MELLISA masuk ke dalam kereta milik Mikail. Dia duduk di kerusi belakang sekali. Menemani Aria.
"Pak su tak ikut ke?" tanya Ariana.
"Tak, sayang. Pak su pergi kerja" jawab Mellisa.
"Papa dengan mama pun kerja. Tak best la kalau tak ada Pak su" ujar Aria seolah-olah kecewa kerana tiada bapa saudaranya itu. Mellisa menyimpul senyuman. Dia mengusap kepala Aria.
Kereta mula bergerak meninggalkan banglo kediaman Mellisa dan Ammar. Mikail melihat cermin pandang belakang. Tersenyum sendiri dia apabila melihat Aria dan Ariana bergurau dengan Mellisa.
"Mel" panggil Mikail.
"Apa, abang?"
"Macam mana hubungan Mel dengan Ammar sekarang? Semakin okey?" tanya Mikail.
Sudah lama dia tidak bertemu dengan Mellisa sejak Mellisa berkahwin. Entah bahagia ke tidak adiknya itu. Dia pun tidak tahu. Dengar dari cerita Datin Sri Juliana, Mellisa dan Ammar baik-baik saja. Mellisa mengangguk.
"Okey je, bang" jawab Mellisa.
"Dia layan Mel elok tak? Ada marah-marah Mel tak?" tanya Mikail lagi. Naisya di sebelah menepuk perlahan lengan suaminya yang sedang memandu.
"Apa awak ni tanya dia soalan macam tu. Malu la Mel nanti" ujar Naisya.
"Takpa la. Saya cuma nak tahu dia bahagia ke tidak" Mikail membela dirinya.
Mellisa tersenyum kecil. "Mellisa dengan Ammar bahagia je, abang, akak. Cuma tulah. Grandma tak berkenan dengan Ammar. Dia masih lagi nak kaitkan dengan arwah ayah dan ibu" beritahu Mellisa jujur. Dalam hal keluarga dia tidak boleh berahsia.
Mikail dan Naisya berpandangan. Mereka kenal dengan nenek mereka itu. Namun mereka tidak menerima nasib yang sama. Mungkin itu kerana Mikail dan Naisya merupakan sepupu sendiri.
"Ammar macam mana? Dia boleh terima tak yang grandma tak berkenan dengan dia?" tanya Naisya pula. Aiden yang tidur di ribanya ditepuk perlahan.
"Entah la, akak. Ammar tu macam tak ada perasaan. Dia macam tak kesah je kalau grandma tak berkenan dengan dia" Mellisa tergelak sedikit di hujung ayatnya.
"Pak su tu tak ada perasaan ke Mak su?" tanya Aria tiba-tiba. Menggeleng Mikail yang mendengar.
"Tengku Aria Natalien. Jangan menyampuk ketika orang tua bercakap" tegas Naisya berkata.
Aria menunduk. "Sorry mama. Janji tak buat lagi. Aria nak tahu je" katanya. Mellisa menggosok kepala Aria.
"Pak su awak tu bukan tak ada perasaan. Dia cuma tak ambil peduli saja" jawab Mikail bagi pihak Mellisa.
MELLISA membuka telefonnya. Dia mencari nombor telefon Ammar untuk dia membuat panggilan. Ammar sudah menghantar chat bahawa dia juga ingin turut sama menyertai keluarga itu. Mellisa menelefon Ammar.
"Hello, abang dekat mana?" Mellisa melihat sekelilingnya. Mencari Ammar yang sudah dalam perjalanan.
"Abang dekat depan KFC ni. Sayang dengan yang lain dekat mana?"
"Kitaorang semua dekat kedai Pizza Hut ni. Abang jalan sikit lepastu abang akan nampak kedai piza" ujar Mellisa.
Ammar berjalan ke hadapan sedikit. Dia pandang signboard Pizza Hut dan melihat ke arah kedai. Mellisa melambaikan tangannya supaya Ammar melihat mereka yang berada di dalam kedai.
"Pak su! Kat sini!" jerit Aria dan Ariana serentak.
Ammar yang terdengar akan jeritan anak-anak buahnya itu segera menoleh. Ammar meletakkan panggilan. Dia berjalan masuk ke dalam kedai.
YOU ARE READING
CINTA Mellisa Dahlia 2 | SU |
Akcja📌 ☞︎ baca CINTA Mellisa Dahlia dulu baru baca yang ni Book 2: CINTA Mellisa Dahlia 2 Forgive me for the description of this story Mula: 1/1/2021 Siap: - ⚠️ mengandungi kata-kata kesat.