ISYRAF berjalan menuruni tangga rumahnya sambil mulut bersiul kecil. Galak dia pada malam itu. Syafiqah keluar dari dapur. Terserempak dengan Isyraf yang memuncungkan bibir kerana bersiul.
"Kau gaduh dengan Alex lagi ke?" soal lelaki itu. Isyraf menarik kerusi meja makan. Syafiqah dengan gelas air di tangannya berhenti melangkah.
"Ada kena mengena dengan kau ke? Tak payah sibuk hal aku" dia meneguk air.
"Aku tak sibuk hal kau. But you know, as a lovely husband, aku kena la tahu apa yang jadi pada kau. Mana la tahu lepasni kau tiba-tiba mati ke. Duda la aku" Isyraf bangun dan mengambil kotak first aid yang disimpan di dapur. Kemudian dia tiba. Kotak itu diletakkan di atas meja.
"Kau duduk. Biar aku tengok muka tu" arah Isyraf. Syafiqah hanya ikutkan saja. Dia menarik kerusi di sebelah Isyraf.
Lelaki itu mengeluarkan kapas dan meletakkan ubat untuk disapu pada muka isterinya. Sebaik saja kapas itu mendarat ke muka, Syafiqah mendecit sakit.
"Perlahan la sikit. Sakit" suara Syafiqah mengeras kerana menahan sakit. Isyraf menyapu ubat itu perlahan-lahan.
"Tula kau. Gaduh lagi dengan lelaki. Bukan kau tak tahu yang kau tu makin tua. Nak angkat kaki pun dah tak larat" perli Isyraf.
"Kau jangan sampai kaki aku naik ke muka kau. Tidur luar kan nanti" ugut Syafiqah. Menyampah pula dia mendengar suara lelaki itu.
Selesai tugasnya, Isyraf membuang kapas itu dan menyimpan kotak first aid itu. Dia duudk semua di atas kerusi. Dia menatap wajah di hadapannya itu seketika. Cantik juga sebenarnya.
"Kau tak terfikir nak ada anak ke?" Isyraf menyoal tiba-tiba.
"Aku tak boleh mengandung" jawab Syafiqah bersahaja. Sedikit pun tidak terkesan dengan apa yang baru dia katakan.
"Kau tu la. Buat kerja tak beres. Suruh Alex rancang kemalangan Ammar. Alex pulak suruh mamat tak guna tu" sambung Syafiqah.
"AMMAR..." Mellisa menyeru nama Ammar saat menyedari suaminya tiada di sebelah. Kantuk masih lagi tersisa. Tetapi kerana cahaya matahari yang sudah masuk ke dalam bilik melalui langsir putih yang jarang itu menyebabkan dia membuka mata. Angin pula menerbangkan kain langsir itu.
"Ammar..."
"Ammar..."
Matanya berkaca-kaca kerana tiada yang menyahut seruannya itu. Rasa seperti ditinggalkan. Mellisa berdiri dan berjalan ke arah bilik air. Tombol pintu dipulas. Kosong. Ammar tiada di situ. Kemuadian Mellisa menutup pintu bilik air. Kaki melangkah menghampiri pintu bilik.
"Sayang. Sayang panggil abang ke?" suara garau Ammar menghenjutkan bahu Mellisa. Segera wanita itu berpaling.
"Awak pergi mana?" Mellisa mengadap Ammar dengan wajah yang sudah basah dengan titisan air mata.
Ammar terkejut. Dia memeluk bahu Mellisa dan bawa wanita itu ke katil.
"Abang ada je dekat balkoni tu. Tengok matahari pagi. Abang tak nak la kejutkan sayang. Tengok lepas subuh tadi sayang nyenyak sangat. Kenapa, sayang?" Ammar menyoal. Dia menyisir rambut beralun Mellisa yang sedikit serabai dengan jari kasarnya.
Tiba-tiba pintu bilik dikuak. Datin Ainul masuk dengan membawa dulang yang berisi pinggan bubur dan ubat. Dia menghampiri pasangan itu.
"Siapa yang sakit, mama?" soal Ammar. Dulang itu diberikan kepada Ammar.
YOU ARE READING
CINTA Mellisa Dahlia 2 | SU |
Akcja📌 ☞︎ baca CINTA Mellisa Dahlia dulu baru baca yang ni Book 2: CINTA Mellisa Dahlia 2 Forgive me for the description of this story Mula: 1/1/2021 Siap: - ⚠️ mengandungi kata-kata kesat.