perakaunan. Sama sepertinya. Ada dua fresh gradute dan tiga lagi mempunyai pengalaman dalam bidang audit dan kewangan lebih dari tiga tahun. Tengok gaya, macam tipis saja peluangnya untuk lulus.

"Maryam Lufiya binti Latif..."

Setengah jam menunggu namanya dipanggil. Lufiya bangun kemudian mengikut langkah gadis tadi masuk ke sebuah bilik. Disebabkan rasa takut, bibir keras mahu senyum apabila melihat tiga orang lelaki yang berada dalam bilik.

Sebaik disuruh duduk, dia mula menarik kerusi. Belum apa-apa lagi darahnya sudah gemuruh apabila bertembung mata dengan tiga panel penemu duga. Mata mereka kelihatan tajam menatapnya. Daripada tiga hanya seorang yang melemparkan senyuman. Yang dua lagi berwajah ketat menyebabkan dia mula tidak senang duduk.

"Please introduce yourself."

"My name is Maryam Lufiya binti Latif and I'm 26 years old. I have a degree in Accounting. To be honest, I have no experience at work because after graduation I'm a housewife. Even thought I do not have any experience in work, I'm sure I can give my best for the company." Dengan satu nafas Lufiya memperkenalkan diri. Ayat macam menghafal!

Tapi memang dia menghafal pun. Walaupun sekadar perkenalkan diri, bagi seorang wanita bernama Maryam Lufiya, dia seorang yang mudah gelabah apabila dalam situasi begini. Pernah terjadi dia lupa nama sendiri akibat terlalu gelabah.

"You have been married for three years? Langsung tak kerja??" tanya salah seorang panel yang sudah mengerutkan dahi.

"I have never worked before." Bibir tersungging sumbing. Malu! Sah-sah mereka terkejut. Padahal sudah dinyatakan syarat sebelum memohan jawatan iaitu pemohon perlu ada pengalaman sekurang-kurangnya setahun dalam jawatan yang dipohon.

"Do you know about eligibility requirements? You're the first person ever to have no work experience."

"Yes, I know. I come here after I got the call." Senang dia memberi jawapan. Geram apabila dengar ayat terakhir itu. Macam sengaja mahu menyindirnya. Salah mereka juga. Dalam resume dan email dia sudah jelaskan segalanya. Mungkin mereka melihat dia memiliki ijazah kerana itu dia dipanggil.

Dapat dia lihat ketiga-tiga panel itu memandang sesama sendiri. Failnya yang berada di tangan panel pertama terus ditutup walaupun tidak sampai satu minit dibuka. Tengok gaya macam dah tahu saja apa nasibnya.

"Why do you want to work now? Kan lebih baik duduk rumah, suami boleh tanggung."

Dah agak dah soalan itu akan ditanya. Mujur dia sudah sedia dengan jawapan.

"It is because the cost of living now is higher. Also, it's because I want to help my husband. After all, I don't know what to do if I just sit at home. Maybe it's time for me to work. Besides, I like working."

Alasan! Kalau dia tidak bekerja pun, Bazlan mampu saja tanggungnya. Tapi dia ada sebab tersendiri kenapa dia perlukan kerja ini.

"Even though I have no experience, I will prove that I can work well. Also, I can work with all kinds of people and I am always willing to learn new things."

Tetap saja dia mahu mencuba nasib apabila ketiga panel itu senyap sambil menulis sesuatu atas kertas. Alang-alang sudah hadir, dia perlu menyakinkan mereka.

Beberapa minit dalam bilik itu, Lufiya melangkah keluar. Berat langkahnya. Sah, dia ditolak. Redha sajalah. Ayat penemuduga yang boleh buatkan dia menangis tepi bucu katil apabila diberitahu jawatan kosong hanya ada satu. Dan yang hadir temuduga seramai 10 orang. Mereka mahu cari yang terbaik antara yang terbaik.

Senang faham, apa yang ingin disampaikan penemu duga itu, interviewnya gagal! Usai mengambil kembali sijilnya, Lufiya mengatur langkah. Sambil berjalan matanya memandang sekeliling. Mewah! Walaupun hanya dua tingkat, High Automobile nampak exclusive dan high-class.

Tingkat satu merupakan pusat pameran dan jualan kereta. Manakala tingkat dua bahagian pentadbiran. Untung betul dapat kerja di sini. Jadi kerani pun gaji sudah ribu-ribu.

"Hey, macam mana interview tadi? Everything is okay?"

Belum sempat masuk ke dalam lif, dia disapa seorang gadis. Dahi berkerut memandang gadis yang memakai turban itu. Siapa gadis ni? Dia tidak kenal. Tiba-tiba datang menegur.

"Semua okey, but who are you?"

Gadis itu ketawa. "Kita jumpa kat toilet tadi."
Lufiya mengetuk dahi. Memang dia ada menegur gadis itu untuk bertanya mana tempat yang harus dia pergi bagi menghadiri temuduga. Alahai, cepatnya dia lupa. Apa ini petanda dia sudah tua? "I'm sorry."

"It's okey. Nanti ada rezeki kita boleh kerja sama-sama kat sini. I will tell you that High Autombile is a very good company. And also, very recommended! Kebajikan pekerja sangat dijaga, and our boss is a very nice person. By the way, I'm Rose. Nice to meet you."

"I'm Lufiya. I macam tak ada harapan nak dapat, tapi mana tahu ada keajaiban, kan? Tetiba dipanggil bekerja." Lufiya tergelak dengan bicara sendiri. Keajaiban konon! Saja mahu rawat hati yang masih tidak dapat terima hakikat dia gagal.

Lima minit berbual dengan Rose, Lufiya melangkah pergi apabila gadis itu mahu kembali menyambung kerja. Keluar saja dari lif, matanya terus jatuh pada seorang lelaki yang ingin melangkah masuk ke dalam lif. Segak!

'Lufiya, ingat Bazlan! Laki kau lagi segak.' Suara misteri tiba-tiba kedengaran.

Beberapa saat berpandangan, dia mendahului lelaki itu sebelum langkahnya tiba-tiba terhenti. Sepantas kilat badan dipusing ke belakang. Ternyata lelaki itu turut sama sepertinya. "Eh?" Ayat itu meluncur keluar dari mulut. Lelaki ini!

"You yang sound I kat ATM, kan?"

"Erm, er...erk." Lufiya gagap. Sound? Bukan dia hanya tegur ke?

"What are you doing here? Beli kereta?"

"Beli kain nak buat langsir." Buat apa lelaki itu mahu tahu, mereka bukan kawan pun. Tak pasal-pasal dia label lelaki itu penyibuk. Kecil betul dunia, banyak-banyak tempat kat sini juga mereka berjumpa. Jelingan maut diberi lalu dia mengatur langkah.

*Jangan lupa vote⭐️ dan tambah cerita ni dalam reading list anda😘

DIA TIADA DUACerita yang buat anda obses. Terokai sekarang