BAB 35 - ROSE, kena tembak?

224 32 0
                                    

TALI pinggang keledar dipakaikan untuk Rose yang sudah terlelap diulit mimpi kanak-kanaknya. Sesudah selesai makan di restoran, Rose terus terlelap di paha Ammar tanpa sedar. Itupun Ammar yang menggendongnya hingga ke kereta. Ammar menutup pintu kereta lalu masuk ke bahagian pemanduan.

"Daddy... why Rose tidur macam Princess Aurora? Princess disney yang mommy selalu cerita tu" Rayden membelek-belek muka kakaknya di sebelah. Rambut yang menutupi sebahagian wajah comel Rose dikuak kasar ke belakang. Berkerut wajah Rose menahan sakit.

"Ray, jangan kacau kakak tidur. Nanti nangis budak tu mommy tak tahu" pesan Mellisa. Tangan Rayden dijatuhkan dari wajah Rose. Rayden sembamkan wajahnya ke dada Mellisa yang meribanya sebelum dia ketawa kecil.

"But mommy, i cant. She looks so cute" Rayden sengih.

"Daddy... answer my question" pinta Rayden. Keningnya berkerut kerana Ammar tidak membalas soalannya.

"I dont know, son. Ray kena tanya mommy. Daddy tak minat Princess-Princess ni. Daddy minat bola" kereta diundur untuk keluar daripada kawasan restoran itu.

Rayden memandang mommynya, Mellisa cuma mengangkat bahu saja. Rayden memuncungkan bibirnya. Huh! Tak ada yang nak layan anak kecil ini!

Kereta dipandu penuh berhati-hati. Kawasan bandar itu masih lagi terang benderang dengan lampu-lampu dari bangunan-bangunan tinggi. Tidak lupa lampu-lampu dari kenderaan di atas jalan.

"Abang, nanti singgah mana-mana kedai kejap. Segan la nak pergi rumah orang tapi tak bawa apa-apa" pesan Mellisa. Ammar cuma mengangguk saja.

"Nak beli coklat boleh?" Rayden pandang Mellisa. Sayang sekali Mellisa menggelengkan kepala. Rayden terus memuncungkan bibirnya.

Sedang Ammar memandu dengan penuh berhati-hati, dua buah kereta perodua Myvi hitam menghampiri keretanya. Ammar sudah nampak yang kereta itu seperti lain dari yang lain. Keretanya laju, dua Myvi itu laju. Keretanya perlahan, dia Myvi itu juga perlahan. Namun Ammar tidak mahu bersangka buruk.

"Kita berhenti kedai depan sana" Ammar menunjukkan sebuah mini market yang berjarak tiga ratus meter dari mereka.

Ammar memberikan signal ke kiri. Keretanya perlahan kerana ingin masuk ke jalan sebelah kiri. Namun di belakang sana,

DUM!

Bunyi yang kuat terhasil dari belakang. Entah daripada apa dan apa yang melanaggar mereka. Rayden di atas ribaan Mellisa terhantuk pada kepala kerusi. Masing-masing mendorong ke hadapan kerana tolakan daripada belakang. Rose pula terjaga dari lena. Rayden memegang kepalanya. Mata kanak-kanak lelaki itu merah. Akibat sakit yang dia rasakan.

Ammar melihat cermin sisi. Keretanya tetap berjalan walaupun sudah dilanggar dari belakang. Sebuah perodua Myvi hitam memberikan lampu tinggi sebelum kereta itu dipandu di sebelah kereta Ammar. Cermin dijatuhkan.

"Woi! Kau gi-" Ammar tidak sempat menghabiskan ayatnya sebaik terlihat pemandu kereta Myvi itu mengeluarkan pistol. Ini tidak baik!

"Semua tunduk!" Arah Ammar.

Cermin dinaikkan automatik. Mellisa yang tidak bersedia dengan keadaan sebegitu merapatkan tubuh Rayden ke badannya. Tali pinggang Rose dicabut dan dirapatkan ke badannya. Kedua anak kembarnya dipeluk sekuat hati.

BANG!

Satu das tembakan dilepaskan dari arah belakang. Cermin belakang retak semuanya. Keadaan yang serba kalut itu bertukar tragis selepas satu lagi tembakan dilepaskan. Rose bangun untuk memeluk Mellisa.

BANG!

"Mommy...!" Suara kuat Rose mengalihkan mata Mellisa padanya.

"Rose!" Mellisa cemas sebaik melihat bahu anak gadisnya bertukar merah. Ammar berpaling ke belakang. Melihat nyawa-nyawanya itu.

CINTA Mellisa Dahlia 2 | SU |Where stories live. Discover now