BAB 23

507 56 17
                                    

SUDAH dua hari Mellisa dan Ammar berada di bandar Paris ini. Sudah banyak tempat yang mereka berdua kunjungi. Kini mereka berada di hadapan menara Eiffel. Sebelum mereka pulang ke Malaysia pada esok malam, Ammar ingin menghabiskan masanya di sini dahulu.

"Abang. Dulu waktu belajar, abang tak ada tertarik pada mana-mana perempuan ke? Ye la, orang Korea kan semuanya cantik-cantik" tanya Mellisa. Dia menunduk melihat Ammar yang meletakkan kepala di pahanya.

Tidak hairan orang lain melihat mereka. Kerana ramai juga yang seperti mereka.

"Kenapa sayang tanya? Kalau abang jawab nanti sayang cemburu pula" Ammar bermain dengan jari Mellisa. Mellisa memuncungkan bibirnya.

"Mel tak pernah cemburu pun" kata Mellisa yakin.

Sebenarnya sudah lama dia ingin bertanya. Mustahillah yang Ammar hanya setia padanya setelah apa yang dia pernah lakukan dulu. Sembilan tahun tanpa bertanya khabar, itu akan menghancurkan hati lelaki itu.

"Mel betul-betul nak tahu ke? Serius ni nak tahu? Tak menyesal kalau dah tahu?" tanya Ammar. Mellisa angguk.

Dia membawa tangan Mellisa ke dadanya.

"Pernah ada sorang dekat sini. Nama dia... Lia" jawab Ammar. Mellisa terkedu.

Jadi betullah yang Ammar tidak setia kepadanya. Hatinya terasa sakit saat mendengar nama yang disebut Ammar.

"Abang dulu pernah jumpa keluarga dia. Tapi tak lama, abang dia tak suka abang" sambung Ammar. Ammar tersenyum sendiri.

"Lepas tu apa jadi? Sorry to ask, abang pernah terlanjur dengan dia ke?" Mellisa menarik tanggannya dari bidang dada Ammar. Mata dialihkan ke arah tepi.

"Pernah" jawab Ammar sepatah. Bila dia teringat kejadian itu, dia juga turut malu. Jika masa dapat diputar, dia tidak akan lakukan benda bodoh itu.

Wajah Mellisa terus berubah. Entah kenapa hatinya terasa seperti ditikam berkali-kali. Terluka kerana racunnya sendiri. Suami yang dia cinta pernah terlanjur dengan wanita lain. Hati mana yang tidak sakit?

"Kenapa abang tak bertanggungjawab?" soal Mellisa.

Ammar segera bangun dari perbaringan. Tangan diletakkan di atas paha isterinya. Saat itu dia melihat yang Mellisa sudah hampir menangis.

"Mel sanggup ke bermadu? Abang okay je kalau kahwin lain" usik Ammar. Mellisa memandang Ammar laju. Tangan suaminya ditepis dari pahanya. Tidak sangka yang Ammar akan berkata begitu. Teruk sangatkah dirinya sehingga Ammar begitu mudah melupakannya?

"Sampai hati buat Mel macam ni. Nak kahwin lain? Tunggu Mel arwah dulu baru pasang niat! Apa yang abang fikir masa tu sampai boleh terlanjur dengan dia?! Abang tak fikir hati mama papa ke masa tu?!" marah Mellisa. Ammar terkejut.

Suara Mellisa kuat sehingga menarik perhatian beberapa pasangan lain. Orang-orang yang di sekeliling mereka menduga yang mereka bergaduh. Cumanya tidak faham sahaja.

"Jangan la marah. Benda dah jadi" pujuk Ammar. Dia menyentuh kulit pipi Mellisa.

"Macam mana Mel tak marah kalau suami Mel sendiri dah pernah terlanjur dengan perempuan lain, abang? Ja... jangan cakap yang abang dah... Huh!" Mellisa mengeluh.

CINTA Mellisa Dahlia 2 | SU |Where stories live. Discover now