SEDANG ralit mencuci pinggan, deringan telefon buatkan kerja mencuci Lufiya terhenti. Telinga ditajamkan. Bukan telefonnya. Tapi bunyi telefon seseorang yang sedang 'disimpannya'. Bergegas Lufiya mengatur langkah ke ruang tamu lalu telefon dikeluarkan dari dalam beg tangannya.
"Rose sayang?" Nama yang tertera di skrin dibaca. Argh, sudah! Perlu atau tidak dia angkat panggilan ini? Buatnya ini isteri lelaki itu, tak ke naya kalau nanti berlaku salah faham antara mereka. Tapi kalau tidak angkat, buatnya panggilan ini daripada lelaki itu? Mana tahu lelaki itu cuba menelefon telefonnya yang hilang dengan menggunakan telefon isteri?
Lufiya melabuhkan duduk. Sedang dia berfikir, deringan senyap. Telefon jenama Samsung itu dibelek-belek. Jujurnya dia lupa dengan kewujudan telefon ini. Baru sekarang dia ingat. Main buttan ditekan.
Bulat matanya melihat telefon itu tiada password. Biar betul? Ada lagi ke lelaki zaman sekarang yang tidak letak password pada telefon? Mahu percaya pun susah. Tak risau ke lelaki itu kalau ada seseorang yang gatal tangan lalu menyelongkar isi kandungan telefon ini. Mana tahu ada gambar atau video tak pun join group yang bukan-bukan di WhatsApp, tak pasal-pasal akan kantoi.
'Buat apa nak takut kalau dia tak buat benda-benda macam tu. Hanya orang yang buat je akan gelabah, sebab tu telefon letak password tak nak bagi kantoi.' Hatinya mula menyindir.
'Eh hello, tak semestinya hokey. Orang letak password ni sebagai langkah keselamatan. Kalau kena curi tak adalah telefon kena selongkar.'
Bagus lelaki ni, jujur! Untung isterinya bila-bila masa boleh spotcheck telefon suami. Lufiya memuji. Cemburu! Tak macam suaminya. Telefon Bazlan ada password!
Sudah enam bulan lelaki itu letak. Padahal sebelum ini tidak pula Bazlan letak.
Lagi sedih apabila dia tidak tahu apa password telefon suaminya. Bukan tidak tanya, tapi Bazlan yang tidak mahu beritahu. Alasan, telefon itu privasinya. Sedih teringatkan alasan itu. Seperti Bazlan tidak mempercayainya saja.
Bergaduh juga mereka waktu itu. Mana tidaknya dia sudah mula buruk sangka. Bazlan tidak memujuk. Dia yang baik sendiri kerana tidak mahu menjadikan itu satu alasan yang boleh merosakkan kebahagiaan rumah tangga.
"Fiya kena jadi isteri yang jujur. Memang abang tak tahu tapi Allah tahu. Sanggup ke Fiya selongkar telefon abang, dompet abang tanpa pengetahuan abang? Isteri yang baik tak akan buat macam tu, sebab dia percaya pada suami sendiri." Kata-kata Bazlan kembali bermain dalam fikiran.
Gambar seorang kanak-kanak yang dijadikan wallpaper dipandang. Anak lelaki itu. So sweet si ayah letak gambar anak. Tersenyum bibir Lufiya melihat kecomelan kanak-kanak perempuan yang dianggarkan berusia lima tahun. Tapi senyumannya mati apabila telefon kembali berdering.
Tidak menunggu lama skrin hijau ditolak tepi.
"Where are you? Kenapa tak datang ambil lagi? Penat tau tunggu. Call tak angkat. Datang sekarang, Rose tunggu tempat biasa. Battery dah low ni."
Suara gedik seorang perempuan yang masuk ke gegendang telinga buatkan Lufiya meremang. Sah wanita itu ingat suaminya dalam talian.
'Hais, tak payah nak meremang sangatlah Lufiya oii, kau kalau bercakap dengan Bazlan pun macam tu juga. Gedik lebih! Macam ko seorang ada laki.'
"Salah nombor ni, eh silap. Telefon ni tercicir, kemudian saya yang jumpa... hello... hello." Skrin dipandang apabila talian terputus. Pasti telefon perempuan bernama Rose sudah kehabisan bateri.
Bagaimana dia mahu pulangkan telefon ini kepada pemilik asal? Mahu selongkar telefon ini, tahu itu satu tindakan yang tidak jujur. Nampaknya dia terpaksa menunggu sehingga Rose kembali menghubunginya.
Telefon kembali berbunyi. Kali ini nombor yang tidak dikenali pula. "Helo..."
"Siapa ni? Kenapa telefon aku boleh ada dengan kau? Kau curi telefon aku ke?"
"Eh, bukan. Saya jumpa telefon encik kat ATM. Memang saya nak pulangkan semula. Alhamdulilah encik dah call." Rasa geram kerana dituduh mencuri disimpan dalam hati. Kalau dia di tempat lelaki itu pun pasti akan buat tanggapan yang sama.
"Oh, sorry."
Satu perkataan itu berjaya melembutkan hati Lufiya. Mujur lelaki itu minta maaf. "Macam mana saya nak pulangkan telefon encik?"
"What your name?"
Dah kenapa lelaki itu mahu tahu namanya? Perlu ke dia beritahu? "Saya Mona." Nama tipu! Tak kuasa beritahu nama betul.
"Oh..."
"So macam mana saya nak pulangkan? Boleh bagi alamat, saya pos pada encik."
"Tak perlu pos, lambat sampai. Kita jumpa boleh?"
Bibir digigit. Jumpa? Ini yang dia tidak mahu. Sah-sah lelaki itu terkejut apabila melihatnya. Itupun kalau lelaki itu ingat pada dia.
"Saya kerjalah encik."
"Oh, ya tak ya juga, kan? Tak apalah, kerja kat mana? Saya pergi tempat awak."
"Kat...kat..." Lufiya gagap. Bukan cuba untuk mengingat tempat kerjanya tapi dia sebenarnya tidak bekerja. Dia seorang suri rumah sepenuh masa! "Erm, macam nilah jelah. Esok kita jumpa di Cafe Morroco, pukul 1 petang, boleh?"
"Okey. Sorry kalau mengusahkan."
Talian dimatikan apabila mereka sudah capai kata putus. Nasiblah dia kena melihat lelaki itu lagi. Tak apa, anggap saja itu pertemuan terakhir. Sebaik dia pulangkan hak milik lelaki itu, urusan mereka selesai. Dan dia pun akan rasa lega apabila telefon yang hilang akan kembali ke tangan pemiliknya dengan selamat.
Telefon lelaki itu disimpan, lalu telefonnya pula diambil. Melihat log panggilan yang kosong buat Lufiya mengeluh. Baru sehari pergi, Bazlan sudah mungkir janji. Kata mahu telefon, tapi sampai sudah tidak telefon. Aplikasi WhatsApp dibuka.
Bazlan : Sayang, abang dah sampai.
Kecewa! Kalau pergi mana-mana, biasanya lelaki itu akan menghubunginya memberitahu sudah sampai. Ini kali pertama Bazlan menghantar WhatsApp. Apa Bazlan tidak rindu mahu mendengar suara manjanya? Teringat lelaki itu, hatinya kembali dilanda risau. Bazlan mula berubah.
*Jangan lupa vote⭐️ dan tambah cerita ni dalam reading list anda😘
ANDA SEDANG MEMBACA
DIA TIADA DUA
Romance"Kenapa abang sanggup buat saya macam ni? Kenapa abang tipu saya? Abang tak sayang saya, ke?" Teresak-esak Lufiya menangis dalam keadaan duduk. Tidak dihiraukan belakangnya yang sakit akibat terlanggar dinding. "Sayang, abang tak ada niat nak tipu...
