BAB 5 (a) : Tembelang Pecah

1K 40 0
                                    


"Ehem...ehem..."

Langkah kaki terhenti apabila melihat seseorang yang berdiri di kaunter khidmat pelanggan. Gigi diketap apabila melihat Zildan mendekat. Beg telekung yang baru diambil dipeluk erat. Entah kenapa sakit pula hati melihat lelaki yang senyum sinis itu.

"Awak ikut saya ke?"

"Yup. Kenapa?"

"Kenapa? Awak tanya saya kenapa sedangkan saya yang patut tanya, kenapa awak ikut saya, hah?" Kening kanan diangkat. Melihat wajah Zildan menjengkalkan hatinya. Benda boleh settle dengan mudah, tapi sengaja lelaki itu panjangkan cerita. "Kot ya pun tak sabar nak rasa duit saya, tak payahlah jadi macam anjing yang selalu ikut tuan dia."

"You call me 'anjing' or you nak samakan I dengan anjing?"

"Mana-mana yang you suka."

Zildan senyum sinis lalu matanya melirik wanita berbaju kurung  di hadapannya atas bawah. Sekali tengok pun dia tahu wanita itu pandai bergaya. Walaupun memakai baju kurung dan bertudung bawal, tetapi penampilan wanita ini tetap nampak anggun.

"Mata tu tolong jaga sikit."

"Kerja kat sini ke?" Zildan ubah topik. Kalau bukan kerana teguran itu pasti saat ini matanya liar memandang.

"Haah, cleaner kat sini."

"Wah cleaner zaman sekarang, bergaya macam kerja office."

Jelingan tajam dihadiahkan lalu Lufiya berjalan ke lif. Tapi baru dua langkah, dia berhenti.
"What your problem?"

"Apa? Saya nak tunggu lif ni."

"You can't go upstair. Sana tu pameran kereta."

"Oh really? Erm, what's in the bag?"

"Need to know?"

"Boleh tahan sombong ya awak ni. Kalau awak layan saya baik-baik dah saya bagi diskaun. Potong RM 200, jadi bayar RM 1000 je."

Dibiarkan Zildan bercakap seorang diri. Sebaik pintu lif terbuka, Lufiya meloloskan diri masuk ke dalam. Zildan juga mengikut. Lantaklah apa yang mahu dibuat lelaki itu, bukan dia kisah pun.

"Sorry if I busybody. Suami you...teruk!"

"Jangan nilai apa yang awak nampak."

"Apa yang saya nampak tu sudah jelas. Boleh seorang suami suruh isteri bayar, langsung tak ada rasa tanggungjawab. And, tengok masa dia baru sampai. Bukan dia tanya bagaimana keadaan you, boleh pula dia terus tengok kereta. I think kereta lebih penting pada dia."

Terbuka saja pintu lif, terus Lufiya meluru keluar. Buat sakit hati bercakap dengan Zildan. Bercakap macam mereka sudah lama kenal. Masuk saja bilik solat terus Lufiya membuka tudungnya. Wuduk diambil lalu solat didirikan. 15 minit kemudian dia melangkah keluar.

PC dihidupkan. Kerjanya masih tidak banyak. Dia diberi fail dan beberapa dokumen untuk dilihat dulu. Teringatkan Bazlan pantas Lufiya mengeluarkan telefonnya. Bazlan dihubungi dan tekaannya tepat apabila lelaki itu matikan telefon. Dia sudah agak. Tahulah dia bagaimana mahu memujuk Bazlan nanti.
Rose yang datang ke tempatnya buatkan dia bangun. Dia akan dibawa berjumpa dengan pengurus kanan merangkap bakal tunang gadis itu merangkap anak Tuan Zahran. Kalau ayahnya baik, anaknya pasti baik juga. Tak sabar dia mahu jumpa.

Pintu diketuk, sebaik disuruh masuk dia mengikut langkah Rose. Melihat seorang lelaki sedang berpeluk tubuh merenung tepat ke arahnya buatkan langkah Lufiya terhenti. Mata ditajamkan. Apa matanya salah melihat? Kenapa lelaki itu ada di situ?

Pandangan mereka bertaut. Lutut mula rasa longgar. Mahu saja rebah ke lantai.

"Abang, kenalkan ni kerani akaun baru, Maryam Lufiya. Fiya ni senior manager, Zildan Eiyad."

Air liur ditelan terasa kelat. Apa yang ada dalam fikiran hanya satu, dia mahu lari. Mukanya malu, terlalu malu apabila teringat pertemuan mereka ketika di kafe. Dia menipu Zildan mengatakan dirinya bekerja di High Automobile.

Ini rupanya makna senyuman lelaki itu. Zildan sedar yang dia menipu!

"Rose, green teh please." Sebaik gadis itu melangkah keluar, Zildan bangun lalu berdiri di hadapan Lufiya. Dia duduk birai meja sambil memeluk tubuh, kaki disilangkan. Wanita yang menunduk itu dipandang. "Dah kenapa senyap?"

Bukan dia sengaja senyap, tapi suara yang hilang.

"Dah berapa tahun kerja kat sini?" Menyindir!
Lufiya angkat wajah. "Awak dah tahu saya tipu?"

"Awak? Bila bercakap dengan orang yang lebih berpangkat dipanggil awak? So rude!"

Gigi diketap. Lelaki itu sekarang nampak menjengkelkan. Mungkin kerana sudah menunjukkan dirinya yang sebenar. Zildan tahu, dia sebagai orang bawahan perlu hormat mereka yang berpangkat.

"Kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu, nak buat kerja."

"Hari pertama dah banyak kerja ke?" Sindir lagi!

"Encik Zildan nak apa?"

"Minta maaf dengan saya."

"Untuk?" Kening dijongket.

"Sebab dah menipu."

"Saya minta maaf."

"Awak tak ikhlas."

"Abang, teh dah siap..."

Perbualan mereka terhenti apabila Rose masuk. Lufiya menarik nafas lega. Gadis itu penyelamatnya.

"Kenapa tiba-tiba senyap?"

"Tak ada apa-apa." Zildan kembali ke tempatnya. Dipandang tepat Lufiya sebelum wanita itu keluar. Lufiya faham apa maksud pandangan matanya.

*Jangan lupa vote⭐️ dan tambah cerita ni dalam reading list anda😘

DIA TIADA DUAWhere stories live. Discover now