"Sayang, sampai bila kita nak macam ni?" Kepala didongak memandang wajah Bazlan.Bazlan terdiam. Sukar untuk menjawab. "Abang tak tahu. Sayang kenal Fiya macam mana, kan? Dia tak akan boleh terima abang kahwin lain, kahwin pula dengan sepupu dia sendiri. Kalau tahu mesti dia akan minta cerai."
"Habis abang ceraikan jelah dia, Wani kan ada. Kita bahagia berdua."
"Abang sayangkan dia..." akui Bazlan perlahan. Lagipun dia sudah berjanji macam-macam dengan Lufiya. Dia akan sentiasa di sisi wanita itu dan dia tidak akan tinggalkan Lufiya. Sekali janji dilafaz dia perlu patuhi. Jika tidak pasti Lufiya akan kecewa dengannya. Lagi teruk dia dilabel penipu.
Hawani yang sudah berpaling buat dia menarik tangan itu. Tahu isterinya sudah merajuk dan dia tidak akan biarkan.
"Tak boleh ke abang sayangkan Wani seorang je?"
"Abang sayangkan Wani dan Fiya."
"Sayang, kita tak akan bahagia selagi Fiya tak tahu hubungan sebenar kita. Kita dah kahwin dan kita patut beritahu dia. Apa saja keputusan dia lepas tu, kita kena terima. Baik kita beritahu, daripada dia dapat tahu daripada orang lain. Taklah dia rasa tertipu sangat." Hawani beri cadangan. Dia juga mahu menjalani kehidupan sebagai isteri dengan rasa gembira. Dengan itu statusnya sebagai isteri perlu dihebohkan.
Biarlah dia isteri kedua, dan dia tidak kisah dengan tanggapan masyarakat. Dia tahu apa yang dibuatnya. Dia bukan mahu merampas kasih sayang Bazlan daripada Lufiya, cuma dia mahu sedikit kasih lelaki itu dicurahkan kepadanya. Bukan semua isteri kedua jahat. Kalau jahat, sudah dia suruh Bazlan ceraikan Lufiya sebelum bernikah dengannya.
"Dia akan tahu, tapi bukan masa terdekat." Rahsianya tidak mungkin akan kekal buat selamanya. Sekarang ini pun dia lihat Lufiya sudah mula menghidu sikapnya. Sekali dua bolehlah menipu, lama-lama pasti akan kantoi juga.
"Kalau Fiya tu isteri yang baik dia tak kisah abang bermadu. Percayalah kita semua boleh bahagia nanti. Dia tak adalah penat nak jaga abang seorang-seorang, Wani pun boleh jaga abang. Nanti dia boleh fikirkan hal kerja dia je."
Bazlan hanya senyum. Mudah Hawani bercakap, dia sendiri tidak tahu bagaimana reaksi Lufiya nanti. Marah? Sudah semestinya.
#*Jangan lupa vote⭐️ dan tambah cerita ni dalam reading list anda😘

ANDA SEDANG MEMBACA
DIA TIADA DUA
Romantik"Kenapa abang sanggup buat saya macam ni? Kenapa abang tipu saya? Abang tak sayang saya, ke?" Teresak-esak Lufiya menangis dalam keadaan duduk. Tidak dihiraukan belakangnya yang sakit akibat terlanggar dinding. "Sayang, abang tak ada niat nak tipu...