PROLOG 2 : Benci Sampai Mati!

1.8K 64 0
                                        

LANGKAH yang tadinya laju mula perlahan sebaik tiba di kantin. Mata hitamnya mula melilau ke sekeliling untuk mencari seseorang. Dia perlu berjumpa lelaki itu. Berani lelaki itu cari gaduh dengannya. Tangan digenggam apabila orang yang dicari tiba-tiba muncul.

Tapi belum sempat dia membuka langkah, dua orang gadis yang berjalan di sebelah membuatkan dia mengetap gigi. Pandangan gadis itu padanya seolah-olah dia seorang pembunuh.

​"Mak dia main sihir. Sekarang tengah derita sebab sihir tu makan tuan."

​"Tak sangka aku. Mak dia nampak baik. Keluar selalu pakai jubah, tudung pun labuh."

​"Apa masalah korang?" Tanpa dapat ditahan dia menjerkah. Tidak membalas gadis itu mencebik lalu pergi. Ikutkan hati marahnya mahu saja dia menumbuk muka kedua gadis itu tapi sekarang dia ada hal yang lebih penting. Melihat lelaki yang dicari mahu berlalu pergi, langkah dilajukan. Ko ingat ko boleh lari?

"Kurang ajar punya jantan!" Tidak menunggu lama, bahu lelaki itu ditumbuk. Puas hati! Lelaki ini yang mulakan dulu. Dan sekarang di sekolah semua orang melihat dirinya seorang perempuan yang jahat. 

​"Eh kau ni kenapa? Gila!"

​ "Kau buat cerita apa pasal aku?" Jerit!

​Lelaki yang tayang wajah selamba dipandang dengan penuh kebencian. Terasa ringan saja tangan mahu menampar pipi itu. "Kau jangan ingat aku tak tahu. Ini semua datang dari mulut kau, sebab orang seorang je tahu pasal aku."

​"Siapa suruh kau share cerita dengan aku?"
Muka tak bersalah!

​"Oh maknanya sekarang kau nak balas dendam?" Tangan digenggam makin kuat. Sumpah kalau tahu ini yang terjadi tak akan sesekali dia berkongsi cerita dengan lelaki ini. "Aku cerita masalah aku sebab aku percayakan kau. Tapi bila kita putus kau pergi canang cerita pasal aku. Sampai hati kau, kan? Aku benci kau!"

​"Kau yang mulakan jadi aku hanya balas."

"Sampai mati aku tak akan maafkan kau."

*Jangan lupa vote⭐️ dan tambah cerita ni dalam reading list anda

DIA TIADA DUACerita yang buat anda obses. Terokai sekarang