BAB 25

420 50 3
                                    

ISYRAF keluar dari bilik air. Kepalanya segera tertoleh pada pintu utama rumahnya. Isterinya masuk ke dalam rumah. Pintu ditutup dan dikunci.

"Baru tahu jalan nak balik?" tanya Isyraf. Dia berjalan ke ruang tamu. Lalu dia duduk di sofa dan membuka televisyen.

Isterinya itu tidak menunjukkan sebarang riak.

"Syafiqah... I'm asking you. Pergi mana semalam?" tanya Isyraf lagi. Syafiqah mengeluh. Dia pandang Isyraf.

"Kenapa kau perlu ambil kesah pasal aku? Selama ni aku balik tak balik ke, kau tak kesah pun" Syafiqah berjalan ke tangga.

Dia sendiri tidak tahu macam mana dia boleh bersetuju untuk berkahwin dengan lelaki yang lima tahun lebih muda daripadanya.

"Mellisa dengan Ammar sekarang ni dalam perjalanan balik ke Malaysia. Apa rancangan kau seterusnya?" tanya Syafiqah. Dia menyambung langkah ke tingkat atas.

Mendengar dua nama itu, Isyraf segera menutup televisyen dan naik ke tingkat atas. Bilik isterinya dituju. Pintu dibuka.

"Aku rancang nak hapuskan Ammar. Tapi aku tahu dia tak akan mati. Aku nak Mellisa rasa menyampah bila jaga orang sakit. Paling kurang pun, aku nak dia koma" kata Isyraf. Dia duduk di birai katil. Terlihat Syafiqah sedang menanggalkan mask hitam di wajahnya.

"Itu je? Kalau Ammar tu masih lagi sihat walafiat, apa kau nak buat?" tanya Syafiqah. Dia duduk di sebelah Isyraf.

"Nanti aku rancang la balik. Kau tu. Bila nak muncul depan Mellisa? Aku nak tahu, kenapa kau bencikan dia sangat?" Isyraf melihat isterinya atas bawah.

"Well... dendam lama. Atuk aku mati sebab bapak dia la! Untuk tebus balik semua dosa tu, aku nak anak kesayangan Mukhriz juga terima nasib yang sama. Bukan mati laki je, tapi seluruh ahli keluarga" Syafiqah senyum psiko.

Isyraf juga turut senyum. Dia tahu yang dia tidak menyesal kerana berkahwin dengan wanita itu. Wanita itu akan memberikannya keuntungan dan kemewahan yang lumaiyan. Wanita itu juga boleh menyebabkan namanya dikenali diseluruh dunia.

"Kau kenapa sampai sekarang masih tergila-gilakan Mellisa tu?" Syafiqah menanggalkan jaket kulitnya. Isyraf mula teringat niatnya yang sebenar.

"Aku bukannya tergila-gilakan dia sangat pun. Aku cuma nak dia jadi milik aku. You know... aku tak akan biarkan dia bahagia dengan Ammar" kata Isyraf.

Matlamat mereka sama. Tidak ingin melihat pasangan itu bahagia. Kerana itulah mereka bersama.



AMMAR membuka pintu pejabatnya. Langkah diikuti Fielliya yang asyik menunduk.

"Macam mana syarikat kita boleh kehilangan duit sebanyak tu?!" Ammar bercekak pinggang.

"Sa... saya tak tahu, bos. Pihak kita dah laporkan kepada pihak polis. Tapi..." Fielliya memberanikan diri untuk memandang wajah menyinga Ammar.

"Tapi polis tak dapat berkas diaorang sebab diaorang berkemungkinan besar tak ada di Malaysia" sambung Fielliya.

Ammar melepaskan nafas berat. Dia terkejut saat mendapat panggilan daripada Fielliya tentang dua orang pekerja yang bekerja di unit kewangan menyalahgunakan duit syarikat. Sejak Ammar mengambil alih syarikat mamanya itu, masalah berkenaan duit syarikat tidak pernah timbul. Namun hari ini, berita tentang itu membuatkannya marah!

"Fie, kau boleh keluar. Cancelkan semua urusan aku hari ni, now!" arah Ammar. Fielliya mengangguk. Dia bergegas keluar dari pejabat Ammar.

Ammar duduk di kerusi pejabatnya. Telefon dikeluarkan. Dia menelefon seseorang.

"Hello" sapa Ammar.

CINTA Mellisa Dahlia 2 | SU |Where stories live. Discover now