BAB 5 (d) : Ada Yang Ingin Dikejar

867 36 9
                                    


Lufiya melangkah keluar sebaik suaminya mula solat. Dia turun ke dapur untuk menyediakan sarapan. Teringatkan lauk pauk yang dimasak semalam buat dia pantas membuka tudung saji. Kosong!

Bermakna Bazlan sudah makan sebelum naik ke bilik semalam. Huh! Ingat merajuk sampai tidak mahu makan.

Mangkuk dan pinggan yang kosong diangkat lalu dicuci. Suaminya memang tidak pernah cuci pinggan selepas makan. Rajin Bazlan bukan ke arah itu. Kalau suruh menyapu atau jemur baju, baru lelaki itu buat. Itupun setelah dia merayu-rayu.

"Sayang..."

"Abang..." tegur Lufiya apabila Bazlan merangkul pinggangnya dari belakang. Pelukan dirungkai lalu Bazlan dipandang. Lelaki itu sudah siap berpakaian walaupun jam belum lagi menginjak angka 7.00 pagi. Biasanya pukul 7. 15 pagi baru lelaki itu turun. Bazlan perlu keluar awal memandangkan tempat kerja suaminya mengambil masa setengah jam untuk sampai. Itu belum lagi menghadap jammed. Paling kurang sejam baru sampai.

Dia juga yang untung. Selesai masak, makan dan mengemas, baru dia bersiap ke tempat, langsung tidak terkejar-kejar.

"Kereta Bezza tu abang nak bagi Irfan guna."

Api dapur ditutup lalu Lufiya memandang tidak puas hati. Irfan merupakan adik iparnya yang sedang menuntut di UUM. Kalau tidak bekerja boleh saja dia bagi kereta itu pada Irfan. "Kenapa dia nak guna kereta Fiya? Bukan dia dah ada motor ke?"

"Motor dia rosak. Jadi abang ingat nak bagi dia guna Bezza. Tak lama pun, ini last sem dia. Ada kereta senang sikit nak bergerak. Nanti habis belajar, dia pulangkan."

"Habis Fiya nak pergi kerja naik apa?"

Sudahlah jalan ke tempat kerja dia dan Bazlan berbeza. Lagipun kalau lelaki itu mahu menghantar bermakna dia kena bersiap awal.

"Naik grab."

"Abang! Sampai hati nak suruh Fiya naik grab." Mangkuk berisi nasi goreng diletakkan atas meja. "Nanti kalau Fiya kena culik ke apa ke? Baru abang nak menyesal."

"Please sayang, abang dah janji. Kang merajuk pula budak tu." Bazlan tarik kerusi untuk duduk.

Lufiya tarik muncung. Setuju atau tak dia terpaksa ikut. Kesian juga pada adik iparnya. Pinggan yang berisi nasi goreng dihulurkan pada suaminya. Baru makan sesuap, telefon lelaki itu berdering. Mereka saling berpandangan.

"Ya, ada kat rumah lagi. Dah gerak I call. Okey."

"Abang nak pergi dah ke? Habiskan dulu nasi goreng tu." Tidak sempat mahu bertanya siapa gerangan pemanggil, Lufiya bangun apabila Bazlan bangun.

"Abang kena gerak sekarang sayang."

"Ni bekal abang."

"No need. Abang ada lunch dengan klien nanti. Bye sayang." Sebelum pergi pipi Lufiya dicium lembut. "Love you...'

Dihantar pemergian Bazlan ke pintu. Kecewa apabila lelaki itu tidak menghabiskan sarapan dan membawa bekal yang disediakannya.

*Jangan lupa vote⭐️ dan tambah cerita ni dalam reading list anda😘

DIA TIADA DUAWhere stories live. Discover now