ALARM jam telefon Mellisa berbunyi. Sudah berkali-kali ia berbunyi. Sehingga mengganggu lena sang suami. Mellisa membuka matanya, terjaga dari lenanya yang panjang. Dalam keadaan mamai, dia mencapai telefon yang dari tadi lagi berbunyi.
Lingkaran sepasang tangan yang memeluknya erat menyukarkan Mellisa untuk turun dari katil.
"Yaa, tangan siapa pula ni?" Mellisa mengangkat salah satu tangan yang memeluknya. Dia pusing ke belakang. Terlihat Ammar yang sedang tidur nyenyak. Tidak berbaju!
Mellisa tergamam. Sejak bila Ammar di sebelahnya? Mellisa menunduk melihat pakaiannya. Alhamdulillah, masih lengkap berpakaiaan. Dia menelan air liur. Apa yang ada di otaknya hanya satu. Adakah dia sudah diapa-apakan oleh Ammar? Comforter ditarik ke seluruh badan.
"Sampai hati awak Ammar!" Mellisa menangis mengenangkan nasibnya tika ini. Bantal tidurnya dilempar ke muka Ammar. Ammar yang terdengar esakan tangisan isterinya itu terus membuka mata.
"Kenapa ni Mel?" soalnya. Ammar bangun dari perbaringan. Mata digosok-gosok. Melihat Mellisa yang sudah 'berbungkus' dengan comforter itu. Dia mengerutkan dahi.
"Apa yang awak dah buat ni?!" Mellisa semakin mengundur ke belakang. Tetapi dia tersekat pada meja katil. Ammar blur. Apa yang dia sudah buat?
"Abang buat apa?" soal Ammar.
"Macam mana awak boleh ada dalam bilik saya?! Dengan tak pakai baju! Apa awak buat pada saya?! Jawab Ammar!" Semakin laju air matanya mengalir. Ammar menggaru belakang tengkuknya. Dia mendekati Mellisa. Kepala Mellisa dipegang dari atas, seperti gaya sedang menghalau hantu.
"Abang tahu apa yang berlaku sekarang ni. Mel lupa kan yang kita sebenarnya dah halal? Kita dah kahwin la. Takkan Mel nak abang tidur kat bawah? Memang tak la" Ammar menunjukkan jari manisnya yang tersarung cincin.
"Kahwin?" Mellisa memegang jari manis Ammar.
Terkejut dia apabila melihat jarinya sendiri terdapat cincin dan juga inai yang berwarna putih. Mellisa tersengih. Air mata dilap menggunakan belakang tangan. Ammar hanya mampu menggeleng kepala.
"Dah la, Mel pergi mandi dulu. Lepastu kita solat sama-sama, abang imamkan Mel" arah Ammar.
Dia ingin menyambung semula lenanya yang terganggu tadi. Mellisa membawa diri ke wardrobe. Kain tuala dan pakaiannya diambil. Semua dibawa masuk ke dalam bilik air.
"Sejak bila panggilan dah bertukar ni?" tanpa Mellisa sedar, mukanya merona merah.
SELESAI solat subuh berjemaah, Mellisa menyimpan telekung dan sejadah yang digunakan.
"Esok kita balik rumah mama ke?" soal Mellisa. Dia menyikat rambutnya di meja solek. Wajah Ammar hanya dilihat dari pantulan cermin. Dari perbaringan, Ammar duduk bersila di atas katil. Telefon ditutup.
"Tak, esok kita duduk sini dulu. Lusa baru Mel pindah masuk rumah kita" jawab Ammar. Bukannya apa, lebih elok jika mereka terus tinggal di rumah sendiri. Mellisa mengangguk. Dia duduk di birai katil. Wajah bersih Ammar ditatap seketika.
"Boleh tak kalau kita bawa sekali Ma-"
"Tak boleh!" potong Ammar laju. Sudah tahu apa yang Mellisa ingin katakan.
Marie merupakan seekor anak kucing parsi yang berwarna putih. Baru saja Mellisa membelinya. Takkan dah kena berpisah kut?
"Ta... tapi kenapa?"
Ammar mengeluh. "Abang tak suka kucing la Mel, lagipun papa alah dengan binatang yang berbulu" terang Ammar.
Mellisa hanya mampu mengangguk. Apa yang dia boleh buat jika itu keputusan Ammar. Ammar tersenyum puas. Berjaya dia menipu Mellisa. Kalau takut tu cakap je la!
"Mak su... mak su?" Panggil si kecil Aria dari luar bilik. Pintu bilik tidur Mellisa diketuk berkali-kali. Mellisa membuka pintu.
"Ada apa Aria?" tanya Mellisa lembut.
"Mama dangan nenek panggil makan..." ujar Aria. Dia masuk ke dalam bilik Mellisa. Dengan pantasnya dia menerpa ke arah Ammar yang sedang bersila di atas katil itu.
"Pak su cakap, pak su nak ajar Aria main badminton. Jom lah" Aria menarik tangan Ammar supaya turun dari katil. Ammar mengangguk. Janjinya dengan kanak-kanak itu tidak dia lupakan. Janji tetap janji.
"Okay-okay... kita makan dulu, lepastu baru kita main" Ammar mengusap kepala 'anak buahnya' itu. Aria mengangkat jari tanda okay. Dia keluar dari bilik Mellisa. Sudah dipesan oleh Naisya. Jangan ganggu pengantin baru itu.
"Tak tahu pula yang awak pandai main badminton sekarang. Dulu waktu sekolah, awak pemain bola sepak. Cepat betul tukar minat ye" ujar Mellisa. Dia senyum.
"Dah sayang tak tanya, abang tak cakap la" Ammar mencuit hidung mancung Mellisa. Mereka berdua keluar dari bilik tidur itu.
Mellisa merangkul lengan Ammar. Terasa bahagia saat bersama suaminya. Mellisa memasang doa dalam hati, berharap agar kebahagiaan yang dirasai ketika ini akan berkekalan selamanya.
FIELLIYA menutup bonet keretanya. Dia berjalan ke bahagian pemandu. Namun, langkahnya terhenti. Dia pusing ke belakang dan melihat tayar kiri belakang.
"Aduh, bila masa pula pancit?" Fielliya berjalan sekitar kawasan keretanya. Tiada apa-apa.
"Macam mana boleh pancit pula ni?" soalnya sendiri. Dia mencangkung. Menekan tayar keretanya. Sikit pun tidak geli. Seorang lelaki menyapanya.
"Miss... kenapa dengan kereta ni?" soal lelaki misteri itu. Fielliya mendongak.
"Syukurlah. Zariq, kau tolong aku boleh? Tayar kereta aku pancit" Fielliya bangun dari cangkungan.
Dalam hati Zariq mula ketawa besar. Tidak sia-sia dia 'pancitkan' tayar kereta Fielliya. Sudah lama dia berdiri di seberang jalan. Memerhati tingkah-laku wanita itu.
Zariq mengangguk. "Ya, boleh. Tapi dengan satu syarat" keningnya terangkat-angkat. Fielliya sudah menyepetkan matanya.
"Aku ingatkan tolong sebab ikhlas. Cakap la apa dia" Fielliya berpeluk tubuh. Lelaki ni kalau buat kerja, mesti nak upah/bayaran.
"Belanja aku makan. Deal?"
"Okay deal" Fielliya membuat jari tanda okay. Setakat belanja makan tu apalah sangat. Nak dibandingkan dengan masalahnya sekarang. Besar tu. Besar bagi wanita.
SELETAH Isyraf pulang dari luar negara, dia hanya membuat satu kerja saja. Memerhati rumah Datin Sri Juliana. Apabila melihat pasangan pengantin yang sedang berseronok di halaman rumah itu, bertambah parah sakit di hatinya.
"Sepatutnya aku yang kahwin dengan dia! Sial kau Ammar!" stereng kereta dipukul berkali-kali. Sakit di tangannya tidak sesakit hatinya yang sudah parah ini. Hatinya benar-benar hancur!
Dia teringat kenangan dia bersama Mellisa sewaktu pertama kali berjumpa. Dia tersenyum. Kenangan yang tidak dapat dia lupakan. Namun, apabila dia teringat kejadian Ammar menyuap sesuatu ke mulut Mellisa sewaktu mereka ke Langkawi dulu, senyuman itu terhapus. Hatinya kembali terluka tanpa darah!
"Aku tak akan biarkan kau hidup bahagia dengan Mellisa! Itu janji aku" matanya kembali melihat rumah agam Datin Sri Juliana. Cap yang dipakainya diturunkan sedikit.
ฅ^•ﻌ•^ฅ
Done: 27/4/2021, 1:02 pm
Published: 27/4/2021, 1:18 pm
YOU ARE READING
CINTA Mellisa Dahlia 2 | SU |
Action📌 ☞︎ baca CINTA Mellisa Dahlia dulu baru baca yang ni Book 2: CINTA Mellisa Dahlia 2 Forgive me for the description of this story Mula: 1/1/2021 Siap: - ⚠️ mengandungi kata-kata kesat.