BAB 6 (d) : Penipuan Bazlan

1.2K 41 10
                                    


KERETA diberhentikan sebaik tiba di sebuah rumah. Mukanya dilihat melalui cermin pandang belakang. Rambut yang sudah tersisir kemas dibetulkan. Nak bagi nampak handsome! Kemudian perfume jenama Dhee diambil lalu disembur pada baju. Wangian yang tersebar buat Bazlan menutup mata. Bau yang sangat menyenangkan. Wangi!

Puas hati dengan keadaan diri, dia melangkah keluar. Tombol pintu dipulas. Berkerut dahi mendapati pintu tidak berkunci. Pantas saja dia masuk untuk mencari penghuni rumah.

"Eh, sayang datang?" tegur satu suara. Terkejut!

"Kenapa tak kunci pintu? Bahaya! Dah berapa kali abang pesan. Degil!"

"Lupa. Sorry." Langkah didekatkan. Tangan naik mengulas pipi itu. Manja! "Tak sangka abang datang malam ni, macam tahu-tahu je Wani tengah rindu abang."

Tidak jadi Bazlan mahu marah apabila tubuhnya dipeluk Hawani. Kerana rindukan wanita itu, pelukan dibalas. Makin erat dia memeluk Hawani untuk melepaskan rindu. Lagaknya macam berbulan berpisah, padahal tidak sampai lima jam pun.

"Lain kali jangan cuai lagi. Mujur abang masuk, kalau pencuri masuk?"

"Wani janji tak akan cuai lagi. Abang janganlah marah Wani, Wani takut." Suara gedik!

"Abang tak marah, abang sayang Wani sebab tu abang sanggup datang kat Wani malam ni." Hidung wanita itu dicuit.

Terukir senyuman di bibir Wani. Pipi lelaki itu dicium lembut. "Kang bagus kalau tiap-tiap malam abang datang sini. Temankan Wani, taklah Wani sunyi. Wani sentiasa rindukan abang tau."

"Kalau abang mampu, itu yang abang akan buat. Tapi Wani kena faham, keadaan tak mengizinkan abang untuk tiap-tiap malam datang sini."

"Alasan! Abang memang selalu macam tu." Merajuk!

Tubuh Hawani dipusing menghadapnya.

"Abang janji kalau ada peluang abang akan datang sini. Wani pun kena tahu yang abang sentiasa cari cara untuk datang jumpa Wani."

"Alasan apa sayang bagi kat Fiya untuk keluar malam ni?"

Dipandang Hawani, wanita yang baru seminggu menjadi isterinya. Isteri yang dinikahi secara senyap-senyap tanpa pengetahuan Lufiya. "Abang cakap nak ambil laptop kat office."

"Dia percaya?"

"Kalau dia tak percaya, tak dapatlah Wani peluk abang sekarang."

Hawani ketawa manja lalu menarik tangan suaminya duduk di sofa. "Nakal tau sayang ni! Tak baik. Sayang marah Fiya tu menipu, tapi sayang tipu dia tak apa pulak."

"Tipu sunat." Bazlan gelak. "Fiya tak kisah pun."

Banyaklah kau tipu sunat! Itu tipu nak selamatkan diri kau je. Setan punya suami!

*Jangan lupa vote⭐️ dan tambah cerita ni dalam reading list anda😘

DIA TIADA DUAWhere stories live. Discover now