2 minggu kemudian.
Dewan Royal Crystal Hotel.
Ammar menarik kerusi di sebelah kanan Datin Ainul. Wajah mamanya dipandang sekilas.
"Lama betul papa bagi ucapan pasal pembukaan cawangan hotel kita di Kedah" kata Ammar.
"Mama dah mula sakit pinggang ni. Sepatutnya kamu yang bagi ucapan. Ye la, hari ni kan hari istimewa kamu" kata Datin Ainul pula.
Kerana faktor usianya yang semakin meningkan tua, Datin Ainul akan mengalami sakit di bahagian pinggang jika duduk terlalu lama.
Walaupun sakit sudah terasa, matanya tidak berganjak daripada melihat Dato' Adam yang sedang memberi ucapan. Telinga pula mendengar setiap patah perkataan yang disampaikan. Ammar tersenyum nipis sahaja.
"Hari yang istimewa adalah hari bila dia ada di sisi Daniel ma" kata Ammar sendiri.
Datin Ainul menoleh ke kiri melihat wajah Ammar yang sudah berubah. Menunduk dan tersenyum nipis.
"Apa kamu cakap?" Soal Datin Ainul seolah-olah tidak mendengar.
' Anak aku ni dah ada calon ke ? '
Ammar menggeleng kepala.
"Mana ada Daniel cakap apa-apa" nafi Ammar.
Selesai sahaja Dato' Adam memberi ucapan kepada para-para tetamu, tepukan diberi padanya. Dia turun dari pentas dan menuju ke sebuah meja VVIP yang menempatkan ahli-ahli perniagaan yang dikenalinya. Kalish tiba di meja Ammar. Lalu, menepuk bahunya.
"Pahal?" Ammar berpaling.
Kalish menundukkan badannya sedikit. Kemudian, dia membisikkan sesuatu ke telinga Ammar.
"Ada orang nak jumpa kau tepi kolam, sekarang" beritahu Kalish.
Ammar menjongketkan keningnya.
"Siapa?"
"Entahla. Ni pun Hana yang bagitahu aku"
Ammar pun berdiri sambil membetulkan Tuxedo hitam yang tersarung di badan.
"Good luck" ucap Kalish. Ammar membuat muka blurnya.
"Aku nak turun jumpa orang je, bukan nak pergi jawab SPM" balas Ammar spontan. Kalish tersenyum kecil seperti sedang menyembunyikan sesuatu.
"Ya... mana la tahu yang nak jumpa kau tu musuh. Tak ke berlubang kepala nanti" ujar Kalish lagi.
Tanpa membuang masa, Ammar berjalan ke pintu keluar.
Kalau layan Kalish memang tidak habis.SELEPAS Ammar keluar dari lif, dia terus ke kawasan kolam. Mencari kelibat yang ingin berjumpa dengannya.
"Tak ada siapa pun kat sini. Ke Kalish kelentong aku?"
Dengan keadaan kawasan yang sunyi tiada orang dan angin malam yang dingin, ia mampu menguji keimanan seseorang untuk menunggu biarpun dalam kawasan hotel.
Ammar menyilangkan tangannya di dada. Sambil itu, kepalanya melihat sekeliling. Sudah lima minit dia menunggu, tetapi 'orang itu' masih belum menunjukkan diri lagi.
Ammar menunduk, terlihat sekuntum bunga dahlia yang sudah dipijaknya. Dia mengambil bunga itu, meskipun sudah kotor.
"Dahlia ungu..." kata Ammar.
Ammar terfikir, adakah ini kebetulan atau disengajakan?
"Hye boy" sapa seorang gadis di belakangnya.
YOU ARE READING
CINTA Mellisa Dahlia 2 | SU |
Aksi📌 ☞︎ baca CINTA Mellisa Dahlia dulu baru baca yang ni Book 2: CINTA Mellisa Dahlia 2 Forgive me for the description of this story Mula: 1/1/2021 Siap: - ⚠️ mengandungi kata-kata kesat.