DATIN Sri Juliana keluar dari dapur selepas dia bersembang dengan Mak Ton yang nampak tidak sibuk itu. Hanya Datin Sri Juliana dan Mak Ton sahaja orang tua di dalam rumah agam itu.
Yang lainnya anak-anak Mikail. Mereka pula sedang menonton televisyen di ruangan keluarga. Mikail sekarang berada di luar negeri, menghadiri mesyuarat. Naisya pula sibuk di kliniknya walaupun hujung minggu. Dia menggantikan kawannya yang cuti bersalin. Kerana itulah anak-anak mereka dihantar ke rumah Datin Sri Juliana.
Aria yang terasa seperti diri mereka diperhatikan itu tidak senang duduk. Sekejap duduk , sekejap bangun. Pelik pula Ariana yang melihatnya.
"Kenapa ni Aria?" Tanya adiknya itu.
"Aria rasa macam ada orang lain dalam rumah ni..." Ujarnya. Jujur dia berkata kerana itulah yang dirasainya sekarang ini. Datin Sri Juliana muncul dan dia mengangkat Aiden yang terlentang di atas permaidani. Cucu lelakinya itu dicium geram.
"Nenek, Aria cakap, ada orang lain dalam rumah kita" Adunya. Ariana bangun dan duduk di sebelah neneknya itu. Tubuh disandarkan ke sofa. Datin Sri Juliana meletakkan Aiden di atas ribanya. Kepala Ariana diusap.
"Mana ada orang dalam rumah ni sayang. Kita aje" Ujarnya pada dua orang cucunya yang sudah pandai berfikir itu, Aria dan Ariana.
"Tapi nenek, Aria rasa memang ada orang lain dalam rumah kita ni. Pastu dia tengok aje Aria dengan adik-adik. Takut la..." Ariana naik ke atas sofa. Tubuh adiknya Aiden yang berada di atas peha Datin Sri Juliana itu dipeluk erat.
Datin Sri Juliana memandang sekeliling kawasan ruang keluarga dan ruang tamu. Pintu sliding di ruang tamu itu terbuka luas. Tiba-tiba hatinya terasa lain macam. Aiden diletakkan di sebelah Ariana.
"Jaga Aiden, nenek nak tutup pintu sliding. Aria telefon mak su, suruh dia datang sini" pesan Datin Sri Juliana. Dia berlari anak ke ruang tamu. Aria pula menelefon Mellisa.
"Hello mak su..."
"Hello Aria, kenapa call mak su ni?"
"Nenek suruh mak su datang sini. Datang cepat tau mak su. - Aria, Aria. Nenek!..." terdengar suara Ariana dihujung panggilan.
"Aria? Kenapa ni? Papa mana? Kenapa dengan nenek? Aria!..." suara Mellisa meninggi sedikit apabila tiada yang menjawab.
Tut tuttt...
Panggilan terputus.
MELLISA keluar dari bilik tidur. Otaknya bercelaru. Dadanya disentuh. Berdegup-dengup. Bilik kerja Ammar dituju. Pintu dibuka laju.
"Mel, kenapa ni?" Tanya Ammar yang sedang membelek fail di tangannya.
"Kita kena pergi rumah ibu sekarang! Sekarang jugak!" Ujar Mellisa. Mellisa menarik tangan Ammar supaya bangun dari kerusi itu. Ammar menutup laptopnya.
"Kenapa ni?" tanya Ammar dengan nada lembut. Dia hanya mengikuti langkah Mellisa yang keluar dari bilik kerjanya itu. Pintu tidak ditutup. Mellisa membawa Ammar ke bilik tidur mereka.
Ammar mencapai tombol pintu. Dia menutup pintu dari belakang. Wajah Mellisa dipandang pelik.
"Kenapa Mel? Bagitahu abang. Apa yang berlaku? Jangan macam ni. Pening abang..." Ammar menyentuh lembut bahu Mellisa. Tangan Ammar itu ditepis.
"Jangan cakap banyak. Pergi tukar baru sekarang. Kita pergi rumah ibu. Please Ammar..." rayu Mellisa. Ammar angguk. Dia terus ke wardrobe untuk menukar pakaian.
"ASSALAMUALAIKUM... Mak Ton... ibu... Mel dah sampai ni" kata Mellisa. Dia mengetuk-ngetuk pintu rumah agam kaluarganya. Ammar di belakang pula sedang membalas mesej seseorang. Pintu dibuka oleh Aria.
"Aria. Kenapa dengan nenek, Aria?" tanya Mellisa. Dia segera menundukkan badannya dan menggoncangkan bahu Aria.
"Ne... nenek, nenek tadi rebah dekat pintu sliding" ujar Aria. Mellisa menyentuh dadanya. Nafas dihela perlahan. Dia masuk ke dalam rumah dan meinggalkan Ammar bersama Aria.
Tingkat dua dituju. Sampai sahaja dia di pintu bilik Datin Sri Juliana, dia mengetuk
Tok! Tok!
"Ibu..." panggil Mellisa.
Datin Sri Juliana dan Mak Ton yang berada dalam bilik segera berpandangan. Mak Ton angguk. Dia berjalan ke arah pintu untuk membukanya. Pintu dibuka. Dapat Mellisa lihat tubuh tua ibunya itu terlantar lemah di atas katil. Dia segera melangkah ke arah katil.
"Ibu, kenapa sampai boleh rebah ni?" tanya Mellisa. Dia melabuhkan punggung untuk duduk di birai katil.
"Ibu tergelincir tadi, tapi nasib baik kaki ibu ni tak apa-apa..." kata Datin Sri Juliana. Dia senyum nipis.
"Dah pergi jumpa doktor? Kalau belum, jom kita pergi..." Mellisa mengusap lembut tangan ibunya. Datin Sri Juliana senyum sambil menggeleng.
"Kak Naisya dah balik dah... dia pergi mandi tadi. Dia cakap kaki ibu tak ada apa-apa yang serius pun. Biasalah Mel tua-tua ni. Jatuh sikit aje, sakitnya macam semua tulang patah..." kata Datin Sri Juliana. Tangan tuanya itu naik mengusap pipi Mellisa. Mellisa senyum sambil memberi anggukkan.
"Mana Ammar?" tanya Datin Sri Juliana. Mellisa diam sekejap. Kemudian dia menoleh ke arah pintu. Baru dia teringat yang dia tinggalkan Ammar di pintu utama rumah.
"Ada je kat bawah. Layan budak-budak" kata Mellisa. Datin Sri Juliana senyum manis.
"Mel pula bila nak bagi dia anak sendiri?" tanya ibunya tiba-tiba. Mellisa mengangkat muka, terkejut dia dengan soalan ibunya itu.
"Apa ibu ni?... malu la Mel" Mellisa mengibas-ngibas mukanya yang mula merona merah. Sempat dia melihat senyuman Datin Sri Juliana.
"Lagipun kami baru aje kahwin. Tak sampai sebulan lagi. Awal lagi la kalau nak ada anak tu ibu..." kata Mellisa jujur. Dia berkata sambil merenung lantai bilik.
"Ibu takut ibu tak sempat nak tengok muka anak Mel nanti..." Datin Sri Juliana senyum nipis.
Sejujurnya Datin Sri Juliana suka apabila Ammar melayani karenah cucu-cucunya itu. Ammar tidak merungut dan dia hanya ikuti sahaja. Mellisa tersentak dengan kata-kata ibunya tadi. Dia mengalihkan pandangannya pada wajah Datin Sri Juliana.
"Jangan la cakap macam tu ibu. Takut Mel" kata Mellisa jujur. Dia menggenggam tangan Datin Sri Juliana.
"Mel..." tegur satu suara. Mellisa menoleh ke pintu bilik, sama seperti Datin Sri Juliana. Ammar masuk sambil 'mendukung' Aiden. Anak kecil itu tertidur sambil mengadap ke dada Ammar. Kepala pula berpaling ke tepi.
Ammar melangkah mendekati Mellisa dan Datin Sri Juliana. Dia senyum pada tubuh tua yang di atas katil bersaiz king itu, ibu mertuanya.
"Mel, tolong hantarkan Aiden pada Kak Naisya, boleh? Dah tidur dah ni..." pinta Ammar.
Ammar kucup kepala Aiden yang lebat dengan rambut hitam itu. Mellisa bangun. Tubuh kecil Aiden diangkat dari dukangan Ammar. Aiden sedikit menggeliat saat terasa tubuhnya itu seperti diangkat. Comel!
"Shhh... ni mak su sayang..." kata Mellisa bagi menenangkan Aiden. Aiden berhenti menggeliat. Mellisa terpandang wajah Datin Sri Juliana yang tersenyum ke arahnya, Ammar dan Aiden. Senyuman yang hanya dia sahaja yang tahu maknanya.
☼★☼★☼★☼
Done: 22/6/2021, 5:58 petang.
Published: 22/6/2021, 11:25 malam.
YOU ARE READING
CINTA Mellisa Dahlia 2 | SU |
Action📌 ☞︎ baca CINTA Mellisa Dahlia dulu baru baca yang ni Book 2: CINTA Mellisa Dahlia 2 Forgive me for the description of this story Mula: 1/1/2021 Siap: - ⚠️ mengandungi kata-kata kesat.