BAB 34

266 35 3
                                    

EMPAT tahun kemudian,

Ammar cepat-cepat saja melangkah keluar dari bilik mesyuarat. Selesai saja mesyuarat dengan semua Lembaga Pengarah tadi, Ammar terlebih dahulu mengundur diri untuk balik ke rumah. Tidak sabar dia ingin bertemu dengan keluarga kecilnya yang sedang menanti di rumah.

Ammar keluar dari pintu lif. Di sana dia terserempak dengan Zariq yang berkaca mata hitam. Segak orangnya sejak dah nak jadi bapa ni.

"Yow, dah nak balik ke?" tanya Zariq.

"Haah. Fielliya ada dekat atas. Tunggu kau. Baik kau cepat. Muncung dia dah sedepa tu" Ammar menepuk dada Zariq. Harapnya lelaki itu bersabarlah. Fielliya itu sejak pagi lagi masam macam masam keping. Bila ditanya dia jawab bergaduh dengan Zariq kerana cendol.

Mata Zariq terbuka luas. Walaupun Ammar tidak nampak bebola mata lelaki itu, tetapi riaksi Zariq itu jelas terkejut. Itu pasti gara-gara Fielliya tidak dapat makan cendol. Orang dah mengidam...

"Nasib baik warung tepi jalan tu buka. Aku naik dulu" Zariq masuk ke dalam perut lif. Ammar menggeleng kepala. Dia kenal sangat dengan Fielliya. Sudah masak dengan perangai manja wanita itu sejak di bangku sekolah lagi.

Ammar berjalan keluar keluar dari syarikat. Cahaya matahari petang memancarkan cahaya ke wajahnya. Kaca mata hitam yang tergantung di poket kemeja putihnya di bawa ke mata sebelum disangkutkan ke telinga. Ammar mengeluarkan kunci kereta.

Pintu kereta dibuka. Badan mula dimasukkan ke dalam kereta. Beg petaknya diletakkan di sebelah kerusi pemandu. Kereta dihidupnya. Ammar melihat wajahnya pada cermin pandangan belakang. Dia mengorak senyum.

"Tak sabar nak jumpa Rose dengan Rayden" ujarnya sendiri. Sejak jadi bapa orang ini, Ammar tidak sabar-sabar ingin pulang ke rumah. Ada saja telatah manja si kembar yang bermain di ingatan. Itu yang membuatkan dia pulang ke rumah tepat pada waktunya.

Kereta mula bergerak keluar dari kawasan syarikat gah itu. Butang on radio ditekan. Lagi Favourite Girl yang dinyanyikan oleh Justin Beiber memenuhi ruangan kereta Range Rovernya.

"The one that makes me crazy. Of all the girls I've ever known, it's you, it's you" bibir Ammar mengikuti bait-bait lirik lagu tersebut. Wajah Mellisa menerjah ruangan fikirannya. Pasti wajah itu sedang bergelak ketawa bersama Rose dan Rayden.

Kereta berhenti di lampu isyarat pertama. Ketika itu juga kepala Ammar tertoleh ke sebelah kanan. Sedang asyik dia melihat ke luar sana, matanya terpanah pada sepasang lelaki dan perempuan yang baru sahaja keluar dari sebuah kereta Hilux biru yang diparkir di hadapan sebuah kedai bunga.

Ammar menanggalkan kaca mata hitamnya. Terus terbit satu nama di bibirnya.

"Airis..." namun lelaki yang berpakaian pejabat di sebelah Airis itu lebih menarik perhatian Ammar. Jantungnya terus memainkan debaran yang kuat.



"Tapi apa yang dia buat dengan Isyraf?" soal Ammar.

PIN!

Bunyi hon yang ditekan kereta belakang menyentakkan Ammar. Ammar menurunkan brek tangan dan kereta mula bergerak dan membelok ke kanan.

"Kalau tu Isyraf, maksudnya Airis... tak mungkinlah dia... tapi Airis tu dah ada suami. Suami dia cina mualaf" Ammar mula bersangka buruk. Seingat dia, dia pernah melihat wajah suami Airis semasa kenduri doa selamat di rumahnya empat tahun yang lepas. Tetapi itupun sudah lama berlalu.



AMMAR memberhentikan keretanya di bawah garaj. Lalu keluar dan berjalan ke arah pintu utama rumah. Dato Adam dan Datin Ainul pula ke tiada dalam negara. Mereka mengerjakan ibadah Umrah ke Tanah Suci bersama Datin Sri Juliana.

CINTA Mellisa Dahlia 2 | SU |Where stories live. Discover now