DERINGAN telefon berjaya mengganggu lena Lufiya. Dipaksa badan bangun lalu dia mendapatkan beg tangan yang berada atas meja kopi. Telefon dikeluarkan. "Helo."
"You ada kat mana sekarang? Kenapa tak sampai lagi? Dah sejam I tunggu."
Serta merta mata Lufiya membulat. Hilang terus rasa mengantuk yang menghantui diri. Jam dinding dipandang. 2. 10 minit petang? Dahi ditepuk. "Oh, maaf encik. Saya tertidur."
"Tertidur? You tak kerja ke?"
"Kerja, maksud saya, saya kerja separuh hari je. Badan tiba-tiba tak sihat. Tu saya balik, kemudian tertidur pulak." Lancar betul mulutnya menipu. Padahal balik saja interview tadi dia berehat di ruang tamu sambil menunggu panggilan Bazlan, tapi entah macam mana boleh pula tertidur. Inilah hidup seorang suri rumah. Tak tahu nak buat apa selain tunggu suami.
Dapat dia dengar pemanggil dalam talian mengeluh. Kesian pula sudah buat lelaki itu menunggu.
"Erm, bila agak-agaknya I boleh dapatkan semula telefon I. It's okey kalau you tak sihat hari ini. Jangan paksa diri keluar. Just rest."
Baiknya! Lufiya sudah terharu. Ini contoh lelaki yang faham keadaan perempuan. Tidak memaksa. Menyesal pula tadi dia tidak beritahu awal-awal yang telefon lelaki itu ada dengannya. Kalau tak mesti hal mereka sudah selesai tadi.
Tapi nak buat macam mana, dia lupa. Separuh perjalanan baru dia ingat tentang telefon dan lelaki itu. Takkan dia mahu pusing kembali semata-mata mahu menghantar telefon. Sudahnya dia balik dan sampai masa dia akan keluar untuk ke tempat yang mereka janjikan. Tapi nampaknya, lain yang dirancang lain yang jadi.
"Esok, masa dan tempat yang sama. Kalau saya tak datang juga, saya sendiri yang akan ke tempat encik." Lufiya berjanji. Dia pun tidak mahu pegang telefon orang lama-lama. Bingit dengar telefon itu asyik berbunyi.
"Okay, see you tomorrow. If you are still not feeling well, just let me know, and please save this number."
"Nak save nama apa?"
"It's up to you."
Kening bertaut. Gitew pulak. Kang aku save nama Fattah Amin baru tahu.
"Jangan lupa makan ubat, before that you kena makan nasi dulu. Bahaya makan ubat dengan perut kosong. Nanti you akan pening."
Talian diputuskan. Memang baik lelaki itu. Prihatin. Dia pula yang rasa lain macam. Lelaki kalau terlebih mesra ni pasti ada sebab. Mustahil saja-saja.
Apa lelaki itu cuba menggodanya? Maklumlah bukan lelaki itu tahu yang dia sudah menjadi milik orang. His, bahaya betul lelaki zaman sekarang! Macam tak pernah tengok perempuan.
'Kau yakin ke dia cuba goda kau? Mana tahu dia memang sejenis manusia yang suka ambil berat. Kau ni kuat perasan betul!'
'Sangat tak logik orang yang tidak kenal, tiba-tiba ambil berat,' bidas Lufiya pada suara hatinya yang menyindir.
'Apa yang tak logiknya? Ada je lelaki macam tu. Satu dalam seribu. Mungkin kau beruntung dapat jumpa lelaki macam tu.'
Telefon bimbit dicapai. Kosong saja log panggilan. Orang yang ditunggu tidak menghubunginya. Malas menunggu lama, Bazlan dihubungi. Hari ini saja sudah berapa kali dia telefon, satu pun panggilannya tidak dijawab. "Helo abang..."
"Helo Fiya, Wani here. Baz tak ada. Dia baru je pergi toilet. Telefon dia akak pegang. Fiya ada nak tinggalkan pesanan ke?"
Dengar saja suara merdu itu, Lufiya mengeluh. Cemburu sudah semestinya.
"Kenapa dia langsung tak jawab call saya hari ni?"
"Telefon dia habis bateri. Ni pun baru lepas caj. Lagipun kami sibuk. Fiya jangan risau, akak dah pastikan dia cukup makan, cukup rehat, pakai semua."
"Tak perlulah lebih-lebih jaga dia, dia tu suami orang. Lagipun bukan dia tak pandai nak urus diri sendiri. Kenapa gelak?" soal Lufiya tidak puas hati apabila telinganya menangkap gelak halus Hawani.
"Fiya, kalau bukan akak yang call dia banyak kali pagi tadi, dengan akak sekali lambat jumpa klien tau. Ya ampun, rupanya suami awak tu jenis yang payah nak bangun pagi ya..."
"Nanti suruh dia call saya semula." Malas cakap panjang, talian dimatikan. Benci sungguh dengar suara Hawani. Suara yang sengaja digedikkan. Mungkin mahu dia cemburu dan wanita itu berjaya.
'Fiya, patutnya kau kena bagi amaran dekat Wani supaya dia tak rapat sangat dengan laki kau.'
'Mereka rapat atas urusan kerja. Kalau aku bagi amaran macam tu nampak sangat aku tak faham kerja Baz. Mesti nanti Baz akan tegur aku dan aku tak nak gaduh dengan Baz.'
Dalam hati dia berdoa supaya masa bergerak dengan pantas. Suaminya perlu pulang ke rumah dengan segera. Tak sanggup dah dia berlawan kata dengan suara hati sendiri. Itu sangat memenatkan.
*Jangan lupa vote⭐️ dan tambah cerita ni dalam reading list anda😘
ANDA SEDANG MEMBACA
DIA TIADA DUA
Romance"Kenapa abang sanggup buat saya macam ni? Kenapa abang tipu saya? Abang tak sayang saya, ke?" Teresak-esak Lufiya menangis dalam keadaan duduk. Tidak dihiraukan belakangnya yang sakit akibat terlanggar dinding. "Sayang, abang tak ada niat nak tipu...
