BAB 6 (a) : Ada Rahsia Cuba Dirahsiakan

843 41 1
                                        


MEMANDANGKAN lagi 20 minit waktu kerja akan bermula, Lufiya bangun lalu membawa beg kertas yang berisi sarapannya ke pantry. Selepas Bazlan pergi, dia terus naik ke bilik untuk bersiap. Ingatkan nasi goreng mahu dimakan tengah hari nanti, tapi tiba-tiba perutnya berbunyi.

Jadi baik dia makan sekarang. Sebentar nanti dia perlu menghadap Puan Zulin untuk berbincang tentang pengurangan kos dan penjimatan kawalan kos bagi bahagian service dan maintenance.

Saat sedang makan, Zildan yang tiba-tiba masuk buat dia mendongak. Kemas penampilan lelaki itu apabila mengenakan kemeja warna hitam yang lengannya dilipat hingga siku kemudian dipadankan dengan tie bercorak.

"Morning, buatkan air untuk I."

Dahi berkerut apabila diri diarah. Baru saja mahu melawan, baru dia teringat siapa Zildan padanya. Dia tidak takut lelaki itu tapi dia hormat sebagai orang yang berpangkat daripadanya. Malas banyak bunyi, air untuk lelaki itu disediakan.

"Kenapa buatkan teh?" soal Zildan apabila melihat isi cawan yang dihulurkan Lufiya.

"Semalam Rose ada beritahu saya yang Encik Zildan dan Tuan Zahran tak suka kopi."

"Wow, good!" Lufiya yang kembali makan dipandang. Kerusi ditarik lalu selamba dia melabuhkan duduk. Pelik apabila wanita itu tiba-tiba senyap. "Eh sotong? Bukan you tak makan sotong ke?"

"Macam mana encik tahu?" Sotong diletakkan dalam nasi goreng kerana Bazlan suka sotong. Dia tidak makan.

Zildan angkat bahu.

"Tak ada orang tahu saya tak makan sotong kecuali suami dengan keluarga saya saja." Lufiya tidak puas hati. Pelik!

"Are you happy with your married?" Zildan ubah topik.

"Kenapa encik nak tahu?"

"I'm getting married, so I want to know that feeling."

"It's better to ask others," jawab Lufiya acuh tak acuh. Beberapa saat memandang Zildan dia mengalihkan anak mata. "Kenapa pandangan encik tu lain macam? Ada sesuatu yang encik masih tak puas hati ke dengan saya?"

"You akan tahu nanti."

Bahu dijongket apabila Zildan melangkah keluar. Dia tak nak tahu pun. Bukan masalahnya.

#*Jangan lupa vote⭐️ dan tambah cerita ni dalam reading list anda😘

DIA TIADA DUACerita yang buat anda obses. Terokai sekarang